Tuesday, July 29, 2008

KERIS TELANJANG DAH BERKARAT - UMNO ASAH SENJATA BARU

Assalamualaikum ...

LAYANG-LAYANG TERBANG MELAYANG,
BENANG BERABUK MENGIMBANG BAYANG;
SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG,
DITELAN MABUK DIBUANG SAYANG.

Itulah pantun kon hari ini ... untuk tatapan rakan-rakan kon yang dah lama tak melayani kon ... maklumlah dalam keadaan begini ... manakan ada masa untuk berhubung sesama kita ... tentu ada hubungan yang lebih menjamin akan datang cepat dan mudah ... bagaikan kata pepatah ... yang bulat datang bergolek ... yang pipih datang melayang ... tapi ingat ... pahit bukan ertinya racun ... medu bukan ertinya madu ...

NAMPAKnya bersungguh betul UMNO nak bergabung dengan PAS - kata lembut manis pemimpin UMNO lebih manis dari gula! Lidah tak bertulang mudah menjanjikan itu dan ini! Tapi otak yang waras belum tentu boleh menerima kerana sejarah telah mengajar pejuang dulu dan sekarang!

Dapatkah dilupa sejarah lampau yang tidak berapa jauh! Dapatkah dilupa parut yang masih lagi belum sembuh! Bukan saja tindakan perbuatan tapi tipu daya! Bukan saja di hari-hari biasa tapi di masa pilihanraya!

Ahli-ahli dan pemimpin pembangkang bukan saja dibelasah, ditembak, dibunuh dalam memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua tapi ianya juga difitnah, dicerca dari serban hingga ke janggut! Dari jubah hingga ke bertelanjang! Seolah-olah ahli dan pemimpin pembangkang bagaikan sampah dan tidak bermaruah diperlakukan oleh pemerintah! Dari disembur air asid hingga ke ISA! Semuanya tidak pernah dihenti-hentikan oleh keangkuhan pemerintah yang bernama UMNO/BN.

Di kampung-kampung ahli-ahli pembangkang diketepikan dari kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat sesebuah negara yang membayar cukai. Pemimpin UMNO/BN atasan hingga ke cawangan-cawangan memboikot ahli-ahli parti pembangkang dari memperolehi segala bantuan, agihan saham percuma, jawatan JKK / Masjid / Peladang / PIBG dan beberapa lagi.

Angkuh dan tamak pemimpin UMNO/BN rupa-rupanya tergugat setelah PRU 12! Lalu sasaulah mereka! Tetapi dalam sasau itu mereka terfikir juga untuk mencuba kerja gila! Tapi gila-gila bahasa ada masanya mengena!

PAS dipelawa untuk memerintah bersama khususnya beberapa negeri! Itulah kalimah terakhir untuk menyingkap tabir sebenar hasrat muzakarah atau muqabalah! Berbuihlah mulut pemimpin PAS menyanggah untuk berkongsi kuasa namun pemimpin UMNO tetap menghala ke arah itu dengan tidak ragu-ragu menyatakan akan wujud perbincangan politik!

Sebenarnya memang telah wujud perbincangan ke arah kongsi kuasa seperti yang didedahkan oleh Dato Seri Khir Toyo! Pemimpin PAS tidak menafikan pulak pendedahan bekas Menteri Besar Selangor itu secara terperinci agar ahli-ahli PAS benar-benar memahami.

Dalam kehebatan pemimpin PAS bercakap tentang peranan muqabalah menggantikan muzakarah! Pemimpin UMNO dan beberapa cerdik pandai pembodek UMNO terus menyuarakan rentak perpaduan Melayu UMNO/PAS sebagai bahan penting perjuang bangsa Melayu.

Siapakah yang memusnahkan Melayu! Tegas jawapannya ialah UMNO. Hari ini UMNO tanpa segan silu terhadap kompenannya terus menyarankan PAS/UMNO mesti bersatu untuk kepentingan bangsa Melayu!

Melayu UMNO yang mengsengsarakan Melayu PAS dan Melayu parti-parti pembangkang yang lain!

Sekarang pemimpin UMNO bagaikan nak meninggalkan rakan-rakan kompenan BNnya untuk melamar PAS dan melumpuhkan PAKATAN RAKYAT! Pastilah ianya satu agenda tersembunyi yang akan terdedah juga kejahatan itu dalam masa yang tidak panjang! Ini terbukti dengan peristiwa PAS dipelawa dan ditendang oleh BN dahulu!

Sejarah akan berulang! Percayalah! Kerana pemimpin UMNO mempelawa PAS dalam keadaan UMNO mulai goyang akar umbinya dan beberapa dahannya sekah dan batangnya mulai reput! Daun-daunnya mulai berguguran!

Dari apa yang dilihat nampaknya pemimpin UMNO menggunakan suara-suara burung kakak tuanya dan media massa cetak dan tv serta internet berbunyi sepanjang masa dengan tidak mempedulikan penafian PAS dan keakuran PAS bersama PAKATAN RAKYAT! Seolah-olah gabungan PAS dan UMNO ini akan berlaku esok hari dan telah dimuafakatkan oleh kedua pihak pemimpin.

Ahli PAS masih teguh dan yakin kepada apa yang disarankan oleh pemimpin PAS terutamanya saranan TG Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Tetapi tidak tentulah lagi mereka akan menurut mana-mana pemimpin PAS yang bergabung kongsi kuasa dengan UMNO/BN walaupun didepan mereka terbentang seribu janji untuk kepentingan Melayu/Islam. Kerana mereka dapat melihat sepanjang 50 tahun UMNO memerintah, yang kaya rayanyanya adalah pemimpin UMNO dan kroni sedangkan rakyat semakin derita.

Untuk mempertahankan ketamakan kuasa dan pengautan harta negara, maka pemimpin UMNO mengajak sama pemimpin PAS berkongsi kuasa. Apakah mereka mahu sama-sama mengagihan apa yang mereka idamkan dan pernah dapat?

Pemimpin PAS bukanlah anak-anak politik yang mentah, boleh diberi makan apa saja termasuk buah kepayang yang enak rasanya tetapi boleh memabukkan! Kerana itu dalam layanan yang membuaikan perasaan pemimpin UMNO pemimpin PAS harus berjaga-jaga dengan sikap ahli-ahli PAS yang tidak tahan dengan kerenah pemimpin UMNO melagukan nyanyian rindu untuk mengulik lena pemimpin PAS sehingga bermimpikan yang enak-enak!

Sikap berkepimpinan 'Dengar dan Patuh' ahli-ahli PAS jangan dipergunakan oleh pemimpin UMNO saban hari menghasut melalui media massa. Ini akan membuatkan ahli-ahli PAS akan rasa kecewa lalu beralih parti! Maka bukan PAKATAN RAKYAT yang mula pecah tetapi PAS yang akan bergelora!

Kerana itu amatklah baiknya pemimpin PAS menutup mulut pemimpin UMNO yang bercakap bukan saja untuk muqabalah tetapi telah melarat untuk membentuk kerajaan bersama di Perak, mungkin melarat di Selangor. Kenapa pemimpin UMNO tidak bercakap kongsi kuasa di Pulau Pinang? Terengganu? Johor? Melaka? Negeri Sembilan? Pahang pun pelawa macam ia dengan tidak saja!

Di Perak benar-benar UMNO yakin untuk sebelum 31 Ogos 2008 Kerajaan UMNO/PAS akan wujud! Jika berlaku untungkah Melayu PAS Perak? Bagaimana nasib Melayu PAS di negeri-negeri lain!

UMNO sedang mengasah senjata baru menggantikan keris telanjangnya yang dah berkarat. Senjata muzakarah UMNO/PAS yang digemburkan oleh pemimpin UMNO walaupun pemimpin PAS menolak dan menggantikannya dengan muqabalah adalah penikam kepada PAKATAN RAKYAT dimana-mana Pilihanraya Kecil nanti sehingga ke Pilihanraya Umum yang dijangka setahun dua lagi!

CUCU: Pening kepala sikit lama tak dengar ceramah Dato Dr. Hassan Ali exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.



Monday, July 28, 2008

UMNO PAS - JERAT MENJERAT

Assalamualaikum ...

BIRI-BIRI CARI MAKANAN,
TABUNG GARAM BERBULUH LURUS;
KEMUDI KE KIRI HALUAN KE KANAN,
PERAHU KARAM DILANDA ARUS.


Itulah pantun kon hari ini ...

SECARA rengkas diperkatakan; apa saja dikaitkan dengan pertemuan PAS UMNO ianya tidak akan mendatangkan hasil apa-apa. Samada pada Islam atau pun pada Melayu! Kenapa begitu?

UMNO adalah parti politik Melayu yang berfaham perkauman! Atas prinsip perkauman (assyabiah) inilah UMNO menjulang nama! Walaupun pada akhir-akhir ini ahli-ahli UMNO dan orang Melayu umumnya sudah nampak kepura-puraan apa yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO.

Pemimpin UMNO menggunakan perkauman Melayu hanya semasa pemilihan parti dan Pilihanraya sahaja. Tetapi dimasa lain pemimpin UMNO membohongi prinsipnya kerana bila mereka berada di kelompok yang bukan Melayu. Nada bicaranya memberi ruang lebih besar lagi kepada kumpulan yang mereka adap itu.

Akhirnya Melayu UMNO yang ditanam dengan sikap perkauman membuta tuli itu hanyut dalam berbagai arus: ekonomi - politik - budaya - pendidik - dan sebagainya. Hanya segelintir sahaja Melayu UMNO yang mendapat keuntungan kecil melalui subsidi yang sehingga ini tidak dapat membangunkan Melayu!

Sementara pemimpin UMNO terus memainkan perasaan perkauman Melayu kononnya untuk menegakkan maruah bangsa dan kedaulatan negara. Sebenarnya untuk menegakkan kekuasaan pimpinan UMNO dan kroninya mengaut keuntungan hasil negara.

Bila perkauman Melayu yang sempit sudah tidak mendapat tempat di kalangan ahli UMNO lalu pemimpin UMNO memperagakan Islam Hadhari! Kononnya Islam yang berkemajuan sahaja yang dilaksanakan di negara ini.

Namun Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh pemimpin UMNO hingga ke hari ini juga gagal bertanggungjawab membangunkan ummah Melayunya!

Ini semua telah dapat dihidu oleh Melayu UMNO bawahan dan mereka mula berpaling tadah!

PAS sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam secara syumul! Ianya membawa arah tuju orang Islam kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Amat jauh bezanya dengan Islam Hadhari UMNO yang hanya mementingkan duniawi sahaja itupun untuk satu pihak yang berkuasa.

Dalam tembung inilah maka UMNO mulai hanyut. Mahu tak mahu pemimpin UMNO memasang jerat agar PAS meninggalkan PAKATAN RAKYAT. Atau PAS akan disingkir oleh PAKATAN RAKYAT. Atau PAS pecah sesama sendiri.

Inilah kerja musuh Islam yang tidak berapa dilihat oleh mereka yang tamak untuk mendapatkan kuasa dan pangkat!

Bagaimana pun ada diantara pemimpin PAS yang sedar perjalanan di hujungnya pakatan antara UMNO dan PAS (jika berlaku) tidak akan menguntungkan ummah Melayu dan rakyat negara ini. Kerana itu sokongan kepada TG Nik Abdul Aziz begitu besar sekali.

Kini TG Nik Abdul Aziz muncul pula dengan saranan baru nak mencuba keikhlasan UMNO yang kononnya berjuang dan berpakat untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Saranan agar PAS dan UMNO dibubarkan dan ditubuhkan parti baru yang berjuang untuk Islam dianggotai oleh pimpinan PAS dan UMNO adakah mendapat sambutan dari pemimpin UMNO?

Sekali lagi pemimpin UMNO kelabut dibuatnya. Saranan TG Nik Abdul Aziz benar-benar menjerat pemimpin UMNO yang juga cuba memasang jerat untuk mengkucar-kacirkan PAS.

Dalam jerat menjerat ini. Siapa yang untung? Kalau mengikut saranan TG Nik Abdul Aziz sudah pasti menguntungkan PAS. Kalau tidak mengikut saranan itu maka jelaslah kepada rakyat bahawa UMNO hanya nak bermain politik adu domba dengan dalang-dalangan sahaja!

CUCU: Jerat tak pernah lupakan pelanduk.

Wednesday, July 23, 2008

PKR SEMAKIN KUKUH!

TERIMA KASIH BERSAMA KAMI
Ucapan Terima Kasih
Atas Penyertaan

Dato Fauzi Abdul Rahman
(Bekas Ahli Parlimen Kuantan - Bekas Setiausaha Parlimen -
Bekas Timbalan Menteri - Bekas Adun Baserah)
ke dalam
PARTI KEADILAN RAKYAT
Dari
KETUA / TIMBALAN KETUA / NAIB-NAIB KETUA /
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PKR
BAHAGIAN KUALA KRAU
PAHANG



MENGAJAK PAS MUZAKARAH - UMNO TERSALAH SASAR!

Assalamualaikum ...

POKOK RENGKAM BERDURI RAPAT,
BILAH BULUH DIBUAT LUKAH,
JIKA MENIKAM BIARKLAH TEPAT,
SEBELUM MUSUH MENGILAS LANGKAH.

Itulah pantun kon hari ini ...

PERTEMUAN antara pemimpin 2 parti (Islam/Melayu) telah bertukar menjadi muzakarah pula oleh media massa yang dinaongi kerajaan BN. Pertemuan pimpinan PAS/UMNO tidaklah sangat menarik perhatian rakyat kerana rakyat dah mengetahui apa dan kenapa pertemuan bersemuka itu dilakukan dalam keadaan UMNO/BN nazak selapas PRU 12.

Ada 2 aliran yang yang ditonjolkan oleh mereka yang terlibat dengan pertemuan tersebut. Pertemuan yang dianggap oleh beberapa pihak sebagai kerapatan anjing dan kucing! Dua musuh besar tradisi politik tanahair!

Pertama: Para pemimpin UMNO mempergunakan pertemuan tersebut untuk tujuan politik murahan mereka iaitu untuk mengacah-acah PAS agar dapat bersekongkol dengan mereka (tak kiralah dalam masa sengkat tak mungkin berpanjangan) untuk menyelamatkan umat Melayu di negara ini yang diwar-warkan sudah kehilangan maruah dan kedaulatan?

Bagi mereka apakala pimpinan PAS menerima secara langsung atau tidak langsung usaha politik yang ditabiri oleh perpaduan Melayu itu, maka harapan besarnya ialah pecahnya PAKATAN RAKYAT.

Terbentuknya kerajaan campuran PAS/UMNO/BN akan menggulingkan kerajaan PAKATAN RAKYAT di Selangor, sebuah negeri kaya! Kekalahan UMNO/BN di PRU 12 bukan saja pimpinan UMNO terasa kalah besar tetapi menjadi 'gila talak'!

Oleh itu usaha politik dilakukan secepat mungkin sebelum PAKATAN RAKYAT mengukuh kedudukannya dan diyakini oleh rakyat sebagai pemerintah yang adil dan berkebajikan untuk semua! Kecuali kuda-kuda UMNO/BN yang terus tidak akan mengaku apa yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT itu baik untuk semua!

Ini terbukti dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin UMNO yang berunding untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS dan menjanjikan kuntum-kuntum bunga yang wangi sebagai pemikat kepada pimpinan PAS.

Bila PAS sudah bersama UMNO/BN maka PAKATAN RAKYAT hanya tinggal PKR dengan DAP saja! Pecahlah sebuah pakatan yang amat diharapkan oleh rakyat supaya melahirkan sebuah agenda baru dalam semua bidang demi kepentingan semua rakyat.

PAS mampu menubuhkan kerajaan bersama UMNO/BN. Lama atau kejab soal kedua! Soal utamanya pemimpin PAS yang gila kuasa akan dapat kuasa. Besar atau kecil kuasa itu terpulanglah pada agihan yang ditentukan! Rakyat bagaimana?

Kedua: Bagi pimpinan PAS amat ikhlas menemui manusia-manusia UMNO. Tak kiralah sama ada mereka itu zalim ke atau korup ke? Tak kiralah asalkan dapat bertemu (bersemuka) menyatakan rasa tidak puashati. Menyatakan apa yang tersirat dan tersurat dalam dada PAS selama ini!

Alhamdulillah! Bukan mudah untuk dapat bertemu dengan musuh abadi bertahun lamanya. banyak kenangan pahit yang terpaksa dilupakan seketika untuk berbincang hal-hal masa kini menyentuh umat Islam dan Melayu!

Peristiwa PAS ditendang dari BN! Peristiwa Lubok Merbau! Peristiwa Kafir Mengkafir! Peristiwa Mamali! Peristiwa Operasi Lalang! Entah berapa banyak pula Peristiwa disimpah asid
semasa demontrasi! Peristiwa Undi Hantu Pilihanraya! Macam-macam peristiwa pahit ditempuhi PAS.

Tidak termasuk tentang boikot yang diterima oleh ahli-ahli PAS di kampung-kampung oleh tindakan pimpinan UMNO bawahan dan sederhana yang mengetuai JKK dan ahli MPT dari mendapatkan beberapa saham percuma kerajaan antaranya Felcra! Bantuan-bantuan di kampung-kampung hanya diterima oleh penyokong UMNO sementara ahli-ahli PAS/PKR hanya memandang saja. Kalau ada yang terlulus tapi ditarik balik!

Tak apalah untuk pertemuan murni itu mana tahu satu masa nanti segalanya berubah! Tapi bolehkah memberhentikan anjing setelah bertahun-tahun memakan tahi? Yang bimbangnya kucing kalau tak makan tahi tapi akhirnya terpaksa menghidu juga kalau hari hari disogok tahi di depannya!

Kesimpulan: Pertemuan PAS/UMNO mempunyai dua visi dengan agenda-agenda yang tersurat dan tersirat dalam hati pemimpin kedua-dua parti tersebut.

UMNO yakin untuk melumpuhkan PAKATAN RAKYAT bila mana PAS menerima tawaran politik mereka walaupun pertemuan itu digemburkan dengan mengatakan ianya untuk membincangkan perpaduan Melayu dan Islam!

UMNO menggunakan PAS untuk menikam PAKATAN RAKYAT kerana UMNO/BN sendiri tidak mampu berbuat begitu malahan mereka sedang menunggu untuk dikapankan dalamPRU 13 nanti. InsyaAllah! Setelah PAKATAN RAKYAT tersungkur apakah PAS/UMNO/BN akan dapat menyatukan Melayu? Kalau dapat pun! Melayu akan terus melarat seperti yang diterima dalam masa 50 tahun merdeka dipimpin oleh PERIKATAN/BN.

Ulangan episod kedua PENENDANGAN PAS DARI BN akan berulang kerana pemimpin UMNO suka sangat mengulang-ulang episod kejahatan untuk melumpuhkan musuh politiknya.

Perselindungan UMNO menggunakan Pertemuan PAS/UMNO untuk perpaduan dan kepentingan Melayu/Islam bagi mencapai agenda politik mereka. Politik korup UMNO ini telah dapat dihidu oleh kebanyakan pimpinan PAS dan hampir keseluruhan ahli PAS maka berlakulah suasana sedikit celaru dalam PAS.

Suasana ini membawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta dihentikan usaha MUZAKARAH PAS/UMNO. Kerana apa? Kerana TG Nik Abdul Aziz telah nampak dihujungnya bukan PAKATAN RAKYAT yang pecah tetapi pimpinan PAS yang akan pecah di semua peringkat.

Saranan Mursyidul Am PAS itu banyak menerima sokongan dari akar umbi PAS. Tetapi UMNO pantas menggunakan para juak-juaknya terdiri dari para media massa (surat khabar-tv-radio-blogger) bersuara bagaikan menghentam secara lembut dan keras saranan pimpinan PAS tersebut.

Lantas sokongan dari akar umbi termasuk juga beberapa pimpinan tertinggi PAS kepada saranan TG Nik Abdul Aziz itu, maka Presiden PAS dengan beberapa orang pimpinan tertinggi telah menemui TG Mursyidul Am di Kota Bharu!

Dalam keadaan begini bagaimana pula pimpinan Pemuda PAS? Satu jawapan yang kukuh untuk kepentingan masa depan parti itu sedang ditunggu-tunggu bukan saja oleh ahli PAS tetapi oleh rakyat negara ini!

Sebagai parti politik PKR dan DAP tentunya sudah bersedia menghadapi beberapa kemungkinan hasil dari pertemuan PAS/UMNO.

Apa pun alasannya bagi UMNO telah tersalah sasar tikaman. Hasrat untuk menghancurkan PAKATAN RAKYAT sudah terbalik! Atau itukah rancangan sebenar UMNO? Kalau tak dapat menghancurkan penyapu sekali gus, cukuplah mematah helaian lidinya satu persatu! Bila PAS hancur maka UMNO/BN tidak perlu berdepan dengan musuh besar tradisinya itu.

UMNO/BN akan merasa senang sedikit untuk menghadapi musuh besar barunya PKR! Sementara DAP akan menjadi sasaran ketiganya pula. Ini mungkin impian UMNO/BN sebelum menghembus nafas terakhir di persada politik negara!

Apakah politik tanahair dalam jangka yang terdekat ini senarionya berubah dimana PAKATAN RAKYAT (PKR/DAP) sementara UMNO/BN dan PAS bersendirian?

CUCU: Tunggu kenyataan dari Sdr. Mohammad Sabu bekas tahanan ISA dan kenyataan Dato Mustapha Ali bekas Timbalan Menteri masa PAS dalam BN dulu!


Monday, July 21, 2008

PERTEMUAN PAS/UMNO KUKUHKAN PAKATAN RAKYAT - Rakyat Tidak Yakin Pemimpin Umno Jujur!

Assalamualaikum ...

TANAH DIBAJAK SEBELUM DIBAJA,
MENANAM JATI TEPI PERENGGAN;
WALAU DIAJAK DUDUK SEMEJA,
BUKAN BERERTI MAKAN SEPINGGAN.

Itulah pantun kon hari ini ...

BERITA pertemuan pimpinan PAS /UMNO bukan berita besar nasional. Ianya dibesar-besarkan oleh Presiden UMNO melalui media arus perdana milik / kongkongan kerajaan BN.

Taktik kotor ini hanyalah untuk seketika sahaja. Ada beberapa sebabnya:

1) Kenyakinan rakyat dengan pentadbiran PAKATAN RAKYAT di 4 negeri baru ditawan selepas PRU 12 melewati 100 hari. Cabaran yang amat berat dilalui oleh pemimpin PR. Namun Kelantan yang telah mantap dibawah PAS sejak 1990 memberikan sedikit sumber ilham gerak tadbir yang berwibawa kepada pemimpin PR terutama Menteri Besar / Ketua Menteri.

Pemimpin BN khususnya UMNO amat gah sebelum dan semasa PRU 12 dengan mengatakan rakyat menolak PAKATAN RAKYAT dan menyapu Kelantan dari PAS. Mereka terus mencabar selepas tersandar bahawa Kerajaan PAKATAN RAKYAT tidak akan boleh bertahan 90 hari!

Ianya adalah cakap kosong pimpinan UMNO/BN yang bolehlah dianggap sebagai 'gila talak' untuk menyedapkan perasaan diri dan kroni yang sudah banyak melabur untuk BN. Kian lama pemimpin UMNO/BN bolehlah dikatakan banyak membohongi rakyat dengan 'janji tinggal janji' tetapi di PRU 12 rakyat di beberapa negeri maju pula membohongi UMNO/BN dan ini termasuk ahli-ahli BN sendiri.

Resah gelisah pimpinan UMNO/BN hanya akan terubat bila mana ada sedikit ruang yang diberikan oleh PAS untuk bertemu dengan mereka. Dengan pertemuan ini sekurang-kurangnya mereka tidak merepek bercakap seorang sahaja. Bertepok tidak sebelah tangan! Bolehlah mereka war-warkan kepada rakyat melalui media mereka bahawa UMNO/PAS ada persefahaman untuk kepentingan Melayu dan Islam!

Mereka tidak mempeduli apa pun pandangan dari ahli-ahli PAS atau UMNO. Pemimpin UMNO menganggap ahli-ahli UMNO dan PAS berkepimpinan dengan prinsip 'dengar dan patuh'.

Yang mereka tunggu ialah komen-komen nagetif pertemuan PAS/UMNO itu dari pimpinan PKR dan DAP. Jika ini berlaku maka dalang-dalang yang selama ini berusaha memulihkan kewibawaan UMNO menggunakan beberapa NGO mengadakan seminar dan kongres untuk merumuskan Perpaduan dan permuafakatan Melayu yang gagal diterima oleh rakyat, akan menggerakkan agenda baru UMNO/BN untuk memecahkan usahasama PAKATAN RAKYAT melalui media massa mereka.

Bagaimana pun usaha mereka ke penghujungnya bolehlah dianggap gagal bila mana pimpinan-pimpinan PAKATAN RAKYAT yang telah masak dengan taktik kotor pimpinan UMNO/BN tidak melatah sebagaimana yang diharap-harapkan oleh pimpinan UMNO!

2) Pemimpin UMNO bagaikan termimpi-mimpi untuk meninggalkan Putrajaya yang akan dihuni oleh PAKATAN RAKYAT dengan sokongan beberapa ahli parlimen BN terserta sama ahli-ahli parlimen UMNO untuk melaksanakan penubuhan sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan untuk semua rakyat!

Dengan wujudnya pertemuan pemimpin UMNO/PAS yang dihebuh-hebuhkan oleh pimpinan UMNO dan media massa mereka dapatlah moga-moga mereka yang nak melompat ke tapak berjuang sebenarnya untuk rakyat akan berfikir dua kali dan seterusnya lompat tak jadi! Maka selamatlah UMNO/BN dengan pimpinannya masih lagi bersikap angkuh, tamak, korup dan mementingkan kroni mereka!

3) Pemilihan kepimpinan UMNO dari perengkat cawangan hingga pusat akan bermula hingga ke Disember 2008. Pemimpin tertinggi UMNO amat bimbang kerana senario politik yang tidak menentu dalam UMNO itu akan merosakkan parti. Mereka yang kalah akan merajok dan melompat ke parti-parti PAKATAN RAKYAT.

Jika ini berlaku maka selepas Disember 2008, pejabat UMNO akan menyimpan senarai nama yang berjuta termasuk yang mati atau pun yang sudah melompat parti. UMNO menyimpan nama tetapi ampunya nama sedang berjuang menentang UMNO.

Oleh itu menghebuhkan pertemuan PAS/UMNO bolehlah menghalang sedikit penghijrahan ahli-ahli UMNO ke PAKATAN RAKYAT walaupun sekarang ini penghijrahan itu sedang berlaku hari-hari!

Salahkah pertemuan pemimpin PAS/UMNO? Sebenarnya tidak salah! Bolehkah pertemuan pemimpin UMNO/PAS dilakukan? Sebenarnya boleh dilakukan? Bilakah masanya pemimpin UMNO/PAS boleh bertemu? Sebenarnya bila-bila masa boleh!

Sedangkan manusia dengan binatang kerap bertemu. Inikan pulak manusia dengan manusia! Apa yang diperbincangkan dalam pertemuan itu haruslah ianya tidak merugikan rakyat! Kerana pemimpin politik yang jujur bukan berjuang untuk diri sendiri atau kroni! Mereka berjuang untuk kesejahteraan semua rakyat negara ini! Adil dan berkebajikan!

Semua percaya bahawa pemimpin PAS tampil dengan prinsip untuk rakyat! Tapi adakah rakyat boleh menaruh sedikit tanggapan bahawa pemimpin UMNO tampil untuk rakyat? Inilah yang rakyat sedang fikirkan! Sejarah pemimpin UMNO terkini tidak menampakkan berjuang untuk rakyat keseluruhannya! Pemimpin UMNO menegakkan prinsip si kaya bertambah kaya - si miskin papa kedana!

Adakah setelah usaha memperbesarkan pertemuan PAS/UMNO bagi meruntuhkan PAKATAN RAKYAT gagal maka akan wujud pula pertemuan UMNO/PKR atau UMNO/DAP? Persoalan ini diutarakan kerana pemimpin UMNO bukan memegang prinsip parti tetapi memegang prinsip diri sendiri untuk mempertahankan pangkat, kuasa dan harta disamping melindungi kerja korup mereka dan kroni-kroninya! Rakyat tahu pemimpin UMNO tidak jujur untuk rakyat!

Terkini beberapa komen dari pemimpin PAS dan DAP serta PKR sudah jelas bahawa keutuhan PAKATAN RAKYAT tidak lagi tergugat! Malahan ianya lebih menyatukan usaha untuk membuktikan PAKATAN RAKYAT mampu menggantikan Barisan Nasional memerintah negara ini secara adil dan berkebajikan!

CUCU: Selalu makan setalam dengan rakan UMNO di kenduri kampung. Tapi pernah hentak meja kedai kopi kalau cakap fitnah terhadap pimpinan PR!



ANWAR IBRAHIM
Lelaki pejuang ini tidak akan rebah! Dianya bangun dari susah payah! Untuk keadilan dan kebajikan semua rakyat! Dia membentuk suatu negara bangsa yang berani berdepan dengan angkara seribu masalah dan fitnah!

Langkah yang jujur - Tidak akan rebah terbujur - Oleh fitnah yang dihembur - Dari musuh yang hampir berkubur.

ARUS PERJUANGAN RAKYAT SEMAKIN MEMBUAK MEMECAHKAN BENTENG KEZALIMAN BN.

Thursday, July 17, 2008

BN SEKAT PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA - rakyat mulai keluar dari penjajahan minda Umno/Bn

Assalamualaikum ...

BERSAMPAN KE HULU ARUS DITONGKAH,
DAHAN ARA MENJUNTAI DI TEPI;
GONG DIPALU GENDANG BERTINGKAH,
LENAKAH JUARA DIBUAI MIMPI?

Inilah pantun kon pada hari ini.

DATUK Seri Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dengan jaminan polis! Raja Petra (Raja Blogger) dihadapkan ke mahkamah! Bala.... entah ke mana menetap berumah tangga di negara baru. Musa Hassan dan Ghani Patail sudah disoal siasat oleh BPR! Rosmah Mansor pun diberitakan sudah dipanggil polis! Khairy Jamaluddin (anak Rembau menantu Pak Lah yang petah!) juga diberitakan sudah bertemu polis! Saiful (bukan bladifol -cakap orang kampung kon) juga sudah membuat aduan kena liwat!

Datuk Seri Najib sudah menjerit di Pekan, Pahang menyanggah tuduhan yang dilemparkan oleh Akuan Bersumpah .... Dengar khabarnya Kelab Penyokong Tengku Razaleigh Hamzah sudah memberhentikan kempen untuk bertanding Ku Li bertanding Presiden Umno kerana takut Ku Li diambil tindakan dalam akta pemilihan Umno baru-baru ini.

Pak Lah selaku Presiden Umno dan PM Malaysia nampaknya masih mampu terus tersenyum dalam tidurnya kerana telah begitu banyak mendapat sokongan dari pemimpin Umno/ Bn (terutamanya Samy Vellu) dari Umno beberapa negeri yang mahu Pak Lah mengekalkan kedudukannya yang ada sekarang.

Para NGO di negara ini telah berlambak memberikan sokongan padu pada Pak Lah taklah termasuk parti-parti PAKATAN RAKYAT! Begitu juga orang-orang perseorangan terdiri dari bekas pemimpin dan sedang menjawat jawatan profesional! Ini telah disiar dan dilapurkan dalam tv dan akhbar arus perdana.

Boleh dikatakan semua orang sudah memberikan sokongan pada Pak Lah kecuali yang belum lagi kanak-kanak Tadika dan Tabika serta persatuan Orang-orang Utan (jika ada) saja lagi tak diberitakan memberi sokongan pada Pak Lah!

Demikianlah hebatnya Pak Lah! Malahan kehebatan ini tidak boleh ditandingi oleh kehebatan Dr. Mahathir Mohammad walaupun memerintah 22 tahun! Imej Pak Lah diberitakan oleh akhbar dan tv arus perdana tetap dikagumi! Bolehkah Najib 2 tahun lagi mengkagumi rakyat negara ini sehebat Pak Lah?

Cuma sedikit sahaja baru-baru ini kepimpinan Pak Lah agak terguris sedikit bilamana mengizinkan Menteri Penerangannya (Bekas Ketua Penerangan Parti Semangat 46 yang dah berkubur) berdebat dengan DSAI mengenai isu yang besar, isu negara, isu yang berat dihadapi rakyat, isu yang merimaskan juga para pemimpin negara iaitu isu kenaikkan harga minyak!

Rata-rata menteri ayam laga Umno/BN itu tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya menjelaskan kebaikkan kepada rakyat tentang usaha Kerajaan Umno/BN menaikkan harga minyak. Dia terpaksa mengalih terjah tajinya yang tumpul itu kepada jejak-jejak lampau DSAI.

Sementara rakyat mula tersedar dengan ungkapan bernas DSAI dengan fakta yang jelas atas tajuk perdebatan: Hari ini memerintah, esok turun harga minyak! Barulah rakyat tersedar bahawa masih ada usaha untuk mengikis keperitan yang dibebankan oleh Kerajaan Umno/BN kepada rakyat! Dan usaha itu datangnya dari salah seorang pimpinan PAKATAN RAKYAT!

Telah berlaku di parlimen bila mana 129 anggota BN menyokong kerajaan menaikkan harga minyak dan barang, sementara 78 anggota PAKATAN RAKYAT menentang kenaikkan tersebut!
Ini tidak bererti rakyat di 129 kawasan parlimen BN menyokong keputusan tersebut. Tetapi rakyat di 78 kawasan parlimen PAKATAN RAKYAT pasti turut sama menentang kenaikkan harga minyak dan barang itu, termasuklah mereka yang tidak mengundi PAKATAN RAKYAT semasa PRU 12 dulu!

Hanyalah mereka yang benar-benar dengu dan sengaja nak mencari susah dalam kehidupannya menyokong kenaikkan harga minyak dan harga barang.

Terlayarnya wajah DSAI di kaca tv dan menutur pembelaan terhadap rakyat yang menghadapi kesusahan dengan kenaikkan harga minyak, rakyat bukan saja terbuka mata dari lenaan buaian pemimpin Umno/Bn tetapi minda pemikiran mereka yang selama ini dijajah dengan janji kosong dan pembohongan mula melepasi dari kepompong slogan selama ini yang berbunyi: Hanya Umno dan BN saja yang mampu memberikan kemewahan kepada rakyat negara ini!

Slogan di atas adalah momokan politik yang disuarakan oleh pemimpin Umno/Bn untuk meraih sokongan pada setiap Pilihanraya Umum atau pun kecil! Slogan momokan itu sudah mula terhikis dari pemikiran rakyat!

Dalam suasana rakyat sudah mula mengorak keluar dari kepompong penjajahan minda Umno/Bn dimana mercu tandanya PRU 12 (Mac 2008) memperlihatkan kesedaran rakyat, agaknya lenakah tidur para pemimpin Umno/Bn yang mengamalkan politik pecah belah perintah? Yang mengamalkan ekonomi kronilisme? Yang bercakap agama Islam Hadhari (Adahari?)? Yang mengamalkan perundangan 'korek!korek!' dan mengarahkan pasukan keselamatan dengan 'ikut cakap aku!' ? Lenakah mereka tidur!

Untuk menyekat kebangkitan rakyat dan ahli-ahli Umno membuat REFORMASI maka muncullah beberapa isu besar yang bermula dengan cerita pembelian kapal selam dan digegarkan pula dengan dakwaan liwat oleh 'budak nakal'.

Maka sekali lagi rakyat cuba dijajah minda mereka oleh pemimpin Umno/Bn dengan isu-isu pribadi yang kita sendiri masih kabur siapa sebenarnya yang menjadi dalang menggerakkan wayang kulit yang dipersembahkan kepada rakyat.

Hari ini kelemahan pemimpin Umno/Bn cuba ditudung dengan kes-kes besar agar rakyat lalai dan lenalah tidur mereka disamping terus merancang agar usaha PAKATAN RAKYAT untuk ke Putrajaya dalam masa terdekat tertangguh!

Apakah rakyat akan terus lalai? Siapakah agaknya yang merancang begitu hebat drama-drama berthemakan 'pelalai rakyat' dipersembahkan secara benar atau fitnah? Adakah rakyat sanggup minda mereka dibuai kelalaian disamping tok dalang menupang dagu melelapkan mata ?

CUCU: Kata datuk kon! Senjata besar orang Melayu ialah fitnah!

Wednesday, July 16, 2008

PENANGKAPAN ANWAR - batu nesan pemerintahan BN?

Assalamualaikum ...

BUAT PENEDUH DAUN KUBONG,
BUAH DURIAN BUAH RAMBUTAN;
PEMBURU BODOH TAMAK DAN SOMBONG,
ANJING BURUAN DILEPAS KE HUTAN.


Itulah pantun kon hari ini setelah kon demam selsema 2 hari.

LANGKAH sudah berpencak di gelanggang. Pesilat sudah bersedia berdepan antara satu sama lain. Gendang perang sudah lama dipalu semenjak 1998. Anwar sudah ditahan di IPK Kuala Lumpur. Musuh-musuhnya sudah mengorak senyum sebelum mampu ketawa besar!

Cerita usung tilam dan hakim choklat hacks mulai kembali di layar pemikiran rakyat! 1998 adalah detik mencelikkan rakyat yang selama ini diselimuti oleh undang-undang rimba mengikut suka siapa yang berkuasa! Rakyat sudah mengetahui sedikit sebanyak perjalanan undang-undang dan hukum serta pelaksananya di negara ini.

Itulah pengetahuan yang dilemparkan kepada rakyat pada tahun 1998. Lalu rakyat bangun dan cuba menyisihkan penggubal dan pelaksana undang-undang yang banyak memberi ruang kemenangan kepada kroni pemerintah. Pilhanraya Umum ke 10. Satu detik yang menggerunkan UMNO/BN. Namun PRU 11 semangat itu kembali merundum. Rakyat terbuai dengan mimpi indah yang dihemburkan Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri.

PRU 12 (Mac 2008) BN boleh dikatakan tumpas! Kerana apa? Rakyat telah terlalu derita oleh berbagai kerenah pemimpin negara dan kroninya sehingga harga barang/tol/minyak naik demi menjaga periuk nasi para ahli korperat yang mengeliling pinggang pemimpin UMNO/BN.

Anwar Ibrahim muncul untuk berganding sama dengan Hadi Awang dan Lim Kit Siang dalam semangat untuk memberikan keadilan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan bawahan yang selama ini dipinggirkan oleh pemimpin BN.

Atas nama PAKATAN RAKYAT yang keramat ini. Pemimpin UMNO/BN mulai kecut kerana rakyat berada dalam perjuangan REFORMASI! Bukan saja pemimpin kerajaan BN kecut tetapi para kroni yang mengaut laba selama ini pun mula merasa tergugat!

Rakyat semakin mara dengan PAKATAN RAKYAT. Laongan Reformasi dari tekak rakyat membingikkan telinga pemimpim BN. Tambahan pulak diwar-warkan PAKATAN RAKYAT akan ke Putrajaya selewat-lewatnya 16 September 2008 ini. Anwar akan turun bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen. Beberapa ahli Parlimen BN akan lompat ke PAKATAN RAKYAT. Ertinya Kerajaan BN tumbang dalam arus REFORMASI RAKYAT!

Apakah janji Pak Lah 2 tahun akan datang untuk menyerahkan kuasa pada Najib terlaksana?
Apakah para pemimpin BN tidak yakin dengan apa yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya ?

Janji Pak Lah belum tentu lagi. Najib belum boleh goyang kaki untuk berpantang selama 2 tahun menunggu buah ranum jatuh ke riba. Ini disebabkan 2 tahun bukan masa sengkat untuk arus politik berkisar mengikut iklim yang datang dan pergi di negara ini. Kemunculan Anwar di kaca tv 1 RTM walaupun siaran tertangguh namun memberi kesan kepada pemikiran rakyat bahawa usaha PAKATAN RAKYAT menurunkan harga minyak diyakini.

Yang tak yakinnya bukan pendebat tetapi mereka yang benar-benar bodoh untuk memikirkan teori ekonomi! Mereka terdiri dari golongan pak turut walaupun derita yang diterima sepanjang hayat.

Apakah Menteri Penerangan juga rasa yakin apa yang diluahkan oleh Anwar kerana itu dia mencari jalan lain untuk memeriahkan majlis debat tersebut dengan mengungkit cerita tentang Anwar di masa lampau? Lari benar dari sasaran topik debat tersebut.

Atau adakah Menteri Penerangan memang nak beri peluang kepada Anwar menjelaskan kepada rakyat tentang usaha PAKATAN RAKYAT menangani masalah kesusahan rakyat dengan menurunkan harga minyak yang dinaikkan secara mendadak oleh BN?

Beradanya Anwar dalam tahanan polis kerajaan BN hari ini bukannya jalan mudah untuk menyekat kemaraan REFORMASI RAKYAT! Jika Pak Lah nak menyekat kemaraan Najib untuk menduduki kerusi PM 2 tahun lagi, maka riak-riaknya sudah bermula!

1998 gelombang rakyat bermula! 2008 sepuluh tahun kemudian gelombang itu melapun sebahagian kuasa BN. InsyaAllah jika keadaan negara yang tidak menentu sekarang ini dengan undang-undang rimbanya yang mengikut telunjuk satu pihak berkuasa dan berkepentingan, lalu Pak Lah mengadakan pilihanraya umum dalam jangka masa terdekat, pastilah Najib akan berada di kerusi Ketua Pembangkang jika Pak Lah berundur dari pimpinan UMNO/BN.

Maka amat rugilah Najib berada 2 tahun dalam berpantang tidak boleh menderhaka kepada ketuanya. Untuk menambah kebangkitan rakyat, penangkapan Anwar Ibrahim hari ini adalah mercu tanda yang diletakkan oleh pemimpin Kerajaan BN sendiri sebagai batu nesan pemerintahan mereka kerana arus kebangkitan rakyat membawa semangat REFORMASI sudah memeram dan terus memeram di sanubari perjuangan rakyat dan ianya akan terhembur keluar bila-bila masa untuk satu perubahan yang adil dan berkebajikan bagi rakyat Malaysia!

Penangkapan Anwar hanyalah menyekat Anwar tetapi ianya membesarkan longkang arus perjuangan rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan PAKATAN RAKYAT yang amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat yang siuman negara ini.

CUCU: Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!

Saturday, July 12, 2008

2 TAHUN MUSIM BERPANTANG - Hampakah Penyokong Najib?

Assalamualaikum ...

KULIT REPIS PENJALIN LUKAH,
LUKAH BUJUR BERUMPAN KERAK;
SISIP KERIS MENYUSUN LANGKAH,
HARIMAU TIDUR JANGAN DIGERAK !


Begitulah pantun kon untuk direnung bersama ...

BILA Pak Lah memberikan tempuh 2 tahun kepada Najib untuk melakukan peralihan kuasa walaupun kuasa itu adalah hak ahli-ahli dan perwakilan yang akan menentukannya, namun Pak Lah dapatlah meredakan selama 2 tahun para penyokong Najib dari mengasak bertubi-tubi untuk melonjakkan Najib ke kerusi No1 UMNO dan juga secara tidak langsung menduduki kerusi Perdana Menteri.

Selama ini berbagai pandangan dan pendapat yang dicurahkan. Tidak kurang juga berbagai ayat yang disusun untuk mencepatkan Pak Lah meninggalkan kerusi-kerusi tersebut. Pak Lah buat diam saja!

Dalam diam-diam Pak Lah sampai bosan Dr. Mahathir lalu keluar dari UMNO. Pak Lah diam lagi tapi nampaknya suara semakin banyak dan lantang menyuruh dia berhenti. Pak Lah tentu tertanya-tanya agaknya? Siapa yang ganti dia kalau beriya sangat nak suruh dia berundur?

Masa itu semua diam! Najib diam! Mahyuddin diam! Shahril pun diam. Mat Taib lagilah diam! Tiba-tiba anak Raja dari Tanah Rendah Sekebun Bunga (Ku Li) bersuara dan mula menawarkan diri untuk ke kerusi No 1 UMNO.

Ku Li tidak membimbangkan Pak Lah. Zamannya telah berlalu! Taringnya telah tumpul! Tapi belangnya masih berkilat kerana tukang gosoknya banyak sangat.

Pak Lah pun menabur umpan di air tenang untuk melihat jika ada tangkapan. Pak Lah lalu mengatakan bahawa Najib adalah penggantinya yang sesuai dan pilihannya! sebaik umpan kata itu dihemburkan lalu lepak lepok tangkapan berbunyi mengocakkan air, mengeruhkan lubuk.

Suara-suara lembut dan lantang lantas berbunyi untuk Pak Lah cepat-cepat turun dan serahkan segera kerusi No 1 UMNO dan kerusi PM pada Najib! Kalau bolehlah semalam Pak Lah cakap hari ini Pak Lah turun, esok Pak Lah entah ke mana. Mungkin sama mengikut jejak Dr.Mahathir!

Agaknya barulah Pak Lah tahu betul bahawa orang yang beriya nak tempatnya ialah orang yang berada betul-betul di bawahnya, bukan orang dari Gua Musang Tanah Rendah Sekebun Bunga!
Mungkin pada Pak Lah hajat Ku Li hanyalah acah-acah saja. Kerana itu dia diam saja.

Hari demi hari nampaknya bukan saja Pak Lah tak lena tidur oleh berbagai saranan dari satu kumpulan UMNO yang berimpikan Najib menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia, mungkin nak buat kerja pun terganggu!

Keghairahan penyokong Najib menyuruh Pak Lah turun kerusi ketara bila begitu banyak perkara kelemahan dan perpecahan serta penghijrahan ahli UMNO ke PAS dan PKR dibebankan kepada sikap Pak Lah kononnya! Bukan dipikul bersama oleh para pemimpin UMNO yang turut sama melombong untung!

Malahan kekalahan UMNO/BN pada PRU 12 juga dibebankan kepada Pak Lah. Orang ramai terutamanya pemimpin UMNO cawangan dan bahagian terlupa kepada peranan Njib selaku Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di PRU 12. Mereka sama-sama tolong mencuci tangan Najib dan membebankan kekalahan itu pada kelemahan Pak Lah!

Ini semua tak kan Pak Lah tak boleh baca! Tentulah Pak Lah juga ada caranya. Lantas itu Pak Lah dilenakan dengan sokongan dari negeri-negeri untuk mengekalkan jawatannya. Najib tetap No 2. Walaupun cara itu tak sepatutnya berlaku kerana cadangan mestilah bermula dari cawangan ke bahagian ke pusat. Kini tiba-tiba negeri mengambil alih buat pengumuman tersebut. Ianya bagaikan satu keputusan!

Di mana hak ahli-ahli UMNO untuk memilih pemimpin? terpinga-pinga sajalah! Rupanya sokongan itu juga tidak boleh melenakan Pak Lah! Lagi banyak suara protes yang diterimanya merujuk pula kepada perlembagaan parti! Hal ini juga dibebankan juga pada Pak Lah! Kononnya Pak Lah gila kuasa sangat!

Dalam kegawatan politik Umno itu. Pak Lah mengambil satu lagi jalan yang paling hebat dan berani! Pak Lah beri tempuh 2 tahun pada Najib untuk mengambil tempatnya! Ramailah yang bersorak! Tapi tahukah yang ramai bersorak itu ialah penyokong Pak Lah!

Penyokong Najib terpinga-pinga! Mungkin Najib tidaklah begitu! Dalam sibuk desak nak cepat membuat peralihan kuasa! Tiba-tiba kena berpantang 2 tahun dengan kata-kata Hang Tuah: Pantang Melayu menderhaka!

Mereka tahu bahawa tempuh 2 tahun bukan masa pendek untuk berpantang! Ini bukan 2 jam. Sedangkan 2 hari atau 2 minggu macam-macam boleh berlaku! tambahan pulak 2 bulan dan 2 tahun! Ambooiii lagilah sedapnya menyusun berbagai usaha untuk suatu matlamat yang tidak ada siapa yang tahu!

Selama ini semua orang tahu Pak Lah kaki tidur! Tapi bila dia benar-benar jaga! Dia boleh melompat, melipat dan bertindak sehingga musuhnya kaku tersungkur!

Benarlah kata orang tua-tua: Harimau tidur jangan digerak! Maka akibatnya mulai difikirkan oleh penyokong Najib! Sementara Penyokong Pak Lah sedang merancang sesuatu siapa tahu?
Kerana itu ahli-ahli UMNO mula merapati PAS dan PKR agar mereka tidak diterkam mudah dan dimamah oleh harimau yang telah bangun dari tidurnya!

CUCU: Dalam bacaan politik 2 X 1 bukan mestinya 2 ... mungkin 1, mungkin 3, mungkin ... mungkin ...

TAHNIAH !

PARTI KEADILAN RAKYAT
Bahagian Kuala Krau
Pahang
mengucapkan
T A H N I A H

atas pengurniaan anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri
yang membawa gelaran
Datuk Seri Utama
oleh
Yang diPertua Negeri Pulau Pinang
kepada
Presiden Parti Keadilan Rakyat


Datuk Seri Utama Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Sama-sama mengucap tahniah
semua ahli jawatankuasa
AMK - WANITA - BAHAGIAN
serta
Ahli-ahli PKR Kuala Krau.



Wednesday, July 9, 2008

SIKAYA BERKUASA DENGAN ANJING-ANJINGNYA

Assalamualaikum ...

HENDAK KELEDEK DIBERI KELEDEK,
HENDAK CENDAWAN PERGI KE HULU;
HENDAK PROJEK DIBERI PROJEK,
HENDAK LAWAN TUNGGU DULU.


Itu pantun kon hari ini.

Di bawah ni cerita pendek kon (kon layarkan sikit demi sedikit) ....



DALAM banyak orang kaya yang sedang berkuasa, ada seorang yang bernama Pok bin Loh. Selepas ini dipanggil PL. Dianya berkuasa dalam satu tempat entah apa namanya dengan mentadbir secara haru biru dan rundingannya hanya dengan anak menantu. Orang lain cakaplah dia buat tak tahu. Habis-habis susah, dia tidur. Kalau tak lena sampai meleleh air liur basi. Dia buat-buat tidur. Orang bodoh saja bercakap dengan orang tidur. Sebab orang tidur sama nilainya dengan orang mati.

Orang kaya berkuasa tinggi ini (PL) hobi utamanya bukan main golf. Bukan juga kaki kasino. Tapi untuk hibur-hibur sikit untuk redakan fikiran dia ada juga panggil penyanyi dan pemuzik dari luar tempatnya. Tak ada taraflah nak dengar muzik tempatan. Kalau ada juga jemputan merasmikan budaya tempatan, sebelum dan selepas ucapan perasmian dia tidur.
Tapi ingat! Kalau ada perempuan cun-cun kata orang muda, terutamanya artis! Fuuuu dia celik sampai pagi. Kalau dapat pegang-pegang sikit lagi seronok. Dia ni ada ilmu ulardalamsemak! Banyak juga kitab yang dipelajari dan rujukannya lalulah dia mencipta Islam Ada Hari.

Ada hari cakap begini. Ada hari cakap begitu. Ada hari begini begitu! Memang celaru! Akhirnya dia menjadi seorang yang berbohong. Nak tahu masa bila dia berbohong? PL buka saja mulut belum berbohong lagi. Keluar saja perkataan dari mulutnya, bohongnya pun bermulalah! Ini hari cakap esok lain cakap! Tapi lidahnya taklah bercabang macam biawak.

Banyak juga orang hentam dia. Hentam dari luar, hentam dari dalam. Tapi dalam kelambunya tak tahulah dia menghentam pula. Dia ni mempunyai penasihat-penasihat yang terdiri dari anak menantu dan seorang berdua puak kedaratnya. Orang sekarang panggil kroni. Dia jadi Orang Kaya Berkuasa masa tu Orang Kaya Berkuasa Tok Mok atau TM dah tak ada orang nak gantikan dia lalu ambillah buat sementara waktu, janjinya.

Tapi bila dah dapat peluang yang diidamkan secara mudah. Hati perutnya langsung tak terfikir tentang sumpah seranah orang. Suruh dia berhenti jauh sekali. Nak cakap apa dia yang berkuasa! Ada juga orang kata menantunya lagi besar kuasa dari dia. Menantunya bekas murid Petaka Guru Pergunungan Opok Uri seberang laut.

Banyak juga rakan-rakan sekayanya dalam Kelab Membuta Tuli yang nak lawan dia. Ohhhh! Pantang dicabar! Bila-bila boleh! Tak larat pun dia buat larat juga. Yang laratnya kuasa dia. Kuasa pengaruh tak seberapa. Kuasa pangkat dengan kuasa duit memang ada!

Macam kata pantun:

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Ajak lawan sanggup lawan,
Suruh berhenti dia tak mahu!

Maka tertanya-tanyalah ahli-ahli Kelab Membuta Tuli; "Bila Si Penidur ini nak berhenti?" Dia jawab; "Sebab apa aku mesti berhenti? Aku masih di sini!" Nak cakap apa! Dia sedang memegang pangkat dan berkuasa!

Ada juga beberapa kelab yang lain nak rentap dia tapi dia masih bertahan walaupun dah tak berapa tahan! Lalu macam-macam kerenah dilakukannya. Akhirnya musuh-musuhnya samada dari dalam kelabnya atau dari kelab lain berantuk kepala! Belum ada lagi yang pecah berdarah! Tapi selar menyelar, antuk mengantuk dah berlaku. Rupa-rupanya bertambah lenalah Orang Kaya Berkuasa PL dengan tidurnya.

Banyak orang hairan macam mana orang tidur boleh hebat kuasanya? Walaupun kuasa itu habat caranya! Lama juga orang cari sebab musababnya. Akhirnya dapat juga dibongkar! Rupanya dia memelihara tiga jenis anjing!

Anjing jenis pertama duduk tunggu pintu pagar. Anjing jenis kedua duduk dalam rumah atas kosyen empok. Anjing jenis ketiga duduk dalam kandang hanya dilepaskan masa nak pergi berburu ...

JENIS ANJING PINTU PAGAR
Maka dikisahkan Orang Kaya Berkuasa begitu banyak menaburkan anjing-anjing yang jenis kuat menyalak. Kuat membuat bising. Dia bersedia membeli berapa harga anjing-anjing yang memang suaranya nyaring menakutkan.

OKB Pok Loh bukan saja meletakkan anjing-anjing jenis kuat menyalak ini di pintu pagar banglo besarnya yang selalu dia mengadakan keraian sekeluarga dengan memanggil beberapa orang artis luar negara terutamanya dari Amerika. Anak menantunya memang pandai menghiburkannya. Bila dia terhibur, dia pun mudah tidur!

Perangai anjing kuat menyalak ini amat hebat. Usahkan orang tak kenal disalaknya. Rakan tuannya pun ia salak juga. Kerjanya menyalak! Menyalak! Menyalak! Semata-mata nak beritahu tuannya bahawa ia ada orang dan tuannya tahulah ia ada buat kerja!

Kadang-kadang bukan manusia rakan tuannya saja disalak oleh si anjing penyalak ni. Kucing, tikus, lembu, kerbau, binatang besar binatang kecil, yang berjalan, yang merayap, yang melompat yang terbang, yang dalam tanah kalau dia terdengar bunyi korekan pun disalaknya.

Ia amat mengharap supaya salakannya nanti akan dapat upah kalau tak sampai senak memadailah pengalas perut! Upah yang diterimanya hanyalah sepinggang nasi, ada masa basi, letak atas pinggan besen bergaul dengan kepala ikan masin yang hampir busuk.

Namun taraf sebagai seekor anjing penyalak sudah cukuplah pada hatinya mendapat habuan yang begitu!

Diriwayat pada satu kisah. Oleh kerana pada satu hari itu tidak ada apa-apa yang melintas di depannya, maka ketika ketul tahinya sendiri gugur ke tanah dari juburnya, dia terus menyalak. Terpinga-pinga OKB Pok Loh meninjau ke sana ke sini, depan belakang mencari siapa yang datang nak mengacau dia tidur ....

Selepas ini kisah perangai si anjing kosyen pula diceritakan ....

Ikuti perjalanan cerita ini dalam CUCU TOK KEDU (http://rp-semantan.blogspot.com) akan datang ....

Monday, July 7, 2008

PUISI: Izinkan bicara ini


Izinkan bicara ini
melepaskan rontaan hati
di bumi yang memekong bernanah
bernama tanahairku!

Impian untuk keimanan
ditelanjang kemaksiatan!
Impian untuk keadilan
ditindas kezaliman!
Impinan untuk keamanan
diratah ugutan!
Impian untuk kemakmuran
dimamah kroni negarawan!
Impian untuk kebajikan
dirampas pilih-pilihan
Impian untuk kebenaran
dilontar fitnah ulang-ulangan!

Inikah citra indah tanahairku?
yang tadbirnya semakin korup
pemimpin semakin tamak haloba
bertindak salahguna kuasa
bicara pura-pura
kerjanya tipu daya
memohon patuh rakyat jelata
walaupun derita sengsara
namun mesti setia

Inikah warna tanahairku?
pejuang agama dihina
pejuang rakyat dilontar fitnah
penindas rakyat dipuja sanjung
bumi digadai lelong!

Izinkan bicara ini
melewati rakyat
yang mindanya dijajah
yang hatinya resah
tapi setianya tidak berubah!

Izinkan bicara ini
kerana aku impikan
kuasa reformasi rakyat
membina semula negara bangsa
berdaulat
merdeka
yang adil berkebajikan
disegani dan disenangi!

Oleh: CUCU TOK KEDU
7hb. Julai 2008 / Isnin.
Teratak Kecil
Hujung Kampung.


TUNGGU UNTUK MELAYARI BLOG "CAKAP KAMPUNG" yang akan mencatat cakap-cakap orang kampung mengenai politik, ekonomi, budaya, sukan, agama dan beberapa isu semasa.http://cakapkampung.blogspot.com

Sunday, July 6, 2008

BERSUMPAH KELIMAH ALLAH BUKAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH NEGARA SEKULAR

Asslamualaikum ...

ANGIN PETANG TIUP BERTALU,
MELANDA SAPU MENERBANG KAJANG;
BILA GENDANG MULA DIPALU,
GELANGGANG BERDEBU SEPAK TERAJANG.

Itulah pantun kon hari ini ...

WALAUPUN isu fitnah liwat berzina sedang disebarkan dengan hebat oleh media massa kerajaan Umno/Bn namun rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan isu kerakyatan seperti harga minyak yang melambung naik bersama harga barang, penggadaian kedaulatan Pulau Batu Putih, jenayah berat yang terus mengganas. Rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pihak pemerintah dan tadbir. Hiburan melampau yang mengganggu sosial budaya bangsa dan agama! Perebutan jawatan parti politik dan berbagai lagi yang ianya bukan saja menakut dan menyusahkan rakyat malah boleh mensengsarakan rakyat negara ini.

URUTAN Peristiwa terdekat. Ianya dicatatkan tidak mengikut garis masa.

Urutan pertama isu: Raja Petra membuat Akuan Bersumpah yang melibatkan isteri Najib (TPM) dalam kes pembunuhan wanita Monggolia.

Urutan kedua isu: Isteri Najib membuat kenyataan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Akuan Bersumpah Raja Petra.

Urutan ketiga isu: Kempen perebutan beberapa jawatan dalam Umno.

Urutan keempat isu: Undi tidak percaya terhadap Pak Lah.

Urutan kelima isu: Anwar Ibrahim mengumumkan untuk PAKATAN RAKYAT KE Putrajaya selewat-lewatnya 16 September 2008.

Urutan keenam isu: Anwar Ibrahim akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen di masa terdekat. Pengumuman Anwar untuk membuat aduan penyelewengan kenyataan kes Anwar 1998 oleh Musa Hassan dan Ghani Pathail.

Urutan ketujuh isu: Percakaran sesama ahli Parlimen BN dengan menteri BN.

Urutan kelapan isu: Ura-ura ahli-ahli Parlimen BN nak lompat ke PR.

Urutan kesembilan isu: Meletupnya kenyataan 'budak nakal' (nak sebut nama pun jijik) bahawa dia telah diliwat oleh seorang pemimpin pembangkang.

Urutan kesepuluh isu: Bala (nama orang) buat Akuan Bersumpah mengaitkan Najib (TPM) dengan wanita Monggolia.

Urutan kesebelas isu: Bala membuat Akuan Bersumpah kali kedua menafikan Akuan Bersumpah pertamanya.

Urutan kedua belas isu: Bala pun hilang esoknya!

Ini antara isu-isu yang menggegarkan negara untuk pembalut beberapa isu berat secara khusus ditanggung rakyat. Seluruh media massa kerajaan digunakan menghidup isu ini agar rakyat terbuai dan lupalah apa yang isu besar sebenarnya.

Dalam kecuh yang amat berat penyelesaiannya itu maka kerana banyak ewatak yang terkaitan secara langsung dan tidak langsung, samada pemegang watak utama, pembantu dan tambahan adalah terdiri dari individu-individu yang sedang berkuasa dan berpengaruh.

Lalu seorang Tok Mufti (bukan Tok Nikah Kawin Musang Berjanggut) mensarankan supaya mereka yang terlibat (ertinya bukan seorang) dalam isu tuduh menuduh ini bersumpah secara Islam.

Saranan ini amat baik. Tapi Tok Mufti pun tentulah arif bahawa sumpah secara Islam dengan menggunakan nama Allah melibatkan orang yang dituduh dan orang yang menuduh serta orang yang tompang tui juga kena bersumpah supaya yang bersubahat tidak boleh mempermainkan/ menyebarkan perkara tersebut sewenang-wenangnya. Nampaknya Sdr. Bala (yang dah hilang) taklah boleh terlibat kerana ianya bukan Islam. Yang lain boleh bersumpah menggunakan kalimah Allah!

Bagaimana pun kita kena berfikir sama-sama secara waras. Mereka yang dikehendaki bersumpah ini ialah seorang Islam yang beriman. Kerana hanya orang orang yang beriman sahaja yang takut kepada bala azab Allah samada di dunia atau di akhirat.

Macam mana dengan mereka yang kaki arak? Macam mana dengan mereka yang kaki judi? Bagiamana dengan mereka yang kaki rasuah? Bagaimana dengan mereka yang kaki zina? bagaimana dengan mereka yang zalim memerintah dan mentadbir? bagaimana dengan mereka yang kerjanya memang mengambil upah melakukan yang benar atau tidak asalkan ada upah jumlah yang besar?

Jika mereka yang disebutkan tadi bersumpah maka sumpah itu sia-sia. Jangan gadaikan kebesaran Allah hanya semata-mata untuk melepaskan diri dari perlakuan yang jahat. Mereka yang munafik, fasik amat mudah menggunakan nama Allah!

Ini tidak bererti sumpah itu tidak boleh dibuat. Buat tetapi mereka mestilah orang yang benar-benar beriman kerana bala Allah akan datang. Jika ianya datang di dunia, maka bukan sahaja orang yang dilaknat itu ditimpa bala celaka, malahan mereka yang beriman termasuk Tok Mufti pun kena juga. Contohnya Nabi Allah Noh yang terpaksa berangkat setelah Allah menurunkan banjir besar menghukum umatnya.

Orang-orang yang tak beriman begitu mudah bercakap sumpah demi sumpah! Jika nak juga bersumpah jangan seorang sahaja, bawa semua yang terlibat bersumpah! Jangan jadikan sumpah kata-kata politik untuk menyelamatkan pemimpin!

Jika mereka telah selesai bersumpah apakah Tok Mufti dan Pergerakan Pemuda UMNO boleh memberi jaminan bahawa keseluruhan kes yang melibatkan Najib-Anwar- Musa Hssan-Ghani Pathail- Budak Nakal-Rosmah-Razak Baginda- berapa lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk rakyat yang mengiya dan menidakkan perkara itu di kedai-kedai kopi, perkara ini tamat dan tidak boleh diungkit di mana-mana mahkmah dalam negara ini?

Ini bererti kita telah menolak Perlembagaan Negara yang masih tidak meletakkan negara ini sebagai Negara Islam yang menjalankan peraturan Islam dengan hukum hakamnya berpandukan Islam. Negara ini masih lagi berpelembagaan kepada sekular! Jika demikian maka terlepaslah mereka yang bersalah atas dasar kemunafikannya ataupun kerana upahan lumayan dan ugutan!

Jika tidak apalah gunanya membuang masa melihat si munafik dan si fasik atau si beriman bersumpah kemudian mahkamah sekular terus juga berfungsi untuk meneruskan kes tersebut. Maka jadilah ianya kerja main-main. Memperjudikan nama Allah untuk kepentingan diri. Wanauzubillah!

CUCU: Teringat kata-kata Tok Nikah Kawin Musang Berjanggut: Undang-undang itu kita yang buat .....

Saturday, July 5, 2008

FITNAH MEMBALUT NANAH PEKONG PEMIMPIN UMNO

Assalamualikum ...

Dah hampir 3 hari kon tidak menulis, cuma berbalas pantun dengan Dato' Ron saja. Seronok dengan dia, orangnya terbuka. Walaupun dia UMNO tapi kon bergurau pantun dengannya dilayannya juga. KUDA KEPANGnya hari-hari kon layari. Ada komen pedas-pedas kon luahkan. Tapi disiarkanya juga. Terima kasih Dato' Ron. Kita sama-sama memperjuangkan sebuah negara yang aman, damai, makmur serta berkebajikan bagi kita dan generasi akan datang. Kita sama-sama prihatin bila melihat keporak-perandaan yang dilakukan oleh manusia-manusia berkuasa menaikkan harga minyak dan barang sehingga ke perengkat hilangnya kedaulatan Pulau Batu Putih. Terima kasih sekali lagi. CUCU TOK KEDU

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pantun Kon hari ini ...

KAIN PELEKAT BERBAJU KASA,
LETAK MERATA AMPAIAN BASAH;
ORANG BERPANGKAT MENGGUNAKAN KUASA,
ORANG BERHARTA MENGGUNAKAN UPAH.

DEMIKIANLAH harus kita fikirkan bersama tentang keadaan politik negara kita yang semakin berkecamuk dari kejutan PRU 12 dimana pemimpin Umno tersentak dengan kekalahan di 4 buah negeri, hampir menawan Negeri Sembilan dan terus mempertahankan Kelantan. Jika ada Kerajaan Negeri Persekutuan Kuala Lumpur ianya turut dimenangi oleh PAKATAN RAYAT dari gabungan KEADILAN / PAS / DAP.

Lantas banyaklah NGO-NGO pengampu yang tampil untuk melembutkan hati tuan mereka yang mulai lumpuh berkuasa. Mereka mengadakan berbagai cara. Antaranya mengadakan Kongres Permuafakatan Melayu. Mengadakan beberapa demontrasi di negeri-negeri kuasaan PAKATAN RAKYAT. Mereka membuat forum. Mereka meneriak lantang dengan slogan Ketuanan Melayu.

Namun bak kata pepatah orang tua-tua; Peluru habis Pelembang tak alah! Maka berikhtiarlah si jembalang-jembalang politik mencari teori untuk melumpuhkan KEBANGKITAN RAKYAT dan untuk membalut kudis yang semakin menjadi pekong para pemimpin UMNO/BN. Bagaimana pun bau dan nanahnya mengalir keluar juga akhirnya!

Lantas untuk mencuci nanah dan bau busuk pekong yang menghinggapi secara langsung dan tidak langsung oleh pemimpin UMNO/BN maka pakar-pakar pembuat fitnah mula mengumpulkan semula bahan-bahan fitnah! Lalu wujudlah fitnah berulang yang ditujukan kepada manusia yang sedang menuju menterajui Putrajaya.

Untuk menghilangkan bau busuk dan nanah pekong pemimpin UMNO/BN kalau tak berjaya pun sekurang-kurangnya membawa fikiran rakyat yang dhaif dan derita dengan kenaikan harga petrol bersama kenaikkan harga barang serta beberapa penindasan ketidak adilan yang diterima oleh rakyat lalu pakar-pakar pemitnah ini mengwujudkan suatu yang menggemparkan.

Pekong politik, pekong jenayah, pekong ekonomi, pekong kroni, pekong kepimpinan, pekong sosial budaya, pekong kedaulatan bumi Malaysia adalah pekong-pekong yang sentiasa menghantui hidup masa depan kepimpinan UMNO/BN.

Rakyat umumnya telah mengetahui pekong-pekong ini. Ada yang mahu berkata. Ada yang diam saja. Ada juga yang beriya-iya nak menyembunyikannya kerana takut pada kuasa dan kehilangan upah.

Lalu mereka yang berpangkat menggunakan kuasanya. Yang berharta mengunakan upah pada khadamnya yang amat setia seperti cengkiat sehingga putus kepada namun tidak melepaskan gigitan.

Demi dunia hari ini, maruah bukan nilai kehidupan. Biarlah tercalar nama asalkan poket penuh dengan ringgit!

Tampillah seseorang sebagai pengibar bendera fitnah ulang-ulangan bertujuan mengalihkan pandangan rakyat pada beberapa isu sebenar yang besar sedang rakyat hadapi. Riuh rendahlah helaian surat khabar dan tv milik si orang yang berkuasa melonjatkan cerita fitnah itu agar rakyat tidak ada ruang untuk mengetahui dan memikirkan permasalahan sebenar yang menyebabkan rakyat dibeban menjadi sengsara.

Hanya sitolol sahaja yang masih terpinga-pinga lalu menganggok-anggokan kepala bagaikan akur dengan apa yang dibaca di surat khabar arus pedana dan tv/radio kongkongan pemimpin UMNO/BN.

Namun kalau pekong itu tetap pekong. Baunya tetap busuk! Rupanya meloyakan! Rakyat mengetahui. Siapa yang cuba membalut pekong lalu melahirkan fitnah bahawa bau busuk itu datang dari kentot seorang yang mula melangkah ke depan darinya!

Apakah kuasa yang digunakan oleh orang berpangkat ini? Bentuk apakah upahnya? Apakah Rakyat dan negara ini mulai kelam-kabut tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin UMNO/BN yang berpekong nak membalut bau dan nanah pekongnya dengan menggunakan kekuasaan sebagai pemerintah dan mengupah sebagai jutawan?

CUCU: Sedang menunggu babak-babak terakhir drama pentas rakyat PRU 13.

Wednesday, July 2, 2008

PKR KUALA KRAU SOKONG PADU UNTUK ANWAR Tolak semua tohmahan fitnah yang dilemparkan pada beliau!

Assalamualaikum ...


UKUR TANAH HILIR DAN HULU,
TANAM KEKWA TEMPAT SELAMAT;
JIKA FITNAH DATANG BERTALU,
IMAN DAN TAKWA PENYANGKAL KERAMAT.


Itulah pantun kon hari ini!

Ingin kon maklumkan bahawa Sdr Anwar Ibrahim mendapat sokongan padu dari PKR Bahagian Kuala Krau setelah menerima sebulat suara usul yang dibentangkan oleh Sdr Setiausaha di dalam Mesyuarat tergempar AJK Bahagian yang dihadiri oleh Ketua, Timbalan Ketua, Naib-Naib ketua, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua AMK, Ketua Wanita, Bendahari, Ahli-Ahli jawatankuasa serta turut hadir semua pimpinan perengkat cawangan serta ahli PKR dalam Bahagian Kuala Krau, Pahang.

Sebelum usul dibentangkan, Sdr Haji Suhami Said telah memberikan secara rengkas fitnah yang dilemparkan kepada Sdr Anwar Ibrahim dan senario politik negara. Selepas itu Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap selaku Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau, Pahang membentang usul yang berbunyi:

BAHAWA MESYUARAT TERGEMPAR PKR BAHAGIAN KUALA KRAU, PAHANG YANG BERSIDANG PADA 30 HARIBULAN JUN 2008, HARI ISNIN, JAM 9.35 MALAM MELULUSKAN USUL TERGEMPAR YANG BERIKUT: PKR BAHAGIAN KUALA KRAU, PAHANG TETAP PERCAYA DAN MENYOKONG KEPIMPINAN DATUK SRI ANWAR IBRAHIM SELAKU KETUA UMUM PKR DAN MENOLAK SEGALA TOHMAHAN YANG DILEMPARKAN KEPADA BELIAU.
Sdr. Setiausaha Bahagian sebelum membentang usul tersebut memberikan hujjah bahawa beberapa usaha Sdr. Anwar Ibrahim kebelakangan ini amat menakutkan pimpinan BN terutamanya pimpinan Umno. Kerana itu berbagai usaha menghalang dilakukan untuk membolehkan PAKATAN RAKYAT mara cepat ke Putrajaya!
Usul tersebut telah diterima sebulat suara dan tidak ada seorang pun yang tidak mengangkat tangan. Sebaik usul tersebut diumumkan terima sebulat suara. Laongan REFORMASI bergema beberapa kali dan Sdr Haji Suhami Said selaku Ketua Bahagian meredakan suasana tersebut supaya tidak dipengaruhi emosi melampau!

Beberapa orang telah diberi kesempatan berucap dan mereka menyatakan bahawa fitnah yang melanda Sdr. Ketua Umum adalah perbuatan jahat yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan mereka tidak tergambar langsung apa yang difitnahkan itu dalam pemikiran mereka.

Sdr. Setiausaha dalam ucapan penangguhannya menyatakan bahawa Sdr. Anwar Ibrahim tidak berseorangan malahan berpuluh ribu rakyat Malaysia pada Peristiwa 1998 bersama beliau. Kini 2008 Sdr. Anwar Ibrahim tidak juga berseorangan dalam menghadapi kerenah jahat pimpinan Umno/ BN malahan jutaan rakyat Malaysia bersama dan akan bersama beliau. Kerana Sdr. Anwar Ibrahim telah membebaskan penjajahan minda yang dilakukan oleh pimpinan Umno/BN sejak lama terhadap rakyat Malaysia. Peristiwa 1998 dan Peristiwa 2008 adalah dua peristiwa yang akan menjadi batu nesan kepada Umno/BN dalam jangka masa terdekat atau pun pada PRU ke 13 nanti!


CUCU: Amat mengharapkan ahli PKR Kuala Krau kuat berkerja menambah ahli dan mengadakan aktiviti parti untuk kesedaran rakyat.