Friday, October 17, 2008

ANUGERAH DATOK - Nasib apa wartawan 'nyamok'?

Assalamualaikum.

POKOK BETIK DI RUMPUN KANTAN,
AMBIL PENGISAR BAWAH PULASAN;
BUDI SETITIK SEGUNUNG INTAN,
JASA BESAR BERIKANLAH GELARAN.

Begitulah pantun kon bila agak sihat betul-betul ni.

BILA menyebut dan memperkata serta mempersoalkan tentang anugerah 'Datuk' kepada pelakon Bollywood, kon tidak berapa berminat nak memanjangkan dalam tulisan kon, cukuplah kon berkata; itulah nilai diberikan oleh sebuah negeri tak beraja dan diperintah oleh UMNO/BN dan negeri tersebut sebuah negeri yang dikatakan asas kerajaan Melayu di Semenanjung ini, Kerajaan Melayu Melaka! Mungkin juga bintang filem Hindi itu ada kaitan dan keturunan Raja Mendeliar! Tiada siapa yang menyemaknya.

Kon ingin memperkatakan tentang peranan Kerajaan Negeri-Negeri yang diperintah oleh PR terhadap golongan wartawan. Bukan wartawan berprinsip pembodek arus perdana tetapi para wartawan yang memperjuangkan politik arus PR. Samada mereka dalam PAS, PKR atau DAP. Ataupun mereka tidak berparti tetapi penghasilan kewartawanannya menumpu kepada kebangkitan rakyat untuk merobohkan benteng kekebalan BN!

Bagi wartawan yang kerap disebut dahulu sebagai wartawan akhbar nyamok bolehlah dikatakan amat dhaif habuan yang mereka terima dari hasil kerja besar dan berani kewartawanan mereka dengan beberapa syarikat akhbar nyamok tersebut.

Berbanding sama sekali dengan para wartawan arus perdana yang bertugas dengan syarikat-syarikat besar serta dipayungi oleh UMNO dan BN menerima habuan besar hanya dengan membodek sahaja.

Wartawan akhbar nyamok kerap berdepan dengan maki hamun, dilarang menyertai sidang akhbar, amat dipandang rendah. Malahan mereka juga berdepan dengan KDN yang akan mengambil tindakan bukan sahaja kepada syarikat kecil tersebut tapi pada wartawan itu sendiri.

Namun kerana perjuangan politik yang kental melalui kewartawanan, mereka terus menulis walaupun terpinggir! Mereka ini menjadi tempat pemimpin parti-parti pembangkang ketika itu untuk meluahkan perasaan dan perjuangan yang dibawa!

Mereka ini ramai tetapi yang dapat kon serlahkan antaranya Subky Latiff, Yusoff Jalil dan Hussin Yaakob! Ada yang masih hidup dan ada yang telah meninggal dunia membawa perjuangan yang tidak lagi selesai! Setakat ini yang kon tahu ketiga-tiga mereka belum lagi menerima apa-apa anugerah pingat bergelar!

Sedangkan pemimpin politik PR ada yang masih muda telah menerima anugerah bergelar 'Datuk". Tulisan ini sama sekali tidak melahirklan rasa iri hati dengan mereka pemimpin politik dan Kerajaan-Kerajaan Negeri PR. Malahan Kon menghulurkan ucapan tahniah pada mereka!

Tapi apakah para pemimpin negeri-negeri yang ditadbiri oleh PR lupa pada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan kepada dunia media massa untuk ditatapi oleh rakyat! Mereka bertungkus lumus memerah otak melahirkan idea untuk memberikan sokongan kepada PR.

Kerajaan Kelantan ditawan kembali oleh PAS pada 1990 hingga sekarang ini. Telah banyak pemimpin politik dan kerajaan negeri yang menerima pingat bergelar 'Datuk'. Apakah tidak boleh dipanjangkan kepada DYMM Sultan untuk menganugerahkan Subky Latiff dengan pingat bergelar 'Datuk'? Kalau pun tidak mampu untuk dikecapi oleh Pak Hussin Yaakob dan Yussof Jalil?

PAS juga berjaya sepenggal pada tahun 1999 mentadbiri Terengganu. Begitu juga! Banyak pemimpin politik dan Kerajaan Negeri yang menerima anugerah bergelar 'Datuk'. Mengapa Subky Latiff, Hussin Yaakob dan Yussof Jalil terus tertinggal?

Akhirnya Allah mengizinklan PR mentadbiri Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah disamping mempertahankan terus Kelantan setelah Terengganu kecundang 2004 dan 2008! Rasanya sudah ada yang mendapat gelaran 'Datuk' bagi ahli politik PR dan pemimpin Kerajaan Negeri!

Subky Latiff, Hussin Yaakob dan Yussof Jalil terus tertinggal! Apakah ini nilai yang diberikan oleh ahli-ahli politik Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbiri oleh PAKATAN RAKYAT kepoada wartawan nyamok yang banyak menyuntik musuh politik dengan kerja kewartawanan sehingga musuh politik dari masa ke masa lumpuh?

Merekalah juga yang banyak membantu melalui dunia kewartawanan memperaga dan menaikkan beberapa orang pemimpin PR yang memang bertungkus lumus berjuangan! Kalau ada diantar mereka yang sudah meninggal dunia pun, apalah salahnya dikenang jasa diberikan gelaran agar menjadi kenangan-kenangan dan semangat generasi masa kini dan akan datang.

Mereka berjuang dengan dunia kewartawanan untuk menegakkan keadilan, menegakkan Islam, menegakkan perjuangan membela rakyat, menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran, mereka tidak mengharapkan apa-apa tetapi adalah tugas ahli politik dan pemimpin Kerajaan Negeri-Negeri PR yang sedikit sebanyak menerima sumbangan dan sokongan dari kewartawanan mereka memikirkan sesuatu yang harus diabadikan sebagai hadiah yang tidak berupa wang ringgit dan harta benda.

Amatlah diharapkan supaya pemimpin Kerajaan Negeri-Negeri tadbiran PR dapat mengangkat ketiga-tiga nama yang disebutkan tadi ke pihak istana untuk dipertimbangkan menerima anugerah pingat bergelar "Datuk' sekurang-kurangnya!

CUCU: Kon cukuplah cucu panggil datuk kerana kon tak ada apa-apa sumbangan kewartawanan sedikit pun pada PAS, PKR atau DAP. Cuma melanggan Harakah dan Suara Keadilan.




3 comments:

Unknown said...

Aku dah dapat hadiah, Man! Berehat 3 hari 2 malam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan lokap IPD Sentul.

Sedap giler hadiah tu, Man!

CUCU TOK KEDU said...

Bakaq a.k.a penarik beca!

Itu semua pengalaman agar anak cucu kita nanti memahami akan perjuangan ayah datuknya adalah salah seorang umat yang menegakkan keadilan, kebenaran, berkebajikan! Menentang kezaliman, korupsi, kronilisme yang diamalkan oleh pemimpin UMNO/BN dengan memperalatkan agensi-agensi kerajaan seperti polis, bpr, spr untuk terus berkuasa!

Anak-anak aku mengucapkan syabass pada awok! Dia marah pulak pada kon kenapa tak kena tangkap macam Pakcik Bakaq yang menarik beca tu!

Agaknya tulisan abah tak berapa tajam dan pedas lagi; sindir mereka!

REFORMASI! ALLAHUAKBAR!

Suhaimi Said said...

Kawan suka dipanggil Aki, tu cara panggilan orang Pahang. Toksohlah berDatuk ngat!