Tuesday, July 29, 2008

KERIS TELANJANG DAH BERKARAT - UMNO ASAH SENJATA BARU

Assalamualaikum ...

LAYANG-LAYANG TERBANG MELAYANG,
BENANG BERABUK MENGIMBANG BAYANG;
SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG,
DITELAN MABUK DIBUANG SAYANG.

Itulah pantun kon hari ini ... untuk tatapan rakan-rakan kon yang dah lama tak melayani kon ... maklumlah dalam keadaan begini ... manakan ada masa untuk berhubung sesama kita ... tentu ada hubungan yang lebih menjamin akan datang cepat dan mudah ... bagaikan kata pepatah ... yang bulat datang bergolek ... yang pipih datang melayang ... tapi ingat ... pahit bukan ertinya racun ... medu bukan ertinya madu ...

NAMPAKnya bersungguh betul UMNO nak bergabung dengan PAS - kata lembut manis pemimpin UMNO lebih manis dari gula! Lidah tak bertulang mudah menjanjikan itu dan ini! Tapi otak yang waras belum tentu boleh menerima kerana sejarah telah mengajar pejuang dulu dan sekarang!

Dapatkah dilupa sejarah lampau yang tidak berapa jauh! Dapatkah dilupa parut yang masih lagi belum sembuh! Bukan saja tindakan perbuatan tapi tipu daya! Bukan saja di hari-hari biasa tapi di masa pilihanraya!

Ahli-ahli dan pemimpin pembangkang bukan saja dibelasah, ditembak, dibunuh dalam memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua tapi ianya juga difitnah, dicerca dari serban hingga ke janggut! Dari jubah hingga ke bertelanjang! Seolah-olah ahli dan pemimpin pembangkang bagaikan sampah dan tidak bermaruah diperlakukan oleh pemerintah! Dari disembur air asid hingga ke ISA! Semuanya tidak pernah dihenti-hentikan oleh keangkuhan pemerintah yang bernama UMNO/BN.

Di kampung-kampung ahli-ahli pembangkang diketepikan dari kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat sesebuah negara yang membayar cukai. Pemimpin UMNO/BN atasan hingga ke cawangan-cawangan memboikot ahli-ahli parti pembangkang dari memperolehi segala bantuan, agihan saham percuma, jawatan JKK / Masjid / Peladang / PIBG dan beberapa lagi.

Angkuh dan tamak pemimpin UMNO/BN rupa-rupanya tergugat setelah PRU 12! Lalu sasaulah mereka! Tetapi dalam sasau itu mereka terfikir juga untuk mencuba kerja gila! Tapi gila-gila bahasa ada masanya mengena!

PAS dipelawa untuk memerintah bersama khususnya beberapa negeri! Itulah kalimah terakhir untuk menyingkap tabir sebenar hasrat muzakarah atau muqabalah! Berbuihlah mulut pemimpin PAS menyanggah untuk berkongsi kuasa namun pemimpin UMNO tetap menghala ke arah itu dengan tidak ragu-ragu menyatakan akan wujud perbincangan politik!

Sebenarnya memang telah wujud perbincangan ke arah kongsi kuasa seperti yang didedahkan oleh Dato Seri Khir Toyo! Pemimpin PAS tidak menafikan pulak pendedahan bekas Menteri Besar Selangor itu secara terperinci agar ahli-ahli PAS benar-benar memahami.

Dalam kehebatan pemimpin PAS bercakap tentang peranan muqabalah menggantikan muzakarah! Pemimpin UMNO dan beberapa cerdik pandai pembodek UMNO terus menyuarakan rentak perpaduan Melayu UMNO/PAS sebagai bahan penting perjuang bangsa Melayu.

Siapakah yang memusnahkan Melayu! Tegas jawapannya ialah UMNO. Hari ini UMNO tanpa segan silu terhadap kompenannya terus menyarankan PAS/UMNO mesti bersatu untuk kepentingan bangsa Melayu!

Melayu UMNO yang mengsengsarakan Melayu PAS dan Melayu parti-parti pembangkang yang lain!

Sekarang pemimpin UMNO bagaikan nak meninggalkan rakan-rakan kompenan BNnya untuk melamar PAS dan melumpuhkan PAKATAN RAKYAT! Pastilah ianya satu agenda tersembunyi yang akan terdedah juga kejahatan itu dalam masa yang tidak panjang! Ini terbukti dengan peristiwa PAS dipelawa dan ditendang oleh BN dahulu!

Sejarah akan berulang! Percayalah! Kerana pemimpin UMNO mempelawa PAS dalam keadaan UMNO mulai goyang akar umbinya dan beberapa dahannya sekah dan batangnya mulai reput! Daun-daunnya mulai berguguran!

Dari apa yang dilihat nampaknya pemimpin UMNO menggunakan suara-suara burung kakak tuanya dan media massa cetak dan tv serta internet berbunyi sepanjang masa dengan tidak mempedulikan penafian PAS dan keakuran PAS bersama PAKATAN RAKYAT! Seolah-olah gabungan PAS dan UMNO ini akan berlaku esok hari dan telah dimuafakatkan oleh kedua pihak pemimpin.

Ahli PAS masih teguh dan yakin kepada apa yang disarankan oleh pemimpin PAS terutamanya saranan TG Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Tetapi tidak tentulah lagi mereka akan menurut mana-mana pemimpin PAS yang bergabung kongsi kuasa dengan UMNO/BN walaupun didepan mereka terbentang seribu janji untuk kepentingan Melayu/Islam. Kerana mereka dapat melihat sepanjang 50 tahun UMNO memerintah, yang kaya rayanyanya adalah pemimpin UMNO dan kroni sedangkan rakyat semakin derita.

Untuk mempertahankan ketamakan kuasa dan pengautan harta negara, maka pemimpin UMNO mengajak sama pemimpin PAS berkongsi kuasa. Apakah mereka mahu sama-sama mengagihan apa yang mereka idamkan dan pernah dapat?

Pemimpin PAS bukanlah anak-anak politik yang mentah, boleh diberi makan apa saja termasuk buah kepayang yang enak rasanya tetapi boleh memabukkan! Kerana itu dalam layanan yang membuaikan perasaan pemimpin UMNO pemimpin PAS harus berjaga-jaga dengan sikap ahli-ahli PAS yang tidak tahan dengan kerenah pemimpin UMNO melagukan nyanyian rindu untuk mengulik lena pemimpin PAS sehingga bermimpikan yang enak-enak!

Sikap berkepimpinan 'Dengar dan Patuh' ahli-ahli PAS jangan dipergunakan oleh pemimpin UMNO saban hari menghasut melalui media massa. Ini akan membuatkan ahli-ahli PAS akan rasa kecewa lalu beralih parti! Maka bukan PAKATAN RAKYAT yang mula pecah tetapi PAS yang akan bergelora!

Kerana itu amatklah baiknya pemimpin PAS menutup mulut pemimpin UMNO yang bercakap bukan saja untuk muqabalah tetapi telah melarat untuk membentuk kerajaan bersama di Perak, mungkin melarat di Selangor. Kenapa pemimpin UMNO tidak bercakap kongsi kuasa di Pulau Pinang? Terengganu? Johor? Melaka? Negeri Sembilan? Pahang pun pelawa macam ia dengan tidak saja!

Di Perak benar-benar UMNO yakin untuk sebelum 31 Ogos 2008 Kerajaan UMNO/PAS akan wujud! Jika berlaku untungkah Melayu PAS Perak? Bagaimana nasib Melayu PAS di negeri-negeri lain!

UMNO sedang mengasah senjata baru menggantikan keris telanjangnya yang dah berkarat. Senjata muzakarah UMNO/PAS yang digemburkan oleh pemimpin UMNO walaupun pemimpin PAS menolak dan menggantikannya dengan muqabalah adalah penikam kepada PAKATAN RAKYAT dimana-mana Pilihanraya Kecil nanti sehingga ke Pilihanraya Umum yang dijangka setahun dua lagi!

CUCU: Pening kepala sikit lama tak dengar ceramah Dato Dr. Hassan Ali exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.



6 comments:

kudakepang said...

Saudara
Memang lama kita tak berpantun. Sibuk dengan tugas cari rezeki. Kali ini saya jawab empat rangkap pantun anda seperti berikut:

KON:
LAYANG-LAYANG TERBANG MELAYANG
BENANG BERABUK MENGIMBANG BAYANG
SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG
DITELAN MABUK DIBUANG SAYANG

RON:
BENANG BERABUK MENGIMBANG BAYANG
TERKEJANG SEURAT TERKENA DURI
DITELAN MABUK DIBUANG SAYANG
SEPANJANG HAYAT MERANALAH DIRI

KON:
BIRI-BIRI CARI MAKANAN
TABUNG GARAM BERBULUH LURUS
KEMUDI KE KIRI HALUAN KE KANAN
PERAHU KARAM DILANDA ARUS

RON:
TABUNG GARAM BERBULUH LURUS
GALAH BELAHAN DIBUAT TAMBATAN
PERAHU KARAM DILANDA ARUS
CARILAH DAHAN BUAT PAUTAN

KON:
POKOK RENGKAM BERDURI RAPAT
BILAH BULUH DIBUAT LUKAH
JIKA MENIKAM BIARKLAH TEPAT
SEBELUM MUSUH MENGILAS LANGKAH

RON:
BILAH BULUH DIBUAT LUKAH
KELAH SEHASTA MEMBUNUH PELAGA
SEBELUM MUSUH MENGILAS LANGKAH
HUNUSLAH SENJATA PENUH SIAGA

KON:
TANAH DIBAJAK SEBELUM DIBAJA
MENANAM JATI TEPI PERENGGAN
WALAU DIAJAK DUDUK SEMEJA
BUKAN BERERTI MAKAN SEPINGGAN

RON:
MENANAM JATI TEPI PERENGGAN
SAUH KELULI KENDUR BERPINTAL
BUKAN BERERTI MAKAN SEPINGGAN
JAUH SEKALI TIDUR SEBANTAL

Sakam takzim
Ruhanie Ahmad

kudakepang said...

Saudara, ini satu lagi pantun kita bersama. Salam takzim. Ron

KON:

BUAH NANGKA DARI PERAK,
DIISI SARAT RAGA BERKARAT;
BIBIR DIBUKA LIDAH BERGERAK,
LAIN TERSURAT LAIN TERSIRAT.

RON:

DIISI SARAT RAGA BERKARAT
TERKENA TEMPUA RENDAH TERBANG
LAIN TERSURAT LAIN TERSIRAT
KERANA SEMUA LIDAH BERCABANG

Suhaimi Said said...

Ron dan Man, dan Yasleh sekali,

Aku tak pandai berpantun, tak pandai berpuisi, yang aku tau bahasa straight forward:

Bila lagi nak join gerakan Reformasi!

Utoh Kiwa said...

PAS sudah mengambil keputusan untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak bekerjasama dengan UMNO.

Buat masa ini, ini barangkali tindakan yang betul.

Tapi bagaimana untuk jangka masa panjang? Saya pun tidak pasti. Tapi tindakkah ada kemungkinannya tindakan PAS itu boleh merugikan kepentingan Melayu dan Islam?

Mat Komando said...

Salam pada semua muslim,

Uwahhh......,

Macam ni baru best.....

Kita lawan dengan cara lawan.
Wangi busuk itu bauan.
Pantun dan bahasa jadik tumpuan.
Baru kena cara berkawan.

Haha.....
Sya memang tak tau berpantun....,
Apatah lagi berpuisi.....

Tapi saya ada santun....,
Sebab tu tak berani meninggi diri.

Haha...,
Tahniah tuan empunya blog,
Tahniah jugak komen mengiringi,

Suara hati mengisi blog,
Ikut selaput label yang diingini.

Haha....,
Kuda Kepang,
Cucu tok Kedu,

Lawan jangan menyimpang,
Nanti tak restu.

Haha....,
Hamba sengaja duduk menyakpok,
Tak ada niat nak memburuk,

Terselak blog nun kat ceruk,
Jeling komen naik kemarok.

Haha......
Teror gak hambo berpanton erkk..
tetibe datang minat plak.

Tapi jgn salah anggap....
Tak dok niat nak memburuk.....
Cuma nak mintak izin....
Nak copy pastu paste kat blog ambo..
Arap restu lee....

hehe.

CUCU TOK KEDU said...

Sdr Mat komando ...

Usahklan nak copy, nak minum tea bersama pun boleh! Dipersilakanlah sahabat kon (saya cakap orang Pahang).

CUCU TOK KEDU