Sunday, December 7, 2008

APA CERITA GETAH DENGAN SAWIT - Rakyat Resah ! Harga Menjunam ! Umno/Bn Diam

Assalamualaikum ...

DARI MENTAKAB MENUJU ROMPIN,
MENCARI BUNGA TUMBUH MELATA;
PEMIMPIN BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN,
RAKYAT TERPINGA MENGUBAT DERITA.

Itulah pantun kon kali ini ....

TAK sampai setahun berlalu, 129 ahli Parlimen BN telah mengundi usul menyokong kerajaan menaikkan harga minyak dan barang. Sementara 78 ahli Parlimen PAKATAN RAKYAT membangkang. Maka keputusannya BN menang! Menang diatas penderitaan rakyat! Walaupun BN melaongkan slogan Tradisi Membela Rakyat!

Dengan 129 undi itu maka pemimpin kerajaan menyatakan, rakyat bersetuju dengan kenaikkan harga minyak dan harga barang! Maka kenaikkan harga minyak petrol/diesel yang mendadak menbuatkan rakyat mula hingar-bingar!

Lalu harga getah dan sawit dinaikkan mendadak saehingga ke angka bagi sawit RM 800.00 setan dan getah RM 4.70 sekilo.

Rakyat mula terlupa dengan ketinggian harga petrol/diesel dan harga barang keperluan. Rakyat bergelora hidup dengan kemewahan! Pemimpin Umno/Bn menepok dada bahawa merekalah juara memewahkan rakyat!

Rupa-rupanya kenaikan harga getah dan sawit cuma seketika saja. Ianya jatuh menjunam hingga ke paras bagi sawit RM 225.00 setan dan getah Rm 1.25 sekilo. Rakyat terkejut sakan. Pemimpin Umno/Bn yang mendabik dada sebagai pejuangan rakyat sepi sesepi sepinya. Tanpa bicara dan dailog dalam hal kejatuhan mata pencarian besar rakyat itu.

Harga barang keperluan tetap diparas yang tinggi - kerana 129 ahli Parlimen BN menyokong kenaikkan tersebut. Walaupun harga petrol/diesel turun sedikit namun rakyat tetap gelisah dengan harga barang keperluan yang mahal sedangkan harga getah dan sawit menjunam jatuh!

Mana dia 129 ahli Parlimen BN yang berani menyokong menaikkan harga petrol/diesel hingga menjadikan harga barang keperluan melambung tinggi dalam kegelisahan rakyat ini?

Mengapa 129 ahli Parlimen BN yang bangga dengan slogan Tradisi Membela Rakyat itu tidak membuat usul mendesak kerajaan menaikkan harga getah dan sawit dan menurunkan harga barang keperluan?

Jawapannya pemimpin-pemimpin Umno/Bn hanya cakap mengikut telunjuk golongan yang memberi kepentingan kepada mereka sahaja walaupun golongan itu kecil berbanding dengan rakyat yang ramai. Kerana itulah rakyat walaupun diam tetapi mereka kini telah mula sedar antara Umno/BN dengan parti-parti PAKATAN RAKYAT!

Pemimpin Umno/Bn hanya cakap tak serupa bikin. Tradisi Membela Rakyat hanya slogan kosong yang melenakan rakyat dalam mimpi sedangkan realitinya pemimpin-pemimpin Umno/Bn mengaut untung bertimbun membena kehidupan yang mewah bersama kroni mereka!

Bagi pemnimpin Umno/Bn, lantaklah rakyat nak jadi apa tapi bila menjelang pilihanraya nanti rakyat akan didampingi dengan huluran rasuah yang dinamakan subsidi/hadiah sebagai memancing undi menggunakan wang negara hasil titik peluh rakyat yang menderita!

CUCU: Cari getah jelutung untuk getah burung mandi!

No comments: