Saturday, June 14, 2008

DATUK DR. MANSOR MASUK GELANGGANG - DPMP Mesti Tunjuk kewibawaan!






Assalamualaikum ...


DARI SANGGANG KE TONGKIAT,
TANJUNG SEBARANG MEMASANG LUKAH;
KERIS DI PINGGANG HATI BERNIAT,
KE TENGAH GELANGGANG MENYUSUN LANGKAH.


Itulah pantun kon hari ni ... Sihat sikit dah tengkok kon ...

GELANGGANG pemilihan pimpinan GAPENA akan menjadi medan yang menentukan pencapaian badan induk penulis negara itu masa-masa akan datang dalam era perubahan rakyat. Ianya sudah tidak boleh dilihat mampu bergerak seperti apa yang digerakkan oleh pimpinan yang ada sekarang ini. Ini boleh dianggap sudah tidak sesuai kalau pun tidak mahu dikatakan sebagai ketinggalan arus massa!

Tidak apa-apa kehebatan atau penonjolan watak yang diperagakan oleh GAPENA pimpinan Ismail Hussin. Menyebut GAPENA seolah-olah seperti menyebut padang lalang yang tidak apa-apa pun hebatnya.

Mungkin 20 tahun dulu GAPENA hebat kerana itu zaman permulaannya. Tapi kini kehebatan GAPENA hanya pada segelintir penulis-penulis tua yang sibuk dengan kajian dan penyelidikan dan pembentangan kertas kerja disamping menjadi kuda tunggangan pihak-pihak yang memerlukan sesuatu dalam kancah politik negara. Ianya menguntung segelingtir pimpinan GAPENA sahaja. Bukan untuk para penulis tanahair.

Lalu dengan bersandarkan berbagai tajuk dan slogan, maka GAPENA memikul beban mengadakan seminar, forum, kongres anika lagilah yang membolehkan pemimpin-pemimpin berfikiran tua ini menonjolkan diri dengan menjadi GAPENA kuda tunggangan.

Maka sebagai kuda tunggangan ianya mengikut arus yang dikehendakki si penunggangnya! Lalu prinsip perjuangan yang sepatutnya ditegakkan dan dilaksanakan tercicir. Cuma untuk mengabui mata kerabat gabungan dibuatkanlah memorandum yang berjela panjangnya dengan bahasa tua.

Untuk siapa dan kepada siapa memorandum itu? Hantar pada rakyat? Apa kuasa rakyat nak melaksanakan memorandum itu? Hantar pada Kerajaan. Dah berapa banyak hantar tapi apa tindakannya? Kerajaan tidak akan bertindak mengikut kehendak kuda tunggangan! Itu kena faham!

Oleh itu masa sepatutnya telah sampai untuk menukar pimpinan GAPENA di era kebangkitan rakyat dengan kesedaran dan keinsafan bertanggungjawab. Ismail Hussin pasti dicabar! Siapa pencabarnya? Siapa yang berani tampil ke tengah gelanggang menyisip keris bertarung bukan sahaja dengan Ismail Hussin tetapi dengan kuncu-kuncunya yang setia bak kata bidalan; kalau ke laut sama berenang, kalau ke darat sama merangkak!

Datuk Dr. Mansoor Abdullah (Timbalan Ketua DPMP) nampaknya sanggup mempertaruhkan dirinya untuk ke tengah gelanggang. Dengar-dengarnya niat sudah di hati dan keris sudah disisip di pinggang! Cuma mampukah perwakilan DPMP ke mesyuarat agung GAPENA nanti mencadang / menyokong / dan mengundi Datuk Dr. Mansoor ini?

Mampu tak mampu ianya mesti dilakukan kerana Datuk Dr. Mansoor adalah ahli DPMP dan Timbalan Ketua DPMP! Alasan apa perwakilan DPMP tidak boleh mengketengahkan ayam sabungannya? Atau perwakilan DPMP adalah kuda tunggangan juga?

Kerana itu jangan anggap tulisan ini menghentam DPMP tapi ianya mencari kewibawaan perwakilan DPMP. Kewibawaan perwakilan DPMP itulah nanti yang akan memertabatkan kehebatan DPMP. Kepada Datuk Dr. Mansoor ujian perjuangan berada di tepi gelanggang. Serangan akan berada bila berada di tengah gelanggang!

CUCU: Sekali melangkah tetap melangkah, membujur lalu melintang patah!



3 comments:

Suhaimi Said said...

Man, esuk meeting jam 4.00 ptg di Rumah Pok De Manan, semua AJK Bhg dan AMK dan Wanita meeting bersama.

Saya dah jemput, tapi tolong peringatkan lagi, ok?

Suhaimi Said said...

Man, kita kena bersiap sedia. YB Nurul Izzah nak dtg ke Kg Pian, 2.8.08, nak adakan Pesta Buah. Tapi masa tu mana ada buah. Kita beli ajalah nanti.

Kita adakan majlis makanan rakyat. Kita adakan persembahan budaya Orang Asli.

Tubuhkan Jawatankuasa pimpnan AMK bersama JK Orang Asli dari Kg Penderas, Kg Pasu, Lubok Wong, Galung dan Pian.

Persembahan yang teratur dan baik. Gunakan skill anda. On, Basri, Mustaffa -- kena main peranan.

Grup Pemuisi kena panggil, kena ada agenda untuk mereka, tapi puisi perjuangan rakyat.

Pinta Basri siapkan beberapa Puisi perjuangan untuk Orang Asli, saya pun nak baca satu dua.

Jadikan pertemuan ini daat merubah semangat juang Orang Asli.

wak semar said...

Masa pemilihan dalam Mesyuarat Agung DPMP dulu, ramai yang tak mengundi daripada yang menang. Ngapa agaknya gitu? Tak bertelorkah mereka semua, Man? Kalaulah di Kuantan pun deme tu tak berbatu, nak harap apa kat KL nanti. Alamat aku kecundang oleh DPMP sendiri nampaknya!

Cuba kamu baca komen naku tentang Darmala dan Pak Lah pulak....

Darmala, Aku dah hantar pada Pak Lah.


Beginilah Abang Mahmor,

Bukannya baru saya mengenali PM ini. Saya sudah kenal Pak Lah kira-kira lebih 30 tahun lalu. Pak Lah memang tabiatnya sentiasa berhati bersih dan mulia. Dia tidak ada menaruh sedikit pun syak wasangka terhadap orang lain. Cuma Pak Lah ini satu sahaja kelemahannya, dia cepat sangat lupa. Oleh kerana dia jujur dan ikhlas, sebab itulah dia terima Ezam dengan baik sahaja. Dia tak cakap banyak dan tak mahu selidik-selidik itu dan ini. Lagi pun, Pak Lah fikir, dalam keadaan sekarang ini, masa UMNO terumbang ambing, congkang manking, melilau-meliling, ramai pula orang yang masing-masing banyak dan pandai pula menaruh perasaan syak wasangka sesama sendiri, baik TPM mahu pun Mahyidin Yassin, barangkali mereka ini berasa tergugat dengan kehadiran Ezam ini agaknya.

Bagi mereka itu, kemasukan Ezam bekas orang kanan Parti Keadilan dulu, semacam satu racun yang berbisa bagi mereka yang memang ada mempunyai kepentingan dan agendanya tersendiri. Sebab itulah mereka berapi-api membantah Pak Lah meneriuma Ezam. Apakah Pak Lah lupa, suatu ketika dahulu, jikalau tidak silap saya, ada seorang hamba-Allah, iaitu SU kerja DAP, anak Melayu, yang sanggup keluar dari DAP secara sukarela, semata-mata mahukan memenangkan pihak Barisan Nasional pada plihanraya 1999. Pak Lah ingat tak lagi, apa dah jadi kepada beliau itu agaknya? Pak Lah memang tak ada buat janji apa-apa atas pengorbanannya yang hampir menempah mautnya itu, bukan? Kasihan dioa.

Untuk makluman Pak Lah, saya keliru apabila dengar khabar, Pak Lah dan rakan-rakan lain dalam parti UMNO sudah tak ingat pun lagi peristiwa mulia itu. Malah Pak lah sendiri agaknya sudah tak ingatkan dia lagi yang telah melumpuhkan DAP pada 1999 dengan mengorbankan dirinya sendiri. Tiba-tiba apabila Ezam hendak masuk UMNO, ramai yang tampil ke muka memintak penjelasan itu, minta penerangan ini, telanjangkan itu, telanjangkan ini supaya dapat menampakkan melihat dengan jelas sejelas-jelasnya kesetiaan Ezam itu konon! Apakah mereka yang menyuruh dedahkan kain dan baju Ezam itu sebenarnya tidak ada mempunyai parut, atau sopak, atau kudis atau kurap dan panau di badan atau tubuh agaknya? Saya cukup keliru apabila melihatkan betapa para pemimpin UMNO selain Pak Lah, dalam keadaan sengit begini terlampau mudah dan cepat benar melatah! Apakah agaknya mereka kini sudah lupa atau tak pernah berastgfar, atau lupa untuk bersyukur? Cubalah ingatkan diri, muhasabah diri kita kembali, apakah kita sudah cukup bersih, sebersih kain putih? Kalau tidak, tak usahlah cuba suruh yang bukan-bukan.

Pak Lah kena ingat, menerima Ezam ini pun samalah juga dengan menerima SU Kerja DAP yang meletakkan jawatannya dahulu. Dia buat wawancara di TV pula, supaya jadi gempar dan DAP terkapar! Tetapi nampaknya, apa pun hamba Allah itu tak dapat! Inilah yang saya katakan apakah pemimpin UMNO yang ada sekarang sudah tidak ingat lagi atau sudah lupakan diri? Jika begitu, apakah mereka ini tak ada cacat celanya, Pak Lah, sehingga mahu menyusah dan menyekat Ezam masuk UMNO agaknya? Saya rasa mereka bukannya tak kenal, bukannya tak lihat, malah bukannya tak tahu siapa hamba Allah yang saya katakan itu. Tapi oleh kerana mereka ini namaknya tamak haloba, dan balun semua yang ada, maka sampai terlupa kawan yang menderita demi UMNO sejahtera. Sedarkah wahai ahli UMNO sekalian, bahawasanya, akhirnya beliau itu menulis buku yang berbentuk simbolik satira, tentang kuturunan datuk, nenek Pak Lah sendiri dengan judul “Lilin Membakar Diri” Siapakah lilin yang telah membakar dirinya itu demi menerangi yang lain?

Apakah tidak langsung terlintas di dalam hati kecil Pak Lah bahawa rintihan anak bangsa yang telah berkorban besar begini? Pada hemat saya, jika beliau menjadi komunis pun ada lagi baik daripada mengundur diri dari parti DAP. Setidak-tidaknya, dengan menyerah diri sebagai seorang komunis, seudahpastinya mendapat pampasan baik tanah dan sebagainya, sebagaimana gurila komunis yang lain-lain itu menyerah diri dahulu. Mereka menjadio tersohor! Nama mereka keluar di dalam akhbar padai muka hadapan. Cukup gah sekali, miskipun telah membunuh berpuluh anggota keselamatan di rimba belantara. Tetapi, beliau ini bukan orangnya semacam itu, Pak Lah. Dia orang yang reda, penyabar dan cepat bersyukur! Justeru itu, sekali lagi saya harap kepada semua ahli UMNO, jangan terkejut, jangan melatah cepat sangat apabila Ezam masuk UMNO. Itu adalah lumrah alam dan perkara biasa dalam parti. Malah anggaplah nia sebagai suatu pertanda baik yang patut dihargai! Cuma saya sahaja parti santan yang dah basi - Wak Semar.
17/06/08 14:35



Dengar sekalian hubaya-hubaya,

Selama ini ramai benar orang yang menyangkakan Wak Khir Toyo apabila sudah jatuh, beliau ditimpa tangga. Kononnya semua itu adalah akibat keberaniannya menyapu sampah sarap anggota-anggota kerajaan yang malas, lembab, pengampu bodek dan suka bertangguh-tangguh. Sebenarnya, kekalahan UMNO di Selangor bukan disebabkan Mbnya atupun disebabkan sial penyapunya. Ternyata kalaulah MBnya yang bersalah dan penyapunya yang sial, kenapa beliau sendiri tidak bungkus? Tetapi yang semakin jelas sekarang, Wak Khir masih juga boleh menang cuma beliau tidak dapat menjadi MBnya sahaja. Namun demikian, ramai lagi MB yang senasib dengannya. Misalnya Mantan MB Perlis, MB Kedah, MB Terengganu dan MB Perak juga tak merasa naik takhta MB lagi. Itu sudah lumrah alam, Wak.

Tapi apa yang kulo rasa kagum dan amat kaget sekali, kerana Wak Khir Toyo memang ganteng dan Jagoan Keliwon. Beliau orangnya yang bukan sahaja berani kerana benar, tetapi tajam sindirannya tepat mengenai sasaran! Siapa lagi MB yang begitu berani mempersoalkan tindak tanduk kaki tangan kerajaan kalau bukan Wak Khir Toyo? Beliau adalah wakil kepada rakyat, maka apa yang diutarakannya itu adalah permasalahan yang dihadapi oleh rakyat marhaen atas kerenah kaki tangan kerajaan di pejabat-pejabat itu sebenarnya. Justeru itu, langkah dan tindakan yang dibuatnya tempoh hari kulo rasa patut dijadikan cermin bagi membuat refleksi diri terhadap sesetengah pegawai kerajaan yang sengaja melambat-lambat dan menyusahkkan kerja dan sesuatu tindakan.

Contohnya, kulo diberitahu, hampir di semua Pejabat Tanah Negeri, di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini, seperti sepakat mereka suka dan gemar melambat-lambatkan tindakan kerjanya. Bagi mereka dengan berbuat demikian, nampaklah bahawa kerjanya itu amat sukar dan berat sekali. Pada hal hanya orang bodoh dan begok saja yang merasai begitu! Percayakah anda kalau kulo katakan ada yang sesuatu tindakan itu sampai empat tahn baru selesai. Misalnya untuk mendapat kebenaran menukarkan hak milik tanah daripada seorang ayah kepada anak, atau daripada seorang ibu kepada anak kerja-kerja menukarkan hak milik daripada Ali kepada Ah Chong atau Pakmanathan, boleh pula cepat dan segera benar. Tak sampai sebulan pun boleh beres!
Kulo sendiri sering saja tertanya-tanya kenapa begitu jadinya? Pernah Wak Khir kata, ada di antara mereka itu yang mahukan (meminta) pelincirnya! Wah, kalau sudah begitu, agaknya bapa atau si emak tadi oleh kerana tidak ada pelincirlah maka kerjanya dilambat bangatkan! Sebab itu dia terpaksa tunggu sampai empat tahu. Kasihan.

Contoh seterusnya pula, mengenai tuntutan bayaran kerja-kerja dengan kerajaan oleh kontrektor-kontrektor Bumiputera. Mereka mendakwa selalu sahaja pembayarannya dilambat-lambatkan. Banyak kerenah, banyak songel yang dikenakan terhadap mereka ini. Walaupun kerja sudah selesai sampai empat lima bulan, namun wangnya belum juga dibereskan. Sedangkan mereka itu terpaksa membayar gaji para pekerjnya dan hutang di kedai kerana membeli bahan-bahan pembinaan dan sebagainya tempoh hari. Sekali lagi yang meninggalkan timbunan tanda tanya pada kulo, kenapa kontrektor bukan Bumiputera cepat pula mendapat pembayarannya? Apakah mereka itu ambil surat lawyer supaya menuntut segerakan pembayarannya? Atau mereka juga ada pelicirnya pulak?

Justeru itulah saya kira Wak Khir Toyo memang jagoan keliwon! Berani dan tegas bukan semberangan. Anak Jawa jati Tanjung Karang tak memalukan turunannya. Dan khabarnya dia sedang kencang berkempen senyap-senyap macam penyu yang lazimnya bertelur berpuluh-pulouh biji tapi senyap sepi. Tidak sebagaimana ayam yang bertelur sebiji hingga riuh sekampung. Khabar yang diberitakan kepada kulo, Wak Khir Toyo mahu mencabar sesiapa saja yang mahu jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Waduh, waduh hebat sekali! Kulo tak hairan dan tak nampak ganjil kalau benar sekalupun kerana beliau menjadi Presiden MBM cukup lama dan mampam sekali. Takkan anak-anak buahnya seperti Sobri mahu berdiam diri melihatkan ketuanya menang tapi tak berkuasa! Inilah masanya kalau mahu menonjolkan kewibawaan MBM, ayuh Wak Khir, ganyang misti ganyang. Kulo sokong dari Bagan Terap!

Nampaknya Wak Khir Jagoan Keliwon ini akan berdepan dengan dua tokoh muda - Mukhriz dan Khairi tentunya. Pertandingan tiga penjuru itu kalau mengikut Marga Paksi atau Taming Sari, itu perkara enteng dan gampang! Wak Khir jangan gentar, Kulo sendiri bisa pukul gendang kalau tiba masanya nanti Wak mahu bertarung. Dalam permainan wayang kulit, Wak Semar memang diperlukan. Wak Semar punya kuasa dan sakti bagi membantu sesiapa yang disukainya! Justeru itu, ayuhlah Wak Khir jangan memandang ke belakang lagi, teruskan perjuangan! Sekali merengkuh dayung, biar tiga empat pulau terlepas! Doa dari pendekar tua - Wak Semar.
17/06/08 16:08