Wednesday, June 11, 2008
BILA USIA DAH MULA TUA
Assalamualaikum ....
MASA MUDA INGATKAN TUA
MASA SIHAT INGATKAN SAKIT
MASA HIDUP INGATKAN MATI
MASA KAYA INGATKAN MISKIN
MASA SENANG INGATKAN SUSAH
MASA MUDA INGATKAN TUA
Ingatan ini tetap bermain dalam kepala kon ...
HARI ini pukul 10.00 pagi dalam perjalanan kon memandu kereta ke Kuala Lumpur bersama seorang bapa saudara kon tidak lagi terasa letihnya walaupun kurang tidur satu hari satu malam sebelumnya kerana menghantar jenazah anak Sdr Anuar rakan sekampung berasal dari Lata Rek, Kuala Krai Kelantan bersama rakan-rakan yang lain.
Di Jalan Pekeliling kon dapat berehat untuk ke Shah Alam bila Sdr Zainal Rasidin adik angkat kon yang baik hati memandu kereta. Sdr Dharmala NS menunggu di Sri Gombak untuk bersama-sama ke Shah Alam. Masa itu kon menyandar tidur di tempat duduk belakang. Aduh! Bila bangun tengkok kon pun sakit sampai malam ini. Balik dari Kuala Lumpur ke Lanchang, Pahang bertambah lagi sakitnya sampai ke rumah.
Tapi kon tak risau tentang sakit kerana masa sihat kon sentiasa memikirkan sakit. Kalau kon tak sakit, kon memikirkan tentang orang sakit. Musim rambutan kon panjat pokok tapi kon fikirkan juga orang bawa pokok yang julang kon nak naik atas dahan pokok.
Kenapa kon terburu-buru ke Shah Alam? Itu rahsia kon! Tapi kon beritahu sikit saja. Kon ke Shah Alam menjadi tetamu yang tidak diundang tapi ada dalam majlis!
Sakit tengkok masih belum pulih. Kon rasa kon perlu tidur dulu kerana tentu Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Bahagian Kuala Krau kalau tak telefon kon, dia akan hantar SMS. Dia tak tahu letih dan tak pula sakit-sakit macam kon walaupun dia berulang ke Kuala Krau sebelum Pilihanraya Ke 12 hingga sekarang ini. Kon kena belajar dengan dia macam mana tak letih dan tak sakit!
Tapi arwah ayah kon beritahu, orang politik yang berjuang untuk rakyat dia memang tak letih dan tak sakit kerana dia tak terasa letih dan sakit yang dia tahu nak rehatkan rakyat yang letih dan nak ubat rakyat yang sakit!
Kerana itu mari kita sama-sama dengan Haji Suhaimi Said, hidupkan jiwa perjuangan untuk membangunkan rakyat dalam era Reformasi untuk mengisi Malaysia Baru!
CUCU: Yang sakit tengkok tapi mulut masih boleh bercakap, tangan masih boleh bergerak, kaki masih boleh berjalan. Jiwa masih besar untuk berjuang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment