Saturday, June 14, 2008

TENGKU RAZALEIGH MENJEJAK TEMERLOH - Pimpinan Umno Pahang Berpeluh?




Assalamualaikum ....


DAYUNG BERGALAH KE TANJUNG LUKUT,
ANGIN BAYU TERTAMPAR KE BATU;
KALAU BERSALAH CAMPUR PENAKUT,
TUNGGUL KAYU DISANGKA HANTU.

Sekadar tulah pantun kon hari ni ...


PAGI-PAGI Lagi lepas sembahyang Subuh, keluarga kon mula bersiap untuk membantu kon buat kerja-kerja rumah sebelah pagi. Abdul Manap Putera anak lelaki kon yang pulang malam tadi cuti hujung minggui dari Kuala Lumpur ikut sama dengan Abdul Khalid Putera, anak bongsu kon yang baru sahaja dua minggu pulang dari PLKN Tasik Chini. Sementara anak-anak perempuan kon yang dipanggil Angah (Siti Fatimah Puteri) dan yang dipanggil Uda (Siti Aishah Puteri) kedua-duanya lepasan universiti tapi belum lagi mendapat kerja tetap, ikut sama membantu dalam sejam lebih kurang sebelum kami menuju ke destinasi kerja kami. Isteri kon akan ke kedai runcitnya sementara kon kalau tak ke mana-mana akan menulis di rumah.

Sebaik menghadap hidangan pagi, telefon berbunyi dari seorang rakan di Pekan Lanchang yang mengingatkan kon tentang kedatangan Tengku Rezaligh Hamzah ke Dewan Sri Mentakab jam 2.00 petang. Kon berhajat nak ke Raub untuk menghadiri mesyuarat AJK Penerangan PKR Pahang , tapi untunglah Angah mengingatkan SMS dari pakciknya Haji Suhaimi Said bahawa mesyuarat tersebut bukan pada Sabtu ini. Ianya diadakan pada Sabtu ....... Banyak yang aku lupa bila aku begitu sakit tengkok dan kepala dua tiga hari lalu.

Syed Nor Adnan Syed Abdullah (Ami) selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (tak tahulah sampai bila - Rasanya masa BN ni dia menyokong - Masa PKR kalau memerintah nanti pun dia menyokong - kerana dia Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia) telah menghonkan keretanya untuk mengajak kon ke Mentakab pagi-pagi buta. Nak buat apa kon tak tahu! Kon tak ikut dia!

Dalam kesibukan ke sana ke sini untuk tugas pribadi dan sedikit parti pagi ini kon dengan kereta sendiri sudah berada di depan Dewan Sri Mentakab jam 12.30 tengahari. Tak ramai orang. Kereta mewah banyak. Khemah putih banyak juga didirikan. Kain rentang menerangkan kedatangan Tengku Razaleigh Hamzah terentang bangga di beberapa tempat termasuk poster putih hitam dengan gambar bakal calon Presiden UMNO bercampur dengan poster pesta ria yang akan mengundang penyanyi dangdut di sebelah malamnya.

Kon menerima panggilan telefon dari sabahat kon di Kuala Lumpur, Sdr Zaharin Mat Yassin pemilik blog Sang Kelembai yang sumpahnya masih belum menjadi tapi tempias sumpahnya dirasakan juga masa PRU 12 dulu sedikit sebanyak memberi sumbangan pada kemenangan Pakatan Rakyat (kon tetap mengingati apa yang dia lakukan - terima kasih Zaharin).

Sang Kelembai mengatakan dia dah berada di Bandar Temerloh nak makan ikan patin masak tempoyak, dia ajak kon! Alamak! Kon masih kenyang lagi kerana pagi-pagi kebiasaan kon makan nasi tak kira lauk apa asal ada kerana kon orang kampung yang susah. Jam 1.45 petang lepas sembahyang Zuhur kon bertemu dengannya di Akib MARA Mentakab. Kami berbual mesra kerana lepas pertemuan baca puisi PRIMA di rumah Dato Kamal Amir sebulan sebelum PRU 12, kami tak bertemu, hanya telefon sahaja menghubungi kami.

Sahabat kon ini rasa kesal sedikit kerana jam hampir 2.00 petang orang ramai tidak lagi mengerumuni Dewan Sri Mentakab tempat bakal calon Presiden UMNO berucap untuk pertemuannya dengan cawangan-cawangan UMNO seluruh Pahang. SB Zul menegur kon dan kon memperkenalkan dia dengan Sang Kelembai. Banyak juga coleteh Sang Kelembai mengkritik pimpinan UMNO hari ini yang dapat didengar oleh SB Zul. Kon diam saja.

Jam 2.05 minit Dewan Sri Mentakab mulai didatangi manusia. Kon lihat selain ahli UMNO ada juga orang PAS, PKR yang kon kenal datang dengan wajah selamba tak menegur pun kon. Ada juga yang datang mengatakan sekadar nak mengintai-intai.

Kon masuk sekejap ke dalam dewan bertemu dengan Pokde Hashim JP dari Kampung Desa Bakti. Dia menceritakan sedikit bagaiaman kon memelok dia masa dia cuba nak mensebotajkan ceramah PAS di kampungnya dulu. Dia kata tak ada orang berani nak pelok dia masa itu. Kon dalam senyum kecil mengatakan kerana dia pangkat bapa saudara kon yang kon berani pelok dia supaya tidak mengganggu ceramah yang kon terlibat menganjurkannya itu.

Sang Kelembai ajak kon ke barisan depan. Kon mengelak juga kerana kon bukan ahli UMNO, seumur hidup kon tak pernah masuk UMNO, kalau ada nama kon dalam senarai UMNO itu kon tak tahu mungkin mereka ambil dari buku daftar pengundi - (lantaklah!). Tiba-tiba telefon bimbit kon berbunyi dan anak saudara kon dari Perak ajak kon ke Felda Lakum. Terlepaslah kon dari ajakan Sang Kelembai ke barisan depan.

Kon janji dengan Sang Kelembai akan bertemu di kedai runcit isteri kon di Lanchang dalam perjalanan dia pulang ke Kuala Lumpur nanti. Masa kon tinggalkan Dewan Sri Mentakab tu dewan masih belum penuh lagi, tapi kereta yang datang boleh tahan juga banyaknya.

Kisah di Dewan Sri Mentakab tidak ada dalam kepala kon selepas itu. Setelah menyelasaikan masalah keluarga, kon balik ke Pekan Lanchang. Oiiii!! Ada pulak perkara baru di Lanchang.
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Lanchang (UMNO/BN) menganjurkan jam 2.30 petang satu ceramah untuk masyarakat Lanchang pada hari ini juga di Dewan Sekolah Menengah Datuk Bahaman Lanchang.

Aaaaa!!! Barulah kon perasan! Rupanya ada pihak dalam UMNO di Bahagian Temerloh yang cuba mengalih arus rakyat dari menyambut dan mendengar ceramah Tengku Rezaligh Hamzah. Bila kon tanya pada Pakcu Pandi saudara kon yang berniaga di sebelah kedai isteri kon, dia kata dia pergi kejap, ramailah juga! (fahamlah kon kalau ada 'lah' dihujung ramai tu).

Adik ipar kon Raja Abdullah (adik isteri kon) yang berniaga Restoran Singgah Sini di sebelah kedai isteri kon juga pergi ke ceramah Tengku Rezaligh. Dia dah lupa dia ada ambil kontrek membekal makanan pada para penyelidik kelawar di hutan Gundah. Makanan dah siap tapi hantar siapa? Biras kon suruh kon hantar, kon hantarlah! Masa itu juga Sang Kelembai sampai dan kon minta dia tunggu kejap. Tai bila kon balik semula ke Pekan Lanchang, Sang Kelembai sudah menghilangkan diri. Samada ke Kuala Lumpur atau ke hutan Gunung Tahan! Kon hubunginya tetapi tiada disambutnya telefon. Tak apa kon akan bertemu dia di kedai Gulam Jalan Pekeliling Kuala Lumpur dua tiga hari lagi! InsyaAllah!

Apa cerita yang menarik di atas? Cerita tentang kon? Ehhh itu hanya hal pribadi saja jangankan tidak nak mencerita sedikit sebanyak kesibukan kon hari ini, sedangkan memang kon sibuk setiap hari. Esok satu hari di Kuala Krau sampai malam bersama Haji Suhaimi Said Ketua PKR Bahagian Kuala Krau, tubuh cawangan PKR.

Cerita yang menariknya ialah Tengku Razaleigh dah mula memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi teka teki ahli politik UMNO bahawa anak raja dari Kelantan itu bagaikan tidak ada tempat di Pahang. Siapa yang pecahkan kebekuan ini? Tentulah ada seorang berdua pimpinan UMNO Pahang yang bukan sahaja menyokong TR sebagai calon Presiden UMNO tetapi juga mencabar kepimpinan UMNO Pahang dibawah pimpinan Dato Sri Adnan Yaakob.

Bukan saja tempias kedatangan TR ke Mentakab ini dirasai oleh Dato Sri MB Pahang malahan ianya memercikkan peluh resah gelisah pimpinan UMNO Temerloh terutamanya mereka yang sedang nak merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Temerloh antaranya Dato Mohd Shakar Haji Shamsuddin (Timbalan Ketua Bahagian UMNO - sekarang) juga selaku EXCO Kerajaan Pahang pimpinan Dato Sri Adnan Yaakob.

Kerana itu tidak hairan dalam hari yang sama dan waktu yang sama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lanchang yang dikendalikan oleh YB Dato Mohd Shakar mengadakan ceramah untuk dihadiri oleh ahli-ahli cawangan UMNO sekitar Lanchang. Bagaimana pun ramai pimpinan UMNO cawangan Lanchang yang kon lihat di Dewan Sri Mentakab jam 2-00 petang tadi.

Apa dah jadi dengan UMNO? Kalau ada orang kata Orang Melayu sudah tidak bersatu! Tepat sekali kerana guru yang mengajar tidak bersatu itu ialah UMNO parti Melayu 100%! Parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu (ya ke?) sendiri yang berpecah belah kerana hari ni perjuangan bangsa dengan landasan kebangsaan kuno sudah berlalu! Pemimpin UMNO hanya berjuang untuk memenuhkan poket mereka dan kroni mereka! Ahli dibelah bagi mengikut arus kehendak mereka. Mana yang mampu ditindik hidung, mengikutlah. Mana yang dah cerdik pusing belakang dan menghala ke arah lain.

Kedatangan TR ke Pahang memang meresahkan sedikit sebanyak pimpinan UMNO Pahang yang begitu taksup dengan Dato Sri Najib dan Pak Lah. Pecahnya sedikit ruang mungkin akan merebak. Ucapan TR sudah mula menyelinap ke anak telinga orang Melayu Pahang yang masih kukuh dengan UMNO. Tembelang pimpinan tertinggi UMNO mula pecah dan baunya akan menyumbat sanubari mereka.

Akhirnya kesedaran dari perpecahaan UMNO ini bukannya mereka akan bersatu kerana mereka tahu bersatunya mereka akan menguntungkan pimpinan-pimpinan yang sedang berlaga di gelanggang siapa menang dia berkuasa, siapa berkuasa dia untung, siapa untung dia kaya raya! Yang menderita ialah mereka yang tukang julang!

Kerana itulah sudah ramai ahli-ahli UMNO menyertai parti-parti PAKATAN RAKYAT. Ramai lagi yang berbisik-bisik untuk menyertai parti-parti PAKATAN RAKYAT.

PKR bukan menangguk di air keruh yang dikeruhkan oleh pemimpin UMNO tetapi PKR pimpinan Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail menjadi idola dalam era rakyat mahukan perubahan budaya hidup pendidikan, politik dan ekonomi mereka! Kerana itu laongan keramat REFORMASI sudah tidak asing lagi kepada rakyat terutamanya anak-anak muda lelaki dan perempuan bukan saja di Pahang tetapi seluruh ceruk rantau negara!

CUCU: Minggu ini tunggu blog Sang Kelembai, sumpah apa pula dia hemburkan?

CUCU TOK KEDU - CUCU TOK KEDU http://rp-semantan blogspot.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------
NURUL
IZZAH KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI JAHUT KUALA KRAU

Kuala Krau:
Puteri Reformasi YB Nurul Izzah Anwar akan membuat kunjungan ke perkampungan Orang Asli Jahut bertempat di Kampung Pian, Kuala Krau pada 2 Ogos 2008.

Beliau akan bersama-sama masyarakat Orang Asli meraikan Majlis Makan Buah-Bua
han turut serta memberikan ucapan disamping bermesra dengan masyarakat Orang Asli Jahut. Acara baca puisi, menyumpit, persembahan kebudayaan Orang Asli juga akan menyeri majlis tersebut.

Berbagai aturcara sambutan sedang dirangka oleh pihak Angkatan Muda Kea
dilan Bahagian Kuala Krau dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau serta masyarakat Orang Asli dari beberapa buah kampung di Kuala Krau.

Menurut pihak urusetia sambutan majlis Jamuan Masyarakat juga akan diadakan. Dijangka bukan sahaja masyarakat Orang Asli Jahut Kuala Krau akan hadir sama tetapi meliputi juga beberapa masyarakat Orang Asli di luar Kuala Krau dan juga seluruh masyarakat Kuala Krau akan berhimpun di majlis tersebut.

Moga dengan kehadiran YB Puteri Reformasi ini akan dapat membawa permasalahan yang dihadapi oleh Orang Asli Kuala Krau ke Parlimen seterus dapat merubah suasana kehidupan mereka yang banyak perkara pokok dipinggirkan ole
h Kerajaan BN.


4 comments:

kudakepang said...

Brother

DAYUNG BERGALAH KE TANJUNG LUKUT,
ANGIN BAYU TERTAMPAR KE BATU;
KALAU BERSALAH CAMPUR PENAKUT,
TUNGGUL KAYU DISANGKA HANTU.

ANGIN BAYU TERTAMPAR BATU
LALU MELANDA CELAH JEJAWI
TUNGGUL KAYU YANG DISANGKA HANTU
ITULAH DIA SI DOLLAH BADAWI

Salam perjuangan
Ron

Suhaimi Said said...

Tengku Razaleigh memang bertokoh pun jadi PM, hanya sekadar dia dah terlewat. Dia tidak punyai kekuatan secukupnya dalam UMNO, dan seperti tahun-tahun sudah, tak mudah dia dapat pencalonan.

Kiranya dia dapat pencalonan yang mencukupi didalam sistem berat sebelah dalam UMNO ni, dia boleh mengalahkan Pak Lah.

Bahagian-Bahagian dalam UMNo takut nak mencalonkan lain-lain calon Presiden kecuali PakLah. UMNo dah ditanam dengan budaya takut, ini takut, itu takut, dan orang-orang UMNo dah sebati dengan budaya takut ini.

Itu saja masalahnya.

Saya ada berjumpa orang-orang UMNO yang dulunya oran Semangat 46. Mereka bersungguh-sungguh benar menyokong Tengku Razaleigh. Hanya bila saya tanyakan: DalamBahagian kamu ada berapa cawangan UMNO? Dia tak tahu.

Dah pergi ke cawangan-cawangan berjumpa dengan orang-orang yang bakal menjadi perwakilan? Seumpama ketua cawangan, Setiausaha, Timbalan Ketua dan seorang berdua lagi yang bakal menjadi perwakilan dari cawangan-cawangan tersebut. Jawabnya :tak!

Habis, kalau gitu, siapa yang nak mencalonkan Tengku Razaleigh? Yang hadir begitu ramai dalam perjumpaan Tegku Razaleigh tu, tak nampak muka pun yang akan jadi perwakilan di Bahagian! Sesetengah orang yang bukan dari UMNO pun ada, mereka seronok nak tengok.

Saya katakan kepada dia bahawa dia tak sayang kepada Tengku Razaleigh,dia menolong menghabiskan duit Tengku Razaleigh aje, tapi tak membantu Tengku Razaleigh untuk mendapatkan pencalonan di Bahagianya.

Saya tanya dia, "Di Bahgian kamu, adakah harapanTengku Razaleigh dicalonkan?" "ADA" jawabnya.

Dan bagaimana harapan dia nak menang pencalonan? "Sukar" jawabnya.

Dah saya kata, Tengku Razaleigh akan hanya menang sorak ajelah.

Saya ajak kawan saya itu untuk terjemahkan penentanga terhadap Pak Lah itu kepada perjuangan yang lebih serius. Kita bukan UMNO kerana UMNO, ita bukan menentang Pak Lah kerana Pak Lah; kita menentang mereka kerana 50 tahun UMNO memerintah akhirnya membawa Negara tersungkur. Rakyat susah, harga barang naik, pemimpin-pemimpn dan kroni-kroni jadi senang-lenang kaya-raya, pemerintahan tak telus, rasuah menjadi-jadi, penyelewengan berlaku tanpa sekatan, tidak ada keadilan di mahkamah, arahtuju negara semakin kabur, dan rakyat tidak lagi dapat berharap kepada kerajaan.

Saya ajak dia memikirkan perkara ini. Kita berjuang kearah kebaikan, ada ruang untuk kita memperbaikki keadaan.

Kita perjuangkan keadilan, kita hidupkan semula semangat perjuangan tulin untuk kebangkitan rakyat, keadilan rakyat, ubah sistem ekonomi dari memihak kepada yang kaya-raya kepada kebajikan rakyat, merakyatkan ekonomi, lawan rasuah habis-habisan, bawa ke muka pengadilan semua penrasuahpenrasuah tanpa mengira siapa mereka itu, ujudkan kerajaan baru kerjaan yang yang bertanggungjawab kepada rakyat, mari jadikan rakyat sebagai tunjang pemerintahan dan kepada rakyat kita curahkan khidmat.

Dia jawab : Susah tu.

Maknanya, orang UMNO ni hanya berlaga sesama sendiri kerana nak tukarkan pemimpin ini dengan pemimpin tu. Dia takut untuk bina rumah baru. Dia nak duduk rumah lama yang usang itu juga, hanya nak tukar tuan rumah aje.

Kalau gitu apalah bezanya antara Pak Lah dengan Tengku Razaleigh, nak jaga rumah usang ajelah!

CUCU TOK KEDU said...

Bang Mi ...

Mereka sokong Tengku Razaleigh bukan kerana nak perbaikki UMNO, mereka bukan nak perbaikki kehidupan rakyat. Mereka nak perbaikki isi poket mereka. Masa ini kroni Pak Lah kaut laba. Kalau Tengku Razaleigh (TR) menang jadi Presiden UMNO seterusnya PM, maka mereka yang menyokong TR akan membentuk kroni TR pula.

Penyokong kuat TR sama dengan Penyokong kuat Pak Lah. 2X5 = 5X2.
Yang untung pemimpin UMNO. Ahli UMNO terngaga-nganga!

Jawapannya ahli UMNO biasa dan rakyat terus hampa dengan impinan seribu harapan.

Biarlah pemimpin atau yang mengaku pemimpin UMNO tak nak ubah haluan pemikiran mereka kerana mereka ada kepentingan pribadi, tapi ahli UMNO biasa dan rakyat harus berfikiran waras dan terbuka untuk jalan keluar dari kepompong yang mebelengu fikiran selama ini bahawa hanya UMNOlah sahaja mampu membangunkan negara dan rakyat! Itu semua cerita dongengan pemimpin UMNO yang sudah ditanam sejak lama!

http://rp-semantan.blogspot.com

wak semar said...

Betul Mi, apa kata Cucu Tuk Kedu itu. Teringat kawe dialog salah sebuah drama pentas kawe dulu.. Udah lah abah, kalau deme tok mau berubah, biarkanlah, kita tetap berubah kalau nak maju... Jadi nasihat Cucu Tok Kedu itu kita kena pakailah zaman sekarang ini. Pemimpin UMNO tak mahu berubah, biarkanlahg dia orang macam Si Lucai, terjun dengan ;labu-labunya! Cubalah Mi fikir, kalau para pemimpin itu berkeras dan bertegang, anak buah larikan diri dan cabut entah ke mana, yang tinggal hanya mereka sajalah! Tunggulah sampai kucing bertanduk!
Mi, deme tu mana berani nak berubah. Kalau mereka bergerak dari kerusinya, alamat ada orang lain yang menduduki kerusinya itu pu;lak. Lebih baik dia duduk sampai melekat punggung di kerusipun tak mengapa. Rakyat jelata memang dah sedar! Mereka dah puas hati. Mereka dah ajar orang orang yang keras kepala. Tapi macam MB Pahang itu masih juga keras anunya! Wak Semar tengok sebelah mata saja. Tapi jaga jaga sebelah mata ini boleh jadi menawan kerana dia menggenyit sebenarnya.Yang tak tahu genyit-menggenyit Wak Semar sorang saja.