TANAH DIBAJAK SEBELUM DIBAJA,
MENANAM JATI TEPI PERENGGAN;
WALAU DIAJAK DUDUK SEMEJA,
BUKAN BERERTI MAKAN SEPINGGAN.
Itulah pantun kon hari ini ...
BERITA pertemuan pimpinan PAS /UMNO bukan berita besar nasional. Ianya dibesar-besarkan oleh Presiden UMNO melalui media arus perdana milik / kongkongan kerajaan BN.
Taktik kotor ini hanyalah untuk seketika sahaja. Ada beberapa sebabnya:
1) Kenyakinan rakyat dengan pentadbiran PAKATAN RAKYAT di 4 negeri baru ditawan selepas PRU 12 melewati 100 hari. Cabaran yang amat berat dilalui oleh pemimpin PR. Namun Kelantan yang telah mantap dibawah PAS sejak 1990 memberikan sedikit sumber ilham gerak tadbir yang berwibawa kepada pemimpin PR terutama Menteri Besar / Ketua Menteri.
Pemimpin BN khususnya UMNO amat gah sebelum dan semasa PRU 12 dengan mengatakan rakyat menolak PAKATAN RAKYAT dan menyapu Kelantan dari PAS. Mereka terus mencabar selepas tersandar bahawa Kerajaan PAKATAN RAKYAT tidak akan boleh bertahan 90 hari!
Ianya adalah cakap kosong pimpinan UMNO/BN yang bolehlah dianggap sebagai 'gila talak' untuk menyedapkan perasaan diri dan kroni yang sudah banyak melabur untuk BN. Kian lama pemimpin UMNO/BN bolehlah dikatakan banyak membohongi rakyat dengan 'janji tinggal janji' tetapi di PRU 12 rakyat di beberapa negeri maju pula membohongi UMNO/BN dan ini termasuk ahli-ahli BN sendiri.
Resah gelisah pimpinan UMNO/BN hanya akan terubat bila mana ada sedikit ruang yang diberikan oleh PAS untuk bertemu dengan mereka. Dengan pertemuan ini sekurang-kurangnya mereka tidak merepek bercakap seorang sahaja. Bertepok tidak sebelah tangan! Bolehlah mereka war-warkan kepada rakyat melalui media mereka bahawa UMNO/PAS ada persefahaman untuk kepentingan Melayu dan Islam!
Mereka tidak mempeduli apa pun pandangan dari ahli-ahli PAS atau UMNO. Pemimpin UMNO menganggap ahli-ahli UMNO dan PAS berkepimpinan dengan prinsip 'dengar dan patuh'.
Yang mereka tunggu ialah komen-komen nagetif pertemuan PAS/UMNO itu dari pimpinan PKR dan DAP. Jika ini berlaku maka dalang-dalang yang selama ini berusaha memulihkan kewibawaan UMNO menggunakan beberapa NGO mengadakan seminar dan kongres untuk merumuskan Perpaduan dan permuafakatan Melayu yang gagal diterima oleh rakyat, akan menggerakkan agenda baru UMNO/BN untuk memecahkan usahasama PAKATAN RAKYAT melalui media massa mereka.
Bagaimana pun usaha mereka ke penghujungnya bolehlah dianggap gagal bila mana pimpinan-pimpinan PAKATAN RAKYAT yang telah masak dengan taktik kotor pimpinan UMNO/BN tidak melatah sebagaimana yang diharap-harapkan oleh pimpinan UMNO!
2) Pemimpin UMNO bagaikan termimpi-mimpi untuk meninggalkan Putrajaya yang akan dihuni oleh PAKATAN RAKYAT dengan sokongan beberapa ahli parlimen BN terserta sama ahli-ahli parlimen UMNO untuk melaksanakan penubuhan sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan untuk semua rakyat!
Dengan wujudnya pertemuan pemimpin UMNO/PAS yang dihebuh-hebuhkan oleh pimpinan UMNO dan media massa mereka dapatlah moga-moga mereka yang nak melompat ke tapak berjuang sebenarnya untuk rakyat akan berfikir dua kali dan seterusnya lompat tak jadi! Maka selamatlah UMNO/BN dengan pimpinannya masih lagi bersikap angkuh, tamak, korup dan mementingkan kroni mereka!
3) Pemilihan kepimpinan UMNO dari perengkat cawangan hingga pusat akan bermula hingga ke Disember 2008. Pemimpin tertinggi UMNO amat bimbang kerana senario politik yang tidak menentu dalam UMNO itu akan merosakkan parti. Mereka yang kalah akan merajok dan melompat ke parti-parti PAKATAN RAKYAT.
Jika ini berlaku maka selepas Disember 2008, pejabat UMNO akan menyimpan senarai nama yang berjuta termasuk yang mati atau pun yang sudah melompat parti. UMNO menyimpan nama tetapi ampunya nama sedang berjuang menentang UMNO.
Oleh itu menghebuhkan pertemuan PAS/UMNO bolehlah menghalang sedikit penghijrahan ahli-ahli UMNO ke PAKATAN RAKYAT walaupun sekarang ini penghijrahan itu sedang berlaku hari-hari!
Salahkah pertemuan pemimpin PAS/UMNO? Sebenarnya tidak salah! Bolehkah pertemuan pemimpin UMNO/PAS dilakukan? Sebenarnya boleh dilakukan? Bilakah masanya pemimpin UMNO/PAS boleh bertemu? Sebenarnya bila-bila masa boleh!
Sedangkan manusia dengan binatang kerap bertemu. Inikan pulak manusia dengan manusia! Apa yang diperbincangkan dalam pertemuan itu haruslah ianya tidak merugikan rakyat! Kerana pemimpin politik yang jujur bukan berjuang untuk diri sendiri atau kroni! Mereka berjuang untuk kesejahteraan semua rakyat negara ini! Adil dan berkebajikan!
Semua percaya bahawa pemimpin PAS tampil dengan prinsip untuk rakyat! Tapi adakah rakyat boleh menaruh sedikit tanggapan bahawa pemimpin UMNO tampil untuk rakyat? Inilah yang rakyat sedang fikirkan! Sejarah pemimpin UMNO terkini tidak menampakkan berjuang untuk rakyat keseluruhannya! Pemimpin UMNO menegakkan prinsip si kaya bertambah kaya - si miskin papa kedana!
Adakah setelah usaha memperbesarkan pertemuan PAS/UMNO bagi meruntuhkan PAKATAN RAKYAT gagal maka akan wujud pula pertemuan UMNO/PKR atau UMNO/DAP? Persoalan ini diutarakan kerana pemimpin UMNO bukan memegang prinsip parti tetapi memegang prinsip diri sendiri untuk mempertahankan pangkat, kuasa dan harta disamping melindungi kerja korup mereka dan kroni-kroninya! Rakyat tahu pemimpin UMNO tidak jujur untuk rakyat!
Terkini beberapa komen dari pemimpin PAS dan DAP serta PKR sudah jelas bahawa keutuhan PAKATAN RAKYAT tidak lagi tergugat! Malahan ianya lebih menyatukan usaha untuk membuktikan PAKATAN RAKYAT mampu menggantikan Barisan Nasional memerintah negara ini secara adil dan berkebajikan!
CUCU: Selalu makan setalam dengan rakan UMNO di kenduri kampung. Tapi pernah hentak meja kedai kopi kalau cakap fitnah terhadap pimpinan PR!

ANWAR IBRAHIM
Lelaki pejuang ini tidak akan rebah! Dianya bangun dari susah payah! Untuk keadilan dan kebajikan semua rakyat! Dia membentuk suatu negara bangsa yang berani berdepan dengan angkara seribu masalah dan fitnah!
Langkah yang jujur - Tidak akan rebah terbujur - Oleh fitnah yang dihembur - Dari musuh yang hampir berkubur.
ARUS PERJUANGAN RAKYAT SEMAKIN MEMBUAK MEMECAHKAN BENTENG KEZALIMAN BN.

1 comment:
Ada orang dah tunggu terlalu lama nak perintah Negara, ada orang dah tunggu terlalu lama nak jadi Menteri, ada orang dah tunggu terlalu lama nak menjadi pemimpin nombor satu.
Ada orang dah lupa dilanyak penabur kafir-mengkafir, ada orang dah lupa royalti minyak telah ditarik, ada orang dah lupa ratusan juta digunakan untuk ambil-alih Kelantan, ada orang dah lupa anak-buahnya mati di Lubok Merbau, ada orang dah lupa pengorbanan Ibrahim Libya, ada orang dah lupa anakbuahnya diISAkan.
Ada orang seronok tengok cahaya bandar, ada orang seronok memandu kereta mewah, ada orang seronok tinggal di bungalow besar, ada orang seronok ada supir, ada orang seronok ada tukang kebun, ada orang seronok dengan kuasa, ada orang seronok dengan gaji besar, ada orang dah tak mahu ingat pengorbanan rakyat jelata!
Biarkan..biarkan, tapi mereka tidak akan terjun dengan labu-labunya kerana labu-labu itu untuk rakyat!
Post a Comment