Wednesday, July 2, 2008

PKR KUALA KRAU SOKONG PADU UNTUK ANWAR Tolak semua tohmahan fitnah yang dilemparkan pada beliau!

Assalamualaikum ...


UKUR TANAH HILIR DAN HULU,
TANAM KEKWA TEMPAT SELAMAT;
JIKA FITNAH DATANG BERTALU,
IMAN DAN TAKWA PENYANGKAL KERAMAT.


Itulah pantun kon hari ini!

Ingin kon maklumkan bahawa Sdr Anwar Ibrahim mendapat sokongan padu dari PKR Bahagian Kuala Krau setelah menerima sebulat suara usul yang dibentangkan oleh Sdr Setiausaha di dalam Mesyuarat tergempar AJK Bahagian yang dihadiri oleh Ketua, Timbalan Ketua, Naib-Naib ketua, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua AMK, Ketua Wanita, Bendahari, Ahli-Ahli jawatankuasa serta turut hadir semua pimpinan perengkat cawangan serta ahli PKR dalam Bahagian Kuala Krau, Pahang.

Sebelum usul dibentangkan, Sdr Haji Suhami Said telah memberikan secara rengkas fitnah yang dilemparkan kepada Sdr Anwar Ibrahim dan senario politik negara. Selepas itu Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap selaku Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau, Pahang membentang usul yang berbunyi:

BAHAWA MESYUARAT TERGEMPAR PKR BAHAGIAN KUALA KRAU, PAHANG YANG BERSIDANG PADA 30 HARIBULAN JUN 2008, HARI ISNIN, JAM 9.35 MALAM MELULUSKAN USUL TERGEMPAR YANG BERIKUT: PKR BAHAGIAN KUALA KRAU, PAHANG TETAP PERCAYA DAN MENYOKONG KEPIMPINAN DATUK SRI ANWAR IBRAHIM SELAKU KETUA UMUM PKR DAN MENOLAK SEGALA TOHMAHAN YANG DILEMPARKAN KEPADA BELIAU.
Sdr. Setiausaha Bahagian sebelum membentang usul tersebut memberikan hujjah bahawa beberapa usaha Sdr. Anwar Ibrahim kebelakangan ini amat menakutkan pimpinan BN terutamanya pimpinan Umno. Kerana itu berbagai usaha menghalang dilakukan untuk membolehkan PAKATAN RAKYAT mara cepat ke Putrajaya!
Usul tersebut telah diterima sebulat suara dan tidak ada seorang pun yang tidak mengangkat tangan. Sebaik usul tersebut diumumkan terima sebulat suara. Laongan REFORMASI bergema beberapa kali dan Sdr Haji Suhami Said selaku Ketua Bahagian meredakan suasana tersebut supaya tidak dipengaruhi emosi melampau!

Beberapa orang telah diberi kesempatan berucap dan mereka menyatakan bahawa fitnah yang melanda Sdr. Ketua Umum adalah perbuatan jahat yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan mereka tidak tergambar langsung apa yang difitnahkan itu dalam pemikiran mereka.

Sdr. Setiausaha dalam ucapan penangguhannya menyatakan bahawa Sdr. Anwar Ibrahim tidak berseorangan malahan berpuluh ribu rakyat Malaysia pada Peristiwa 1998 bersama beliau. Kini 2008 Sdr. Anwar Ibrahim tidak juga berseorangan dalam menghadapi kerenah jahat pimpinan Umno/ BN malahan jutaan rakyat Malaysia bersama dan akan bersama beliau. Kerana Sdr. Anwar Ibrahim telah membebaskan penjajahan minda yang dilakukan oleh pimpinan Umno/BN sejak lama terhadap rakyat Malaysia. Peristiwa 1998 dan Peristiwa 2008 adalah dua peristiwa yang akan menjadi batu nesan kepada Umno/BN dalam jangka masa terdekat atau pun pada PRU ke 13 nanti!


CUCU: Amat mengharapkan ahli PKR Kuala Krau kuat berkerja menambah ahli dan mengadakan aktiviti parti untuk kesedaran rakyat.

4 comments:

kudakepang said...

Saudara KON, Salam,

KON:
masuk ke hutan dicangkok onak
onak rotan songsang membujur
kecil jangan disangka anak
berkuasa jangan disangka jujur!

RON:
onak rotan songsang membujur
akarnya bisa mengguris ungka
berkuasa jangan disangka jujur
khususnya manusia jenis boneka

KON:
ukur tanah hilir dan hulu
tanam kekwa tempat selamat
jika fitnah datang bertalu
iman dan takwa penyangkal keramat

RON:
tanam kekwa tempat selamat
di tempat redup membajak bendang
iman dan takwa penyangkal keramat
alamat hidup tidak kecundang


Jangan lupa antolojikan pantun-pantun anda suatu hari nanti. Salam takzim. RON

kudakepang said...

Saudara Kon budiman,

Ini satu lagi koleksi anda untuk antologi pantun di kemudian hari.

Kon:

nasi lemak sedapnya rasa
bawa serta jamuan di paya
bila si tamak pertahankan kuasa
rakyat jelata meluat meloya

Ron:

bawa serta jamuan di paya
setelah bulan sinarkan ronanya
rakyat jelata meluat meloya
carilah jalan hapuskan puncanya

Salam takzim
Ron

Emas Perak said...

Saudara KON

Sekiranya awak ada masuk ke blog perakbangkit.blogspot.com di atas nama "cucu tok kedu" .... silakan berkomentar seperti org bijak. Ada berani? Semuanya yang ditulis adalah fakta belaka.

Suhaimi Said said...

Man, jangan lupa, 12.7.08 jam 3.00 ptg. Sila hadir ke Mesyuarat PKR Negeri di Hotel Seri Malaysia Temerloh.

Wakil Bahagian adalah sdr, sdr Razak,Sdr Hafez, Sdr Azmi, sdri Su dan Rozita.

Saya berada diluar Negara.

Selepas saya kembali nanti, kita dakan mesyuarat JK Bahagian. 19hb Julai, jam 3.00 petang di rumah Pok De Manan, Paya Luas.

Pengkhususan kerja sambutan Puteri Reformasi ke Kuala Krau, 2.8.08.

Dan agenda akhir, jangan lupa "Perletakan Jawatan Ketua PKR Bahgian Kuala Krau".

Saya tetap menyokong PKR dan terus memberikan bantuan kepada PKR Kuala Krau, khususnya, meneruskan bayaran sewa kedai Pusat Khidmat Rakyat di Kuala Krau. Tetapi perlulah dilantik seorang pengganti saya selaku Ketua Bahagian.