Saturday, November 1, 2008

NASIB SI SETIA YANG PENAKUT - Cerita dari Pondok Kecil Di Hujung Kampung.

Assalamualaikum ...

DARI ROKAN KE PEKAN LUKUT,
MENUNGGU RAKAN DARI RENGIT;
PATUH BUKAN KERANA TAKUT,
SETIA BUKAN KERANA RINGGIT.

Biasa saja pantun kon hari ini ...

MAKA dilepaskan beberapa ekor anjing oleh Penghulu atas kehendak isterinya yang amat gilakan emas ringgit, pangkat dan kuasa membantu kerja Pawang memburu kijang betina yang tiba-tiba memasuki taman larangan.

Kijang betina itu pun cuba lari tetapi masih meronta-ronta mahukan gelang emas yang dijanjikan oleh Penghulu dalam mimpinya kerana kijang betina itu berjaya mendapatkan kayu gerharu bernilai beratus juta ringgit harganya.

Malang bagi kijang betina yang biasa bermain hutan rimba, gunung dan bukit itu tidak mengetahui akan cara di taman larangan. Terkurbanlah ianya dimamah oleh anjing-anjing buruan Penghulu yang memang hebat melaksanakan perintah tuannnya walaupun upah hanya sepinggan nasi. Tapi ianya telah dilatih untuk setia! Dia juga dilatih mesti takut pada tuannya. Dengar dan patuh!!!

Anjing yang lahab bersama Pawang yang tamak mendapatkan timbunan emas untuk Penghulu terus menyiang serta memamah daging dan isi perut kijang tersebut. Namunnya tulang tidak terdaya direpong oleh si anjing dan pawang pun anggap ianya tidak ada harga lalu dibiarkan saja.

Pihak pelindung hidupan alam mengetahui bahawa ada kijang betina yang mati dan dapat dikesang tinggal tulang saja setelah di siang dan direpong mamah oleh anjing-anjing, lalu kawasan itu dikepong dan dipasang perangkap.

Terperangkaplah Pawang bersama beberapa ekor anjing di kawasan milik pihak pelindung hidupan alam. Tindakan dilakukan. Penghulu dan isterinya berdiam diri sambil membelik gelang emas dalam gedung harta bertimbunnya.

Setelah puas meneriak dan meronta akhirnya Pawang terlepas dari perangkap kerana dia manusia yang menjaga pundi-pundi Penghulu. Malang si anjing kerana ianya binatang yang begitu taat kerana sepinggan nasi dan takut mengengkari arahan tuannya. Terperangkap!

(Cerita pendek ini hanya lamunan fikiran kusut kon yang tak boleh melelapkan mata. Ianya tak ada kena mengena dengan manusia atau dengan binatang samada yang hidup ataupun yang dah mati.)

CUCU: Selalu sangat bercerita bodoh dengan anak-anak dan cucu-cucu untuk kemesraan tetapi ada pengajaran!



3 comments:

Suhaimi Said said...

Cuba cerita sikit tentang pawang tu nanti, dengar ceritanya pawang tu handal juga dan kalu penghulu saja-saja nak mainkan dia, takut tak sempat penghulu tu jadi Bendahara. Betul tak?

Suhaimi Said said...

Saya nak dengar sekali lagi cerita tentang kucing kampong dan kucing bandar, boleh lakarkan dalam cucu tok kedu?

atok salak said...

bebanyak terima kasih untuk cerita yg. banyak pengajaran,amat berguna utk. cicit2 di kemudian hari.....