Saturday, December 13, 2008

RAKYAT TIDAK LAGI SABAR - Ucapan Selamat Tinggal Umno/Bn Di Sana Sini

Assalamualaikum ...

DARI TAMPIN TUJU KE BENTUNG.
SINGGAH SELANDAR MEMILIH LALUAN;
BILA PEMIMPIN MELABA UNTUNG,
RAKYAT SEDAR MENGALIH HALUAN.

Itulah pantun kon kali ini ....

AGAK sudah lama rakyat terutamanya para pengundi menyedari kegagalan Kerajaan BN terutamnya pemimpin Umno untuk membangunkan taraf kehidupan rakyat bawahan kecuali beberapa kerat yang menjadi kroni mereka sahaja.

Namun rakyat masih bersabar dan terus bersama di setiap Pilihanraya Umum dengan harapan akan berlaku perubahan dimana begitu hebat dicanangkan oleh pemimpin Umno/Bn dalam setiap kali memancing undi dari pengundi terutamanya orang Melayu di kampung-kampung dan di rancangan-rancangan Felda!

Musim itulah berbagai bantuan dihulurkan terutamanya semasa Pilihanraya Kecil. Di masa itulah janji ditaburkan! Di masa itulah berbagai tohmahan dilemparkan pada parti-parti pembangkang.

Ada rakyat yang sedar dan bertindak bukan sahaja tidak mengundi BN tetapi keluar dari parti-parti kompenan BN menyertai parti-parti pembangkang. Ada juga yang terus menjadi ahli parti-parti kompenan BN tetapi mengundi parti-parti pembangkang.

Lama-lama retak menjadi rekah dan terbelah! Pilhanraya Umum ke 12 Mac 2008 lalu adalah tanda besar bermulanya keruntuhan Kerajaan BN. Rakyat sudah tidak sabar dengan kerenah Kerajaan BN yang semakin galak membuli rakyat.

Turunnya harga getah dan sawit yang begitu teruk walaupun dinaikkan beberapa bulan menjelang pilihanraya dan selepas pilihanraya. Harga barang yang melambung naik atas alasan Kerajaan BN bahawa berpunca dengan kenaikan harga minyak dunia tetapi bila harga minyak dunia turun mendadak, harga barang keperluan utama rakyat masih kekal diparas tinggi!

Pemimpin Umno/BN mencari berbagai dalih dan saranan agar rakyat dapat memberikan keyakinan kepada mereka. Rakyat disaran berjimat cermat sedang mereka terus bermewah dan melaksanakan pembaziran dan tidak menguntungkan rakyat bawahan yang derita dengan tekanan ekonomi kini.

Maka di sana sini mula kelihatan bagai kulat tahun cambah di musin hujan protes rakyat terutamanya ahli-ahli parti-parti BN. Mereka bukan saja meninggalkan parti-parti BN terutamnya Umno, malahan mereka sudah mula menumbuhkan cawangan-cawangan parti PAKATAN RAKYAT seperti PAS, PKR dan DAP.

Mengelabahnya pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno lalu mereka berusaha untuk memecah belahkan PAKATAN RAKYAT. Berbagai usaha dilakukan. Ada rundingan, ada selaran, ada fitnah, ada ampu-ampu dengan beberapa parti PAKATAN RAKYAT.

Kalau dulu-dulunya pemimpin Umno di semua perengkat begitu fobia dengan PAS, kini mereka mula berjinak-jinak dengan PAS dan menyelar PKR dan DAP. Mereka menganggap PKR dan DAP sebagai penghianat negara. Ini semua bertujuan untuk melumpuhkan PAKATAN RAKYAT.

Usaha mereka lakukan ini hanyalah untuk mengaburi mata para ahli mereka disamping mereka mahu kekal berkuasa dan kekal mengaut keuntungan dari sokongan rakyat, Mereka mahu keutuhan PAKATAN RAKYAT pecah dan mereka akan menanggok di air keruh.

Namun penungguan untuk air itu keruh tidak berlaku, malahan air yang mengalir dari kesedaran rakyat itu bertambah jernih walaupun dikocak oleh buaya-buaya yang tidak senang dengan kejernihan air tersebut kerana si buaya-buaya binatang busuk dan jahat ini akan kelihatan arah mana hendak menyembar harta rakyat di tebing!

Rakyat yang terkapar-kapar dengan impian hidup di negara yang melaongkan demokrasi ini ada masanya diugut supaya tidak menentang Umno/BN. Berbagai agensi kerajaan digunakan untuk mengugut dan juga mengumpan bagi kemantapan kembali Umno/BN.

Sebenarnya rakyat semakin faham dan cerdik! Kesabaran selama ini hanya dalam penungguan dan hidup tenggelam timbul dengan subsidi dinikmati mereka yang tertentu saja membuatkan mereka bangun untuk mengucapkan selamat tinggal Umno/BN.

Anak-anak muda mula terasa kecuaian sengaja dan tak sengaja dilakukan oleh pemimpin Umno/BN terhadap mereka yang berkelulusan tinggi terkial-kial mencari pekerjaan dengan hutang pinjaman yang menunggu untuk dituntut bayar, kini mereka memulakan langkah yang membimbangkan pemimpin Umno/BN.

Kenapa pemimpin Umno/Bn amat gelisah dengan keadaan yang berlaku kini? Adakah mereka akan tewas dan kehilangan kuasa? Adakah mereka bimbang mereka tidak akan dapat semewah yang mereka kecapi sekarang ini? Adakah mereka amat takut kroni-kroni mereka juga akan turut lingkup?

Rakyat kini sedang melihat dengan teliti usaha yang dilakukan oleh pemimpin parti-parti PAKATAN RAKYAT untuk rakyat mengecapi kehidupan yang sejahtera, aman, adil dan berkebajikan! Sokongan mereka mula diberikan kepada PAKATAN RAKYAT sebagai pilihan menggantikan Umno/BN!

CUCU: Menunggu tumbangnya sebuah kerajaan yang angkuh ....







1 comment:

Seladang said...

Politik wang tu sebenarnya rasuahlah! Hulur duit untuk dapat undi! Tak rasuah ke?

Perwakilan cawangan dan bahagian dapat duit. Berapa banyak jangan kira. Tapi ahli biasa dapat apa?

Dapat dibodohkan oleh pemimpin Umno!