Tuesday, June 10, 2008

JANGAN CACATKAN HASRAT MURNI ANWAR IBRAHIM UNTUK REFORMASI RAKYAT !!!

Assalamualaikum ...


JIKA DUNIA FIKIRKAN AKHIRAT
JIKA KAYA FIKIRKAN MISKIN
JIKA DALAM FIKIRKAN LUAR
JIKA LUAR FIKIRKAN DALAM
JIKA UNTUNG FIKIRKAN RUGI
JIKA RUGI FIKIRKAN UNTUNG
JIKA TINGGI FIKIRKAN BAWAH
JIKA PANGKAL FIKIRKAN HUJUNG
JIKA BESAR FIKIRKAN KECIL
JIKA KECIL FIKIRKAN BESAR
JIKA PEMIMPIN FIKIRKAN DIPIMPIN
PEMIMPIN YANG SOMBONG-TAMAK
PEMIMPIN ITU TIDAK LAMA MEMIMPIN!


Kon panjangkan ingatan arwah ayah kon ...


(Tulisan ini mengekori tulisan dalam blog SEMANGAT LUBOK KAWAH berkaitan dengan sikap para pegawai seorang MB ....)

BILA meletakkan diri sebagai pemimpin. Pentingnya kita mesti mengenal diri kita dahulu sebagai pemimpin kepada siapa? Bila kita sudah tahu pada siapa yang kita mahu memimpin dan jika diizinkan oleh Allah kita diangkat sebagai pemimpin mereka itu. Maka terlaksanalah hasrat yang tersurat dan tersirat di hati sanubari kita untuk menjadi pemimpin yang tulin.

Jangan sekali-kali kita mencuaikan diri kita dari matlamat kepemimpinan kita itu! Jika kita tersimpang maka haruslah kita segera berpayah balik dan memulakan semula kerja-kerja ke arah matlamat kepimpinan kita itu.

Kerana itu banyak orang mahu jadi pemimpin. Tidak banyak orang berjaya menjadi pemimpin . Amat kecil orang yang berjaya melaksanakan matlamat kepimpinannya tertutamanya bila menjadi pemimpin kepada rakyat!

Rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka yang berhasrat dan berusaha menjadi pemimpin. Rakyat juga boleh menentukan kembali kepercayaan mereka jika matlamat yang dilaongkan kepada rakyat hanya indah khabar dari rupa. Rakyat yang berada di telapak biasa akan melihat seganap gerak dan wajah pemimpin mereka. Rakyat mampu menarik balik kepercayaan mereka dari pemimpin yang mereka angkat.

Kita boleh menyombong diri dengan keangkuhan kiranya kita menjadi pemimpin kepada orang yang sombong dan angkuh. Kita mesti membentuk kepribadian murni kita jika kita menjadi pemimpin kepada golongan yang berkepribadian baik. Kita akan berjaya menjadi pemimpin kepada golongan pencuri jika kita berkepribadian dan berjiwa pencuri.

Kerana itu seseorang yang menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kepada kebangkitan era baru rakyat negara ini, maka dianya mestilah seseorang yang mempunyai jiwa dan kepribadian era kebangkitan rakyat sendiri.

Rakyat setelah PRU 12 memberikan satu petanda bermula mencari pemimpin rakyat yang berpribadi dan berjiwa rakyat. Tidak kira pemimpin itu datang dari golongan mana sekali pun. Namun dalam era reformasi rakyat ini masih lagi tidak difahami oleh pemimpin yang selama ini menginap di singgah sana korporat atau di darjat yang tinggi, maka ketaralah satu penyelewengan kepimpinan telah berlaku dari amanah yang diberikan oleh rakyat.

Perlu juga dingatkan! Selain dari pemimpin yang mesti berpribadi dan berjiwa rakyat, mereka yang mengelilingi pemimpin tersebut samada sebagai pengawal, wakil, para pegawainya termasuk para pengampunya hendaklah juga seragam dengan kehendak siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin. Jangan lebih sudu dari kuah!!!

Jika pemimpin lupa atau sengaja berperangai memang tidak ambil kisah kehendak reformasi rakyat, maka tunggulah kejatuhannya di tangan rakyat juga! Dalam negara demokrasi ini, raklyat diberi hakl memilih.

Oleh itu pengalaman yang diperlihatkan oleh pemimpin UMNO/BN harulah menjadi pengajaran kepada pemimpin PAKATAN RAKYAT (PR) terutamanya mereka yang mendudukki kerusi-kerusi Menteri Besar, EXCO serta para pegawai yang menikmati keselasaan kehidupan dan kuasa dari kepercayaan rakyat dalam era reformasi ini.

Satu ingatan! Jangan kelong pemimpin dengan sikap pura-pura, mengaut laba, sombong, tamak dan cemburu oleh mereka yang berada di sisi pemimpin rakyat! Pemimpin jangan biarkan mereka ini merosakkan perjuangan rakyat!

Bukan semudah yang dikata. Bukan semudah yang disangka. Menjadi pemimpin rakyat jelata bukan semua orang boleh. Mereka mesti meletakkan diri mereka seiring dengan naluri rakyat itu sendiri.

Ianya berbeza dengan pemimpin untuk memimpin ahli-ahli korporat. Mereka berfikiran dan berusaha mencari idea dan melaksanakan kerja untuk peningkatan keuntungan pribadi dengan harta dan wang ringgit.

Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada PR pasti tidak akan rela menerima pemimpin yang tidak berpribadi dan berjiwa rakyat seperti mereka menolak kepimpinan UMNO/BN!
Kepercayaan rakyat mesti dipertahankan!!!

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! Slogan keramat rakyat Malaysia Baru!

CUCU: Dah lali dengan telatah mereka yang tiba-tiba mendapat tempat dan pangkat serta kuasa!

No comments: