Sunday, June 29, 2008

ANWAR IBRAHIM DIFITNAH LAGI Arus kebangkitan rakyat semakin membuak !

Assalamualaikum ...

LELAKI PEJUANG INI TIDAK AKAN REBAH KERANA DIANYA BANGUN DARI SUSAH PAYAH - UNTUK KEBAJIKAN - KEADILAN SEMUA RAKYAT! DIA MEMBENTUK SUATU BANGSA NEGARA YANG BERANI BERDEPAN DENGAN ANGKARA SERIBU MASALAH DAN FITNAH!

LANGKAH YANG JUJUR
TIDAK AKAN REBAH TERBUJUR
OLEH FITNAH YANG DIHEMBUR
DARI MUSUH YANG HAMPIR BERKUBUR!

ARUS PERJUANGAN RAKYAT SEMAKIN MEMBUAK MEMECAH BENTENG KEZALIMAN!

CUCU: Biar rebah - tidak akan menyembah pembuat fitnah!

3 comments:

kudakepang said...

Saudara KON, jangan lupa antologikan pantun-pantun ini..


PERGI KE PAYA BAWA LADA
NASI PULUT BERSAMBAL LIMAU
APALAH NASIBNYA ORANG FELDA
LEPAS MULUT BUAYA KE MULUT HARIMAU

NASI PULUT BERSAMBAL LIMAU
BERULAM RASA GULAI ANGSA
LEPAS MULUT BUAYA KE MULUT RIMAU
JAHANAM BANGSA TERGADAI NUSA

Salam takzim,
RON

kudakepang said...

PERGI KEMBARA KE KUALA SAWAR
MEMANAH TUBA DI HUJUNG PERSADA
BEGINI SEBGSARA SAUDARA ANWAR
FITNAH TIBA TAK KUNJUNG REDA

kudakepang said...

Saudara KON:

anak seluang di paya ampangan
tempat serindit turun mandi
apa juang kepada pejuangan
jika ringgit mengatasi budi

tempat serindit turun mandi
berhala angsa disembah cina
jika ringgit atasi budi.
susila bangsa ke lembah hina

tanam ubi batas selerak
isi keladi di dalam guni
dulu deb untuk yang berhak
kini deb untuk kroni

isi keladi di dalam guni
buat mangsa sakal buana
kalau deb untuk kroni
rakyat biasa bakal merana

Salam takzim
RON