Friday, June 20, 2008

GEMA LAONGAN REFORMASI DI DUN JENDERAK SEMAKIN BERGEMA !


Assalamualaikum ...



KAIN DIAMPAI UNTUK JEMURAN,
MANA YANG BASAH TELAH DIPERAH,
BILA SAMPAI MUSIM KESEDARAN;
KEMUDI BERPATAH HALUAN BERUBAH.

Demikian pantun kon hari ini ...

TERIMA kasih kepada penduduk DUN Jenderak, Kuala Krau, Pahang yang kini telah memberi suatu perkembang baik untuk Parti Keadilan Rakyat bergerak di setiap pelusuk caruk taman perumahan, ladang, perkampungan termasuk perkampungan Orang Asli dan Felda.

Pada awalnya kampung-kampung tradisional memanglah berkarat dengan Umno. Parti-parti alternetif terpinggir. Hanya musim pilihanraya agak berserilah juga jalan dan bangunan dengan warna bendera dan banting selain milik BN.

Bagaimanapun kekuatan parti alternatif masa pilihanraya itu tidak dapat juga menumbangkan BN yang ditunjangi Umno.

PKR kini berganding dengan PAS untuk mencapai matlamat menghikis pengaruh Umno dan menumbangkan BN. Kalau dulunya PAS sahaja yang berdepan Umno yang kelebihannya menggunakan beberapa jentera kerajaan samada masa pilihanraya atau tidak. Kini Umno mene rima satu lagi asakan dari PKR.

Alhamdulillah dengan kerjasama erat PAS dan PKR di DUN Jenderak khasnya dan umumnya di Parlimen Kuala Krau, Umno sudah tidak boleh mendabik dada dan bergoyang kaki menunggu musim berbuah lagi untuk mengutip labanya.

Penduduk DUN Jenderak, khususnya para pengundi sudah menerima kesedaran dari pengalaman. Mereka yang sudah berumur menimba pengalaman dari apa yang mereka rasa dan lihat dengan pemerintahan wakil Umno/BN. Sikit golongan sahaja yang menikmati apa yang disalurkan oleh usaha wakil pilihan mereka. Mereka itu terdiri dari para kroni pemimpin Umno/BN tersebut.

Maka berlakulah gelombang yang mungkin boleh menenggelamkan keangkuhan pemimpin Umno yang kononnya parti memperjuangkan Melayu. Gelombang ini datangnya dari kesedaran anak-anak muda dalam era kebangkitan rakyat untuk melakukan reformasi (perubahan) pada budaya moral, ekonomi, politik, pentadbiran, perpaduan, pemikiran yang selama ini beku dari sikap penjajahan minda pemimpin Umno/BN terhadap rakyat.

Atas dasar reformasi inilah begitu ramai anak-anak muda dari berbagai bangsa di DUN Jenderak menjadi ahli PKR. Di Kampung Gong Halt hampir 80 orang anak muda menyertai PKR. Di Felda Jenderak Utara mencecah hampir 130 orang mula mendaftar PKR.

Di Kampung Paya Luas satu kejutan besar akan berlaku bilamana ahli-ahli Umno akan mengistiharkan keluar dari Umno dan menyertai PKR. Di beberap taman perumahan dan ladang kaum India mula mengempen sesama mereka menyertai PKR. Begitu juga kaum Jahut yang mendiami beberapa perkampungan Orang Asli di DUN Jenderak telah dan sedang menambah keahlian PKR. Masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau juga mula mengisi borang PKR.

Pengurusan keahlian PKR saban hari didatangi oleh pembawa borang ahli baru. InsyaAllah menjelang Disember 2008 sekurang-kurangnya 2000 ke 3000 orang ahli berdaftar PKR akan memperjuangan 'Kebajikan dan Keadilan Untuk Semua' di DUN jenderak. PAKATAN RAKYAT akan menjadi tunjang utama reformasi penduduk DUN Jenderak. Ke arah Harapan Baru Untuk Malaysia!

Umno/BN akan bertemu buku dengan ruas di PRU ke 13 nanti. Persediaan PAKATAN RAKYAT akan lebih mantap lagi dengan kemampuan tokoh-tokoh PAS/PKR dalam merancang dan melaksnakan kerja untuk menumbangklan BN. InsyaAllah!

CUCU: Syabas pejuang reformasi DUN Jenderak!




5 comments:

Redhuan D. Oon said...

Saudara,
Kebangkitan sebenar rakyat adalah bergantung kepada satu hakikat sahaja. Iaitu ia amat mengharapkan kepimpinan yang senantiasa ikhlas dan bergerak, tanpa hirau mehnah dan fitnah.

Kepimpinan sedemikian hanya terbukti bila dimakan dek masa. Masa itulah ia terbukti. Dapat bertahan hujan mari dan pergi.

Kepimpinan sedemikian sudah ada. Bukan daripada atas gunung yang tinggi. Ia adalah dari orang bawah yang rendah dan murah hati. Ia adalah dari orang seperti saudara sendiri.

Memang hamba teringat semasa Kekanda kita ditahan di Kamunting dari anak dan bini. Masa itu kitalah yang bertahan dahan dan buluh mengalas dari duri.

Kenangan itu tidak akan hilang pergi. Ia senantiasa tetap terkenang dihati.

Kirim salam ke kekanda Suhaimi.

Redhuan Oon
(sahabat yang akan bertemu kembali)

kudakepang said...

Saudara KON

Kain diampai untuk jemuran
Mana yang basah telah diperah
Bila sampai musim kesedaran
Kemudi berpatah haluan berubah

Mana yang basah perlu diperah
Bina jangan jemuran sejengkal
Kemudi berpatah haluan berubah
Jiwa perjuangan mestinya kekal

Salam takzim – Ruhanie Ahmad

wak semar said...

Cucu Tuk Kedu,
Gema laungan itu bukan sepatutnya di Jenderak saja, tapi cuba bawak ke Simpang Pelangai sekali. Ajar MB Pahang yang samseng itu. Kalau nak tahu, cuba baca artikel ini dan komen kawe pulak dibawahnya. Kalau deme nak tumpang lanyak, ha, lanyaklah betul-betul, keme tunggu mikeme bidas pulak! Bacalah.....

ADNAN BERI AMARAN JANGAN KURANG AJAR DENGAN CARA BIADAP

Oleh Abang Mahmor
Hanya secara kebetulan, pada 8 Jun lalu, saya singgah di PWTC. Pada ketika itu, satu Majlis Ramah Mesra sedang berlangsung di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dari Negeri Pahang. Majlis anjuran JASA itu dihadiri sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Mansor selaku facilitator dan Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob.
Semasa saya jenguk, ketua cawangan UMNO dari Ulu Tembeling sedang mengajukan pertanyaan soal tanah. Selepas itu wakil dari Bera. Menyebut Bera pun bertelagah kerana ada yang kata Bera dan ada yang menyebut Bere. Bila sebut Bera, bunyi macam ‘bra’ (coli). Yang betul bunyinya Bere walaupun ejaannya Bera.

Keadaan itu cukup menarik pada saya. Jadi saya selit diri di bahagian belakang untuk mendengar apa selanjutnya. Selepas dua tiga soalan, Perdana Menteri akan menjawab isu-isu nasional. Tapi bila mengenai Negeri Pahang, Adnan Yaakob akan menjawab terutama soal pembangunan dan hal ehwal tanah.
Peserta membangkitkan satu perkara yang berbunyi kerajaan negeri hendaklah jangan cakap tak serupa bikin. Biarlah cakap dan bikin. Ketika itu, Adnan selaku menteri besar bangkit menjawab. Mungkin beliau bangkit dengan perasaan marah lalu berkata: “Bila membangkitkan soalan, jangan kurang ajar. Cakap baik-baik sikit ye!” Dengan nada keras sambil menuding jadi telunjuk kepada peserta sebelum menjawab soaloan yang dibangkitkan.

Jelas pada saya, Adnan Yaakob bukan seorang pemimpin yang bijak apabila menghadapi peserta dari negerinya sendiri dengan begitu kasar sekali. Cara itu cukup dilihat bongkak. Peserta yang datang bersusah payah untuk mendapatkan beberapa penjelasan menyifatkan tempekan Adnan menggunakan perkataan “jangan kurang ajar” sebenarnya menunjukkan dia juga bersifat kurang ajar dengan orang Pahang.
Lebih-lebih lagi perkataan itu dihamburkan di hadapan perdana menteri yang pada ketika Adnan menyatakan begitu, Pak Lah menoleh kepada Adnan. Mungkin Pak Lah pun terasa memang Adnan agak kasar sebagai menteri besar.

Mendengarkan itu semua, saya tidak jadi terus mendengar. Lebih baik saya mengambil kesimpulan, begitulah sikap Adnan Yaakob yang kasar, action kata orang putih, menunjuk dirinya besar berkuasa dan tidak berbahasa. Saya lebih berminat untuk menunggu di luar dan bercakap dengan mana-mana ketua cawangan mengenai program itu. Saja-saja nak tahu lebih lanjut apa kesudahannya.
Saya sempat bertemu dengan 4 orang sahaja. Satu daripadanya berkata, program itu memang bagus kerana dapat meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Tapi tambah beliau, sikap Menteri Besar Pahang sendiri tidak beradap. “Mana boleh dia beri amaran supaya orang lain jangan kurang ajar sedangkan cara dia menuding jari pun sudah cukup kurang ajar. Dialah yang merosakkan nama UMNO.”
Seorang lagi mencelah: “Masalah kami di Pahang ni begitulah. Bila kita soal, ada saja jawapan yang berbentuk mahu menegak benang basah. Menteri besar bukan peduli sangat pasal cawangan. Yang dia kisah, bahagian. Sebab tu kami dari cawangan sentiasa terasa tertindas.”

“Pada kami,” sampuk seorang lagi, “kami rasa elok Pahang ni tukar menteri besar. Kalau tidak macam tulah suaranya, macam tulah cara dia dan macam tulah dia mengherdik ketua-ketua cawangan yang susah bergerak. Kami bukan mahu peruntukan atau duit, kami mahukan bahasa yang baik sahaja.”
Seorang lagi memang puji Pak Lah. Beliau juga puji JASA yang berikhtiar mengadakan majlis seumpama ini untuk memberi peluang kepada ketua-ketua cawangan meluahkan masalah, pendapat untuk beliau mendengar sendiri masalah dari akar umbi. Mengenai cara Adnan menjawab peserta, beliau menggeleng kepala sambil berkata: “Patutnya Pak Lah boleh ukur sendiri bagaimana wakil kerajaan di Pahang mentadbir negeri. Melayu ni ada adab. Jadi, janganlah suka-suka nak berkasar tak bertempat. Dalam majlis begini patutnya menteri besar bersopanlah dengan kami semua. Kalau boleh ubahlah sikap beliau dulu sebelum kami ubah menteri besar dengan cara kami.”

Walaupun banyak perkara-perkara lain yang dibualkan ketika bersembang yang tak sampaipun 20 minit itu, saya mengambil kesimpulan, Adnan memang tak patut bersikap begitu. Inilah antara beban yang UMNO keseluruhannya terpaksa pikul. Kalau beginilah caranya, saya sangat setuju Pak Lah patut membuat teguran peribadi kepada Adnan. Ini bukan masanya bagi ketua-ketua dari kalangan UMNO menunjuk lagak. Masa untuk berlagak sombong sudah terbukti tidak menguntungkan sesiapa atau bangsa. Inilah menteri besar yang menunjukkan isyarat lucah yang dirakam oleh PAS semasa salah satu pilihan raya umum di hari penamaan calon yang sehingga hari ini meninggalkan kesan bahawa menteri besar ini memang kurang ajar.

Comments
Abang Mahmor,

Kalau abang hendak tahu, memang begitulah perangai samsengnya anak Pelangai, Pahang yang satu ini. Tapi jangan hairan, dia itu kata orang hanya samseng tahi kucing aje! Peliknya dia tak sedar lagi UMNO dah mencgap, bak air paras hidun Mentang-mentanglah dia itu masih menang lagi di Bentong, jadi sebab itulah dia boleh besar kepala dan besar kerak nasi pulak. Bongkak tak seperkara, menyombong tak bertempat! Menyampah keme menengoknya! Dia amarah orang bertanya, dan kata orang kurang ajar, dia sendiri bukan lagi kurang ajar tetapi samseng betul.

Tapi, kadang-kadang elok juga dia berlagak biadab macam itu di depan PM sendiri. Biar Pak Lah lihat, biar Pak Lah nilai barulah beliau tahu hati budi dan budi pekerti MB yang diangkatnya sangat. Kalau tidak, selama ini Pak Lah hanya dengar cakap orang, entah ia entah tidak. Maka beliau menganggapkan MB samseng itu macam dewa dewa turun dari kayangan saja. Sampai sanggup beri muka, menjadi calon sepenggal lagi, jadi MB pulak itu. Pada hal, orang- orang di Pahang ini sudah muak dengan keletahnya yang bebal, bahlol dan musibat itu. Onarnya sudah macam cacing naik ke mata.

Tapi apa yang boleh dibuat oleh orang ramai? Ramai orang yang tak berani nak kata apa-apa sebab dia pandai membodek. Dia ada perisai dan kubu kebalnya. Siapa yang tak kenal, kalau di Pahang dialah yang kuat mengampu raja. Apa saja raja mahu, belum sebut dia dah beri. Macam si Kitul dengan Raja Mudaliar pulak perangainya. Pandai bersilat, sebab itu suka tumbuk rusuk! Siapa orang Pahang yang tak tahu hal dia. Ambil komisyen jual balak saje dah boleh jutawan, sebab itu dulu orang asli Cini mengamuk sebab baruah-baruahnya menceroboh kawasan orang asli itu, buat kerja curi balak haram! Bila orang-orang Asli itu marahkan pencuri balak itu, mereka kata mereka kerja atas titah [perintah MB sendiri.

Pendeknya abang, sekarang ini barulah depan-depan Pak Lah tembelangnya sudah pecah! Pak Lah sudah tak terhidu lagi bau busuknya tembelang itu. Sebenarnya dia cabar ketuanan Pak Lah sebagai ketua. Apa yang Pak Lah boleh buat padanya? Kalau Pak Lah marah, ayahandanya ada, nanti Pak Lah pulak kena sembur macam kes MB Terengganu dan Perlis pulak! Justeru itu, apakah Pak Lah masih mahu harapkan dia lagi jadi MB di Pahang ini juga? Kalaulah dia terang-terang sudah biadab dan kurang ajar di depan Pak Lah, di belakang apa kurangnya pulak? Bahaya, memang bahaya dia ini, ibarat sokong membawa rebah, Abang Mahmor! Kalaulah Pak Lah berdiam juga, nanti dan tunggulah !saatnya nanti, saya agak Pahang akan ditawan PKR dan PAS kalau Adnan samseng ini juga yang jadi MB, atau dia juga yang dicalonkan lagi.

Sebenarnya, muka lama macam dia itu tak usahlah nak ditayan-tayangkan lagi. dah jemu dah muak orang nengoknya. Ibarat macam menayangkan filem hindustan lama, orang dah tak berapa syok dan tak laku tengok muka huduh macam dia itu. Saya sendiri Abang Mahmor nak tengok sangat dia macam mana kalau sudah tidak menjadi wakil rakyat nanti. Apakah dia terpaksa kembali kepada kerja lamanya, iaitu menarik kereta orang tak bayar ansurankah? Kalau dia berani, cubalah tarik! Sekali ini kalau dia tarik lagi kereta orang, alamat belah dua kepalanya kena kapak Benggala pulak! Orang dah tak peduli siapa lagi dia. Tambah-tambah lagi Pakatan Rakyat ini. Jangan-jangan dia jatuh terduduk dari kerusi MBnya, kerana da buat gaduh dengan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negerinya sendiri. Bukankah hanya orang gila sahaja yang sanggup buat gitu? Nan, Nan…roti nan betul engkau ya?

Benar sangat apa yang abang katakan itu. Oleh sebab ramai lagi orang-orang UMNO macam MB Pahang inilah, maka UMNO sudah tidak sepopular dulu lagi dan kini sudah nampak macam tak relevan lagi bagi sesetengah orang Melayu seperti MB Pahang ini. Orang Melayu itu sepatutnya brlemah lembut, berbudi bahasa dan pandai pula menyimpan perasaan marahnya jika di khalayak ramai apa lagi di hadapan ketuanya sendiri. Kalau tak tahu feel orang Melayu yang sebenar, suruh sahaja MB Pahang yang bongkak itu bacakan sajak Usman Awang tentang Melayu, baru dia faham apoakah dia Melayu atau apa? Wak Semar dah jemu membacanya, malah dah hafaz pun….
17/06/08 13:50

CUCU TOK KEDU said...

Wak Semar!

Kon dah cakap dari dulu lagi. Oleh kerana pemimpin Umno begitu angkuh, takbur, sombong, samseng daru Dulu-Kini-Selama-lamanya, maka berdurun-duyunlAh ahli-ahli Umno memasuki PKR dengan ucapan selamat tinggal Umno untuk selama-lamanya!

Wak Semar bila lagi nak berbaris mengisi borang .....?

CUCU TOK KEDU

Suhaimi Said said...

Sdr Reduan Onn, kita sama-sama dlm satu perjuangan dulu, harap kita bersama juga di era Reformasi ini.