KULIT REPIS PENJALIN LUKAH,
LUKAH BUJUR BERUMPAN KERAK;
SISIP KERIS MENYUSUN LANGKAH,
HARIMAU TIDUR JANGAN DIGERAK !
Begitulah pantun kon untuk direnung bersama ...
BILA Pak Lah memberikan tempuh 2 tahun kepada Najib untuk melakukan peralihan kuasa walaupun kuasa itu adalah hak ahli-ahli dan perwakilan yang akan menentukannya, namun Pak Lah dapatlah meredakan selama 2 tahun para penyokong Najib dari mengasak bertubi-tubi untuk melonjakkan Najib ke kerusi No1 UMNO dan juga secara tidak langsung menduduki kerusi Perdana Menteri.
Selama ini berbagai pandangan dan pendapat yang dicurahkan. Tidak kurang juga berbagai ayat yang disusun untuk mencepatkan Pak Lah meninggalkan kerusi-kerusi tersebut. Pak Lah buat diam saja!
Dalam diam-diam Pak Lah sampai bosan Dr. Mahathir lalu keluar dari UMNO. Pak Lah diam lagi tapi nampaknya suara semakin banyak dan lantang menyuruh dia berhenti. Pak Lah tentu tertanya-tanya agaknya? Siapa yang ganti dia kalau beriya sangat nak suruh dia berundur?
Masa itu semua diam! Najib diam! Mahyuddin diam! Shahril pun diam. Mat Taib lagilah diam! Tiba-tiba anak Raja dari Tanah Rendah Sekebun Bunga (Ku Li) bersuara dan mula menawarkan diri untuk ke kerusi No 1 UMNO.
Ku Li tidak membimbangkan Pak Lah. Zamannya telah berlalu! Taringnya telah tumpul! Tapi belangnya masih berkilat kerana tukang gosoknya banyak sangat.
Pak Lah pun menabur umpan di air tenang untuk melihat jika ada tangkapan. Pak Lah lalu mengatakan bahawa Najib adalah penggantinya yang sesuai dan pilihannya! sebaik umpan kata itu dihemburkan lalu lepak lepok tangkapan berbunyi mengocakkan air, mengeruhkan lubuk.
Suara-suara lembut dan lantang lantas berbunyi untuk Pak Lah cepat-cepat turun dan serahkan segera kerusi No 1 UMNO dan kerusi PM pada Najib! Kalau bolehlah semalam Pak Lah cakap hari ini Pak Lah turun, esok Pak Lah entah ke mana. Mungkin sama mengikut jejak Dr.Mahathir!
Agaknya barulah Pak Lah tahu betul bahawa orang yang beriya nak tempatnya ialah orang yang berada betul-betul di bawahnya, bukan orang dari Gua Musang Tanah Rendah Sekebun Bunga!
Mungkin pada Pak Lah hajat Ku Li hanyalah acah-acah saja. Kerana itu dia diam saja.
Hari demi hari nampaknya bukan saja Pak Lah tak lena tidur oleh berbagai saranan dari satu kumpulan UMNO yang berimpikan Najib menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia, mungkin nak buat kerja pun terganggu!
Keghairahan penyokong Najib menyuruh Pak Lah turun kerusi ketara bila begitu banyak perkara kelemahan dan perpecahan serta penghijrahan ahli UMNO ke PAS dan PKR dibebankan kepada sikap Pak Lah kononnya! Bukan dipikul bersama oleh para pemimpin UMNO yang turut sama melombong untung!
Malahan kekalahan UMNO/BN pada PRU 12 juga dibebankan kepada Pak Lah. Orang ramai terutamanya pemimpin UMNO cawangan dan bahagian terlupa kepada peranan Njib selaku Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di PRU 12. Mereka sama-sama tolong mencuci tangan Najib dan membebankan kekalahan itu pada kelemahan Pak Lah!
Ini semua tak kan Pak Lah tak boleh baca! Tentulah Pak Lah juga ada caranya. Lantas itu Pak Lah dilenakan dengan sokongan dari negeri-negeri untuk mengekalkan jawatannya. Najib tetap No 2. Walaupun cara itu tak sepatutnya berlaku kerana cadangan mestilah bermula dari cawangan ke bahagian ke pusat. Kini tiba-tiba negeri mengambil alih buat pengumuman tersebut. Ianya bagaikan satu keputusan!
Di mana hak ahli-ahli UMNO untuk memilih pemimpin? terpinga-pinga sajalah! Rupanya sokongan itu juga tidak boleh melenakan Pak Lah! Lagi banyak suara protes yang diterimanya merujuk pula kepada perlembagaan parti! Hal ini juga dibebankan juga pada Pak Lah! Kononnya Pak Lah gila kuasa sangat!
Dalam kegawatan politik Umno itu. Pak Lah mengambil satu lagi jalan yang paling hebat dan berani! Pak Lah beri tempuh 2 tahun pada Najib untuk mengambil tempatnya! Ramailah yang bersorak! Tapi tahukah yang ramai bersorak itu ialah penyokong Pak Lah!
Penyokong Najib terpinga-pinga! Mungkin Najib tidaklah begitu! Dalam sibuk desak nak cepat membuat peralihan kuasa! Tiba-tiba kena berpantang 2 tahun dengan kata-kata Hang Tuah: Pantang Melayu menderhaka!
Mereka tahu bahawa tempuh 2 tahun bukan masa pendek untuk berpantang! Ini bukan 2 jam. Sedangkan 2 hari atau 2 minggu macam-macam boleh berlaku! tambahan pulak 2 bulan dan 2 tahun! Ambooiii lagilah sedapnya menyusun berbagai usaha untuk suatu matlamat yang tidak ada siapa yang tahu!
Selama ini semua orang tahu Pak Lah kaki tidur! Tapi bila dia benar-benar jaga! Dia boleh melompat, melipat dan bertindak sehingga musuhnya kaku tersungkur!
Benarlah kata orang tua-tua: Harimau tidur jangan digerak! Maka akibatnya mulai difikirkan oleh penyokong Najib! Sementara Penyokong Pak Lah sedang merancang sesuatu siapa tahu?
Kerana itu ahli-ahli UMNO mula merapati PAS dan PKR agar mereka tidak diterkam mudah dan dimamah oleh harimau yang telah bangun dari tidurnya!
CUCU: Dalam bacaan politik 2 X 1 bukan mestinya 2 ... mungkin 1, mungkin 3, mungkin ... mungkin ...

3 comments:
Salam,
Abdullah Badawi hanya membeli masa (buying time) 2 tahun demi mengukuhkan kedudukan politik anak menantunya - Khairy.
Hampir tidak ada pemimpin Melayu yang mahu turun dari jawatannya dengan mudah. Abdullah tentu tidak terkecuali. Najib pun nampaknya faham. Jadi kalau Abdullah hanya mahu turun dua tahun lagi, Najib mesti sabar menunggu. Itulah politik Melayu.
Kalau Najib tidak sabar, dia dan orang lain juga, boleh cabar Abdullah dalam pemilihan bulan Disember ini. Tapi saya tidak yakin mereka akan menang.
Politik Melayu, sedikit sebanyak, masih dipengaruhi oleh fahaman feudal yang menghendaki pengikut sentiasa setia kepada pemimpin utama.
Sebagai seorang keturunan bangsawan dan berasal dari keluarga feudal, saya kira Najib faham perkara ini. Dan itulah yang mempengaruhi cara Naijb berpolitik selama ini.
Mana pergi demokrasi dalam UMNO? Kenapa takut untuk bertanding kalau rasa diri kita betul-betul bagus?
Post a Comment