Thursday, October 30, 2008

DEB UNTUNGKAN BUKAN MELAYU - Temberang Pemimpin Umno Terburai!

Assalamualaikum ...

ORANG MENJALA PAYA BERLUMUT,
RAGA BERTANGKAI SANGKUT DIRUSUK;
MENUDUNG GULA DIHURUNG SEMUT,
MENUDUNG BANGKAI BERBAU BUSUK.

Faham-fahamlah pantun kon di atas!

BERTAHUN-tahun lamanya pemimpin UMNO menempik bahawa Dasar Ekonomi Baru menguntungkan dan membangunkan ekonomi orang Melayu! Maka bersahutan sana-sini; kata orang kampung kon 'naik kantok' orang Melayu terutamanya pemimpin kampung Umno meneriak bahawa DEB jangan diapa-apakan! Ianya mesti diteruskan! Malahan mereka sanggup rebah kerana mempertahankan DEB! Mereka termakan cakap pemimpin Umno tentang DEB!

DEB menjadi agenda utama pemikat semangat Melayu dalam membangunkan ekonomi! Ini dipergunakan sungguh-sungguh oleh pemimpin Umno untuk mendapatlkan kuasa di masa pilihan raya umum ataupun kecil! Ahli Umno yang tak tahu hujung pangkal pun sahut bersahut. Mereka mempertahankan DEB jangan diganggu gugat! Seolah-olah mempertikaikan DEB sama mempertikaikan tentang Melayu!

Bila kon menonton Berita Tv3 jam 8.00 malam (lebihkurang) 30 Oktober 2008 bersamaan hari Khamis terpapar wajah bekas Menteri Besar Umno menyatakan: DEB banyak memberi keuntung pada orang bukan Melayu!

Ternganga kon seketika! Kerana pak-pak saudara kon! yang dah tak berdaya nak berjalan pun bagaikan minta dipapah untuk nak berarak memprotes jika ada pihak yang nak menggantikan DEB dengan dasar ekonomi yang lain, kerana pada mereka DEB benar-benar menguntungkan orang Melayu untuk bersaing kalaupun tak dapat mengatasi bukan Melayu dalam bidang ekonomi!

Seolah-olah antara Melayu dengan DEB bagaikan irama dengan lagu! Tapi kalau benar-benar pakar ekonomi yang jujur mendedahkan satu persatu pelaksanaan DEB, maka di situ akan tertera agak lebih banyak misteri dari apa yang bekas Menteri Besar Umno katakan.

Rakyat terutamanya orang Melayu tergula-gula oleh cakap pemimpin Umno! Memang ada orang Melayu yang mendapat faedah besar dengan DEB tapi siapa? Mereka bukannya pakcik makcik, abang kakak, ipar lamai yang duduk di kampung! Mereka di kampung atau di felda serta di rumah pangsa bandar hanyalah mendapat melukut yang tercampak dari nyiru yang ditampi oleh pemimpin Umno untuk mengutip beras bernas!

Kenyataan bekas Menteri Besar Umno itu boleh mencelikkan mata rakyat seluruhnya terutama orang Melayu bahawa usaha PAKATAN RAKYAT untuk memberikan keadilan dan berkebajikan kepada rakyat melalui Agenda Ekonomi Malaysia ada dasar ekonomi yang akan membangunkan ekonomi rakyat bawahan yang selama ini disisih secara temberang oleh pemimpin Umno/Bn.

Agenda Ekonomi Malaysia memberi keadilan dan berkebajikan untuk rakyat dalam negara Malaysia Baru akan ditadbir PAKATAN RAKYAT yang disokong oleh rakyat!

Nampaknya temberang pemimpin Umno semakin hari semakain pecah terburai. Rakyat semakin hari semakin faham apa yang dilaku dan dicakapkan oleh pemimpin Umno/Bn selama ini!

CUCU: Nak ingatkan: Jangan serahkan harta pada lanun! Kerana lanun sama lanun pun berebut harta! 1 untuk kamu, 10 untuk aku! Itu dasar lanun!




1 comment:

Suhaimi Said said...

DEB didebik oleh MCA. Oh...jangan biarkan parti Cina tu bermain dengan api, didebik lagi oleh MIC -- ooh celaka betul parti Orang India tu, didebik lagi oleh Gerakan - ooh, nyahlah Gerakan dari BN, didebik oleh PPP -- ohh, apa tu PPP parti nyamuk, didebik oleh Najib, nak mansuhkan DEB beransur-ansur, habis terdiam semua rasialis2 Melayu, kemudian bekas MB kata DEB menguntungkan Orang Cina, lagi terdiam penganut-penganut Ketuanan Melayu. Tak usahlah nak tutup tahi gajah dengan nyiru!