Wednesday, May 14, 2008

BILA ORANG SOMBONG ANGKUH DIBERI KUASA

Assalamualaikum ...


AYAM DENAK MEMBUAT SARANG,
DI PANGKAL DEDAP TEPI PAYA;
KALAU HENDAK DI HORMATI ORANG,
BILA BERCAKAP KENA TEMPATNYA.

Ini saja pantun kon (aku) hari ini ...

RASA nak meloya bila dapat tahu telatah menantu Pak Lah bercakap macam guru kemas. Adakah dia tahu bahawa dia bercakap dalam parlimen bukan di pasar sayur Rembau! Tunjukkanlah sikit bahawa awak tu seorang Ahli Parlimen yang bercakap dalam parlimen. Janganlah fikirkan awak tu menantu Pak Lah (Perdana Menteri Malaysia).

Seorang ahli parlimen yang berwibawa dia akan bercakap tentang kepentingan negara, tentang kepentingan rakyat! Dia bercakap atau berbahas menjurus kepada umum. Bukan menyelar seseorang yang tidak ada dalam dewan yang mulia itu. Dia tidak payah nak sebut parti itu atau parti ini. Yang pentingnya Pilihanraya Umum telah meletakkan sesiapa saja yang menang walaupun satu undi sebagai Wakil Rakyat yang bergelar Yang Berhormat.

Kena jagalah diri yang bergelar Yang Berhormat itu. Jangan sampai kerana cakap dan hujah nak menunjukkan kesombongan sebagai Yang Berhormat. Kenapa kepetahan bercakap dan keangkuhan itu tidak digunakan untuk membahaskan tentang ekonomi negara yang runcing, sosial budaya negara yang bercelaru tidak bermoral, sistem pelajaran yang melahirkan mahasiswa tak berkerja! Rasuah di kalangan atasan! Penyelewengan pemimpin! Mengagihkan peruntukan dan tender hanya pada kroni! Macam-macamlah kalau nak dibangkitkan di negara yang semakin bercelaru pentadbirannya ini.

Atau rasa takut nak menyentuh soal tersebut kerana akan memjentik batang hidung sendiri? Kerana itu selar orang tak ada dalam dewan! Gelarkan yang bukan-bukan bagi sesesuah parti adalah kerja sia-sia bagi seorang Yang Berhormat ahli parlimen yang diamanahkan oleh rakyat.
Sebab bukan seorang saja yang pandai menggelarkan nama-nama baru ni, melambak lagi tetapi mereka tu menunggu sahaja, kalau diusik kenalah! Tentu dah kenakan?

Diingatkan! Kalau takut terpaan orang, jangan berani ke tengah gelanggang! Cukuplah duduk di belakang bapa mentua!


CUCU: Berani bertanya berani menjawab! Berani bercakap berani mendengar!

2 comments:

Suhaimi Said said...

Man, tak tulis lagi ke? Harap tulis, banyakkan lagi cerita-cerita perjuangan. Masalah Orang Asli, tak banyak pihak nak perjuangkan. KITALAH perjuangkan mereka.

Man, tengok Suarakeadilan.com, http://republikkata.blogspot.com, tengok web AIC, tengok Anwar Ibrahim.blogspot.com, tengok web-web perjuangan.

Teruskan menulis kerana dengan menulis akan lebih ramai akan melawat blog kita dan akan sambung-menyambung tulisan kita dari blog ke blog dan complimentary antara satu dengan yang lain.

Kita dah tak bopleh harapkan media kebangsaan. Penipu semuanya. Kita gotongroyonglah sesama kita. Orang ni tulis hal rakyat yang dia tahu dan orang lain tulis hal rakyat yang mereka tahu. OK?

Redhuan D. Oon said...

Salam atas awak Man Kadiak,
Ini teman lama amat rindu tapi dapat lepaskan tadi kerana ternampak wajah awak dalam blog ini.

Alhamdulilah, wa teringat masa dulu-dulu wa ada cuba belajar tulis-tulis dari lu sama imam mu Suhaimi Said. Wa ingat lu cakap sama wa,

"Ini ilmu susah mau ajak... kena luluk lama-lama urut-urut, makan-makan, minum-minum pun tada dapat punya"

Wa ingat wa habis manyak biji durian. Tetapi sudah lama-lama wa tada jumpa, wa sekarang sulah ada tau sikit tulis.. itu sebab wa punya tulisan ala Man Kadiak 20% dan ala Suhaimi Said 30% .. yang balance dari itu Subky Latiff.

Nantilah wa ala lalu Temerloh wa singgah. Wa bawa ikan kita makan.

Wasalam dari cina tada baru tapi lama.