SEKAM PANGKAL LIMAU,
MENEBAR LUBUK PAYA;
MENERKAM CARA HARIMAU,
MENYEMBAR CARA BUAYA.
Demikianlah pantun kon setelah kon berehat kerana keudzuran menjelang hari raya aidilfitri tahun ini. Maaf zahir batin dari kon sekeluarga.
Tumbuh dari rumpun sama, berpucuk dengan baja yang sama, disiram dari air yang sama, berputik berbuah juga dengan rasa yang sama. Demikianlah apa yang akan berlaku kepada negara yang dipimpin oleh pemimpin UMNO walaupun ianya bertukar tangan.
Pemimpin UMNO telah terdidik dengan cara tradisi yang dipusakai turun temurun. Melaba untung dengan menggula-gulakan rakyat. Rakyat terpesona dengan janji dan habuan yang amat kecil berbanding dengan apa yang dikaut oleh pemimpin UMNO dan kroni mereka.
Kerana itu apa saja jawatan yang beralih tangan, tidak akan membawa arena baru kepada rakyat dan negara! Oleh demikian hanya satu jalan sahaja untuk arena baru dikecapi oleh rakyat dan negara ialah menumbangkan keangkuhan dan ketamakan pemimpin UMNO/BN.
Kita rakyat telah banyak mengalami kepahitan dari keangkuhan, ketamakan, tidak ambil peduli yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Boleh kita renungi bersama sedalam-dalamnya. Kita dibuai dengan slogan yang mengasyikkan dan memberikan semangat tumpul hanya untuk kepentingan kuasa, pangkat dan harta pemimpin UMNO sahaja.
REFORMASI! ALLAHUAKBAR!
CUCU: Yakin bahawa Keadilan dan Berkebajikan adalah kehendak rakyat, ianya perjuangan hak rakyat, ianya mesti didokongi oleh rakyat dan ianya mesti bersatu padu di bawah panji-panji PAKATAN RAKYAT. Kejayaan rakyat adalah untuk rakyat! InsyaAllah!

4 comments:
Pokok Perah Pokok Rembia
Cili ditanam didalam parit
Kesian PakLah nampak je gembira
Hatinya suram mentalnya sakit
Jerat Najib mengena. Dia baling batu sengkeling tangan.
Dlm election dulu, dia yg benar-benar gagal, beratus juta dicurahkan ke Kelantan, tapi BN habis hancur.
Kedah, Penang, Perak, Selangor dan WP KL, habis BN hancur.
Siapa yang bertanggung-jawab. Najib. Tapi, dia cunning, dia paskan kpd Pak Lah, sbb Pak Lah ketua.
Pentadbiran Pak Lah lemah, tak ada agenda tak ada program untuk pulih ekonomi, politik dan keyakinan rakyat.
Najib seronok - biarkan, biarkan.
Kemudian Muhyiddin sebagai trumpet Najib buka gelanggang, untuk keluarkan Pak Lah. Najib duk diam aje.
Sekarang dah nyata. Pak Lah keluar panggung, Najib dan bergabung dengan Muhyiddin.
Mana dia org Pak Lah. Boss kamu dah dipermainkan. Tapi org UMNO ni mana ada buah/batu .........., mereka takkan nak sokong Pak Lah, singa dah tak ada taring.
Kalau sokong Pak Lah dapat apa?
Itulah budaya UMNO ... Dapat apa?
Mereka boleh jual negara dan rakyat untuk kepentingan peribadi.
Altantuya, Altantuya ... jauhnya kamu mati dari Negara kamu, untuk apa?
Komisyen ye? Merasa tak? Pemimpin Malaysia yang tamak haloba lagi pandai, hang diletupkan, dan tah sapa-sapa yang kena bicara di Mahkamah!
Kita tahu UMNO kian rapuh,akan tetapi PARTI mana yang lebih berhak mengantikan UMNO sebagai kepala pemerintahan...?
Mampukah PKR yang selalu berteka teki dan membuat janji palsu untuk menjadi kepala?PKR masih lagi terikat dengan bahadi UMNO kerana akar PKR adalah dari UMNO.Menipu dan merasuah adalah amalan mereka...
KENAPA TIDAK PAS....tidakkah kita yakin pada TUAN GURU HAJI HADI AWANG?
Persoalan yang masih belum dijawab....
Sekiranya PAS kita yakin ISLAM akan menjadi lebih kuat dan pemerintahan yang lebih AMANAH...
Salam,
Sekarang secara bersendirian barangkali tak ada parti yang betul-betul kuat. Sebab itu UMNO perlu bergabung dengan MCA, MIC dll, dan PAS pula perlu bergabung dengan PKR dan DAP.
Kalau gabungan ini dapat dimantapkan, kita nanti akan dapat melihat pertandingan antara dua front saja -- BN dan Pakatan Rakyat.
Ketika BN sudah lemah, PR diharap dapat mengganti BN sebagai pemerintah kerajaan Pusat. Inilah perubahan yang kita nantikan.
Bantu jua anak muda yang baru mula bernafas. Turun-turunkanlah ilmu tu ayahanda.
Jemput ke http://rajafiqrifauwaz.blogspot.com
tapi masih belum ada artikel. Mungkin menyusul kemudian.
Terima kasih.
Post a Comment