Wednesday, December 10, 2008

KUALA TERENGGANU PANAS! - Taktik Jahat Umno/Bn Bermula ....

Assalamualaikum ...

PAK MAIL MENGETAM PAPAN,
PAHAT JATUH ATAS ATAP;
MATA KAIL BERCANGKOK UMPAN,
BILA DISENTUH MANGSA DIRENTAP!

Itulah pantun kon hari ini ....

NAMPAKNYA Pemimpin Umno/Bn sudah mula mengeluarkan kenyataan nakal untuk mengusik geraklaku di Piliharnya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Sudah ada pemimpin Umno Terengganu menyatakan bahawa akan berlaku pergaduhan di Pilihanraya Kecil Parlimen Terengganu dengan membuat andaian dimana orang-orang PAS akan menghentam sama sendiri kemudian menuduh orang Umno/Bn yang membuat angkar!

Andaian ini jika diterbalikkan bagaimana? Lazimnya di beberapa Pilihanraya Kecil yang selalu membuat angkara ialah para petugas Umno yang memang bertugas membuat gangguan kemudian bertindak 'baling batu sembunyi tangan!'

Kekacauan yang merosakkan demokrasi di negara ini kerap berpunca dari tindakan Umno/Bn. Antara contoh yang boleh diingati lagi ialah semasaa Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap, Kedah di tahun 80an dulu! Apa yang berlaku di Felda Lubok Merbau masih teringat lagi oleh semua orang samada PAS atau Umno! Sebaik sahaja Najib Razak meninggalkan tempat ceramah di Felda tersebut maka berlakulah pergaduhan antara PAS dengan Umno yang mengakibatkan seorang PAS meninggal dunia akibat pergaduhan tersebut!

Sebelum trajedi itu memang petugas PAS sentiasa diganggu! Tetapi petugas PAS sentiasa mengalah. Pengundi mula menghurmati cara PAS. Akhirnya petugas PAS diperlakukan lebih kasar lagi dan Felda Lubok Merbau dipagari dan diawasi hingga ke hari pengundian oleh pasukan polis. Yang terkepung ialah mereka di dalam markas PAS.

Kini diandaikan lagi Kuala Terengganu Panas! Demikian Syed Hamid selaku Menteri Dalam Negeri memberikan pendapatnya. Alasannya kerana orang luar ramai bertumpu ke Parlimen rebutan itu! Apakah akan ada syarat dari SPR tidak mengizinkan mereka yang beralamat selain alamat Kuala Terengganu memasukki Parlimen Kuala Terengganu dalam masa Pilihanraya Kecil nanti?

Kalau begitu bukan sahaja ahli PAS dan PAKATAN RAKYAT tidak boleh menjejak kaki ke Parlimen Kuala Terengganu, ahli Umno/Bn juga tidak boleh menjejakkan kaki ke situ termasuklah juga Pak Lah, Najib, malahan Syed Hamid sendiri! Kecuali alamat mereka beralamatkan di Parlimen Kuala Terengganu.

Kalau tidak kenapa diandaikan panas? Oh ya! Ini pancingan dari Menteri Dalam Negeri! Kalau panas tentulah datang dari api yang kecil menjadi marak! Adakah Syed Hamid mahu memadamkan api kecil itu dengan menghantar seberapa ramai anggota polis berpakaian seragam dan pakaian biasa bertugas di sana?

Jika polis sudah ramai ke Parlimen Kuala Terengganu, pasti kerja petugas Umno/Bn senang sedikit! Maklumlah nak upah kerja bukan mudah dalam keadaan ekonomi tengah meruncing ini. Oleh itu mereka yang boleh dikerah akan dipergunakan untuk mempastikan kemenangan Bn di Parlimen Kuala Terengganu!

Pengundi di Parlimen Kuala Terengganu bagaikan mahu ditakut-takutkan! Tetapi rata-rata mereka faham! Rakyat sedang menuju Perubahan Baru! Perubahan itu pada awalnya ialah menyekat keangkuhan Umno/Bn selama ini. Kemenangan Parti Keadilan Rakyat mewakili PAKATAN RAKYAT telah mampu menumpulkan taring keangkuhan Umno/Bn di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Semangatnya akan menjalar ke Pantai Timur dengan PAS mencabar keangkuhan Umno/Bn.

Pengundi Parlimen Kuala Terengganu mampu membuktikan bahawa Umno/Bn tidaklah gagah untuk mengeliru dan membohongi rakyat! Belang keberanian pengundi Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi mata rantai untuk membelengu ketidak adil pentadbiran Umno/Bn yang mana pemimpinnya tidak mempedulikan kesusahan rakyat dengan harga barang melambung sedangkan pendapatan amat berkurangan!

CUCU: Tunggu serangan media perdana terhadap PAKATAN RAKYAT!

5 comments:

Anonymous said...

Ini pulak pantun kon,

Mata Kail Bercangkok Umpan,
Bila Disentuh mangsa direntap,
Sorong papan tarik papan,
Lama-lama kena cekup mata gelap!

Sorong papan tarik papan,
Lama-lama kena cekup mata gelap,
Adat berblog biarlah sopan,
Nanti orang kata awak kaki songlap!

Adat berblog biarlah sopan,
Nanti orang kata awak kaki songlap,
Kalau awak asyik dok kutuk barisan,
Apa hal pulak peminpin awak yang gagap?

Kalau awak asyik dok kutuk barisan,
Apa hal pulak pemimpin awak yang gagap,
Kalau adat tak kenal warisan,
Nasi dimakan rasa getah sekerap!

Kalau adat tak kenal warisan,
Nasi dimakan rasa getah sekerap,
Kalau bukanlah kerana perikatan,
Sudah pasti Melayu masih duduk dalam gelap!

Awok jawab lah dulu, nanti kon tambah pulak!

Hamirdin b Ithnin said...

Kalau bukan kerana Allah, matahari pun kau tak kenal

Anonymous said...

Hamirdin Ithnin seorang professor,
Ditambah pulak gelaran doktor,
Kalau lah tidak faham bahasa ditutur,
Tak usahlah masuk campur!

Kalau bukan kerana Allah,
Matahari pun kau tak kenal,
Apalah bodoh apalah gelisah,
Kekuasaan Allah siapa yang soal?

Seladang said...

Pantun anak Jati pahang tak ada mutu bahasa pantunnya! Malas aku nak sampok sama. Pantun org membodek macam tulah! Ambil tulis aja!

Panas! Panas! Panas! Bukan Kuala Terengganu saja panas, blog Cucu Tok Kedu ni pun akan panas kalau dah diugut oleh anak jati pahang untuk ditangkap mata gelap.

Inilah dia demokrasi BN. Rasa tergugat guna mata gelap - SBlah tu! Guna ISA!

Seladang said...

cucu tok kedu....!
kenapa tidak menulis hari-hari derngan isu agak panas