Assalamualaikum ...
1) PEDAHULUAN
2) KUASA MENAHAN
3) KESELAMATAN DALAM NEGERI
4) UNDANG-UNDANG TIDAK BERTEMADDUN
5) LEMBAGA PENASIHAT
6) CADANGAN
1) PENDAHULUAN
AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu perundangan yang diperbuat di bawah Artikal 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin keselamatan dalam Malaysia, tahanan perlindungan, mengelak tindakan subersif dan memerangi keganasan yang dilakukan secara tersusun.
Sejak diwujudkan pada tahun 1960, akta tersebut telah dipinda tidak kurang dari 17 kali dan setiap kali pindaan dibuat operasi undang-undang itu diperluaskan skopnya sehingga mencakupi di bidang-bidang yang lazimnya tertakluk kepada undang-undang Evidence Act dan Criminal Procedure Code dan Penasl Code.
Bagi suatu akta yang bertujuan untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara, adalah menjadi keganjilan yang amat nyata kerana perkataan 'keselamatan' tidak ditakrifkan.
Apabila perkataan yang menjadi inti kepada hasrat akta itu tidak ditakrifkan, maka masalah 'keselamatan' itu telah dijadikan hidangan subjektif yang nyata,. yang boleh dengan mudah diperalatakan oleh pihak politik yang berkuasa.
'Keselamatan Negara' telah dijadikan alasan yang begitu mudah untuk menangkap dan menahan seseorang. Penangkapan dan penahanan itu pula tidak perlu dirojok kepada mahkamah.
Seseorang itu boleh menjadi subersif atau anti nasional semata-mata atas ketetapan Menteri dan boleh pula terlepas daripada subersif atau anti nasional juga atas ketetapan Menteri. Ketetapan itu adalah muktamad.
Peruntukan 'arbitarary' (wenang) seumpama ini bukan sekadar terdapat di Malaysia tetapi di lain-lain negara terutamanya di Dunia Ketiga.
India umpamanya juga mempunyai undang-undang seumpama ini. Tetapi pelaksanaan undang-undang itu di India dilakukan dengan penuh cermat supaya tidak menjejaskan amalan demokrasi yang lohor.
Penahanan secara berterusan tidak berlaku di India kerana sekali-kali undang-undang itu tidak bermaksud untuk menghancurkan perjalanan demokrasi.
Penangkapan dan pehahanan seseorang tanpa memberikan peluang kepadanya membela diri adalah satu perbuatan yang zalim, melanggar asas-asas kemanusiaan seperti yang digariskan di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Di dalam konteks negara ini, kuasa menangkap dan menahan tanpa bicara ini, walaupun diperbuat di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, adalah bertentangan dengan konsep keadilan yang ditegakkan: A man is innocent until proven quilty dan Justice must not only be done but must be seen to be done.
Akta yang melanggar Hak Asasi Manusia ini mengandungi 85 Fasal dan 3 Jadual. Tidak perlu untuk mengupas setiap Fasal tetapi menjurus khusus ke atas Fasal 8 yang terang-terang bertentangan dengan 'kemanusiaan' walau apa standard sekalipun digunakan.
Kita sama-sama berharap agar tulisan ini seterusnya akan membawa kesedaran umum betapa demokrasi itu mesti diperjuangkan. Juga ianya sebagai ingatan kepada 'pemerintah' bahawa tindakan-tindakan penindasan yang sewenang-wenang dilakukan tidak akan melahirkan benih demokrasi yang baik.
2) KUASA MENAHAN
KUASA untuk menahan seseorang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terdapat di bawah Fasal 8.
Kuasa ini terletak semata-mata di atas kepuasan hati Menteri yang berkenaan bahawa ia puashati penahanan seseorang itu perlu untuk menghalangnya daripada melakukan tindakan yang boleh memudharatkan keselamatan Malaysia, maka beliau bolehlah membuat perintah tahanan itu.
Secara otomatik perintah penahanan itu berkuatkuasa untuk tempuh 2 tahun - Fasal 8 (1).
Kuasa mutlak Menteri itu pula menetapkan seseorang iutu disambung penahanannya selama 2 tahun lagi dan berterusan di atas tempuh 2 tahun bagi setiap sambungan.
Kuasa itu bukan saja untuk membolehkan Menteri menyambung tahanan kerana di atas sebab-sebab tahanan awal dibuat tetapi boleh pula di atas sebab-sebab pindaan atau lain-lain sebab atau sebab-sebab awal dan sebab-sebab tambahan atau sebahagian daripada sebab-sebab awal dan sebahagian sebab-sebab tambahan - Fasal 8 (7) (a) (b).
Di dalam menjalankan kuasa mutlak itu, Menteri berkenaan tidak perlu merojok kepada Mahkamah atau bertanggungjawab kepada apa bentuk keadilan. Beliau hanya perlu mendapatkan kepuasan hatinya sendiri.
Barangsiapa berani melahirkan pendapatnya dengan jujur dan lantang dan diterima pula oleh masyarakat; risiko yang diterima ialah meletakkan kedua-dua belah kaki di dalam penjara.
Kuasa menangkap di bawah Akta ini adalah begitu luas sekali, tidak memerlukan sebarang waran dan tidak memerlukan sebarang 'caution' (amaran). Prosedur penangkapan ini amatlah ganjil jika dipadankan dengan ketetapan-ketetapan yang ada di dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Fasal 73 memberikan 'blanket power' kepada berbagai kategori pihak berkuasa polis sehinggalah ke peringkat seseorang itu boleh ditahan tanpa sebarang Perintah Tahanan ke tempoh 60 hari.
Tempoh 60 hari itulah digunakan sepenuhnya tanpa henti untuk meletakkan seseorang dengan sesuatu ketetapan bahawa ia telah melakukan perkara-perkara yang memudharatkan keselamatan negara.
Perbincangan ringkas dengan mana-mana bekas tahanan politik akan dapat mendedahkan kejadian-kejadian semasa tahanan custody 60 hari itu.
3) KESELAMATAN DALAM NEGERI
KALAU dilihat dari segi preamble kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, perkara-perkara yang menjadi Akta itu perlu adalah kerana tindakan telah diambil dan tindakan seterusnya dirancang oleh sekumpulan manusia di dalam dan di luar Malaysia untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang ke atas manusia dan harta menyebabkan ketakutan di kalangan sebilangan warga negara dan untuk mengambil alih kekuasaan negara melalui cara-cara membelakangkan undang-undang.
Maka di atas alasan keperluan mencegah tindakan seumpama itu telah memangsakan ramai pemimpin-pemimpin politik.
Keperluan mencegah kekerasan dan percubaan mengambil alih kekuasaan negara melalui kekerasan atau revolusi bukanlah semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan.
Setiap parti politil yang berdaftar dan halal di sisi Akta Pertubuhan serta kesanggupan ahli-ahlinya melibatkan diri dengan usaha-usaha parti itu di bidang tujuan yang dihalalkan mengikut saluran undang-undang itu tidak sekali-kali patut dianggap bahawa mereka itu mengancam keselamatan negara kerana kegigihan mereka menentang parti yang memerintah walaupun usaha mereka itu mengancam pengaruh parti-parti memerintah.
Adat demokrasi membenarkan pertumbuhan parti-parti politik dan ideologi-ideologi dan hak kebebasan bersuara, bergerak dan menyusun adalah hak-hak yang dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan - Fasal 10.
Maka menangkap dan menahan seseorang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah dilakukan dengan penuh cermat memandangkan penangkapan dan penahanan itu tidak tertakluk kepada proses pengadilan.
Persoalan mesti ditanyakan dengan jawapan yang penuh kepuasan samada seseorang yang hendak ditahan itu menyebabkan penyusunan kekerasan ke atas manusia dan harta benda dan penggulingan kerajaan melalui kekerasan.
Sekadar bercakap keras belum boleh ditakrifkan sebagai untuk menggunakan kekerasan terhadap manusia atau harta benda atau mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan.
Aksi dan reaksi kepada sesuatu isu adalah permainan demokrasi dan mengutip pengaruh melalui penyampaian hujah dan menyusup ke sanubari pendengar sehingga dapat menerimanya dan menolak saranan lain-lain pihak adalah kesan daripada kebebasan yang dibenarkan oleh demokrasi.
Malangnya pihak-pihak tertentu telah menyamakan kerajaan yang memerintah itu dengan parti-parti yang mendukung kerajaan yang memerintah.
Sikap seumpama itu adalah wajar di dalam pemerintahan diktatur satu parti. Contohnya: Permusuhan kepada parti komunis adalah dianggap sebagai permusuhan kepada rakyat, kerajaan dan negara di dalam pemerintahan komunis.
Apabila dipadankan dengan pemerintahan demokrasi, sikap seumpama itu tidaklah sesuai kerana amalan demokrasi itu sendiri membenarkan turun naiknya parti-parti yang mendukung kerajaan, silih berganti diantara parti-parti yang halal itu.
Tugas parti-parti pembangkang adalah untuk menurunkan parti pemerintah dan di sebaliknya parti pemerintah bertugas untuk mengekalkan kerajaannya di dalam proses amalan demokrasi itu sendiri.
Maka terancamnya keselamatan parti yang memerintah adalah tidak sama dengan terancamnya keselamatan kerajaan (kerana kerajaan boleh turun naik di kalangan pelbagai parti) dan keselamatan negara.
Jika sesebuah kerajaan tidak berupaya membezakan diantara 2 jenis 'keselamatan' itu, maka wujudnya Akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mempunyai 'sweeping power' tanpa batas itu akan terdedah kepada penyalahgunaan kuasa yang nyata.
Maka untuk mengatasi penyalahgunaan kuasa itu ada beberapa tuntutan yang wajar diberikan perhatian iaitu:
1) Penghapusan Akta itu sama sekali atau
2) Kuasa-kuasa mutlak tanpa batas itu dihapuskan atau
3) Proses ketetapan menentukan bahawa seseorang itu mengancam keselamatan negara diserahkan kepada penentuan Mahkamah dengan cara-cara pembuktian yang adil seperti yang digariskan di dalam Evidence Act dan CPC.
4) UNDANG-UNDANG TIDAK BERTEMADDUN.
MENAHAN seseorang atau menyekat kebebasan seseorang secara wenang adalah amalan yang dijalankan oleh undang-undang yang tidak beradap membelakangkan temaddun manusia.
Telah menjadi perjuangan semua bangsa mempertahankan kebebasan dan hak asasi manusia. Hak itu menjadi lebih penting lagi di dalam negara-negara yang menjadikan demokrasi sebagai teras pembentukan kerajaan.
Negara-negara demokrasi Barat kekal dengan temaddun kemanusiaan yang tinggi dan berjaya mengekalkan bentuk kerajaan demokratik kerana rakyatnya yakin bahawa kebebasan yang dilindungi oleh perundangan negara mereka itu memberikan kepuasan nyata kepada mereka.
Mereka menurunkan sesebuah kerajaan dan menaikkan sesebuah kerajaan yang lain di dalam proses mereka untuk mendapatkan kepuasan sesuai dengan kehendak dan tuntutan mereka.
Naik turunnya kerajaan demi kerajaan itu adalah adat biasa di dalam amalan demokrasi dan di situlah letaknya kekuatan dan keistimewaan amalan demokrasi itu.
Mahkamah mereka telah diberikan sepenuh kuasa untuk memberikan keadilan kepada masyarakat dan mereka tidak merungut di atas sebarang kesukaran di dalam bidang pendakwaan dan pembuktian.
Sekali-kali mereka tidak mencari jalan rengkas kerana wujudnya kelemahan di bidang pendakwaan dan pembuktian; kerana undang-undang itu sendiri akan membangun apabila kelemahan-kelemahan itu dapat diatasi. Mereka mengatasi pula bukan dengan mewujudkan undang-undang arbitrary (wenang) tetapi dengan memperbaikki standard pendakwaan dan pembuktian melalui proses biasa di Mahkamah.
Malangnya di Malaysia ini setiap kelemahan pendakwaan dan pembuktian telah cuba diatasi dengan meluluskan berbagai-bagai undang-undang yang menyempitkan skop keadilan, sehingga undang-undang itu sendiri boleh diletakkan di 'kandang orang salah.'
Dipandang dari sudut keadilan Islam; cara-cara sabit kesalahan seperti dikenakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini amatlah keji.
Teori bahawa 'orang yang mendakwa hendaklah membawakan saksi (bukti)' adalah teori keadilan Islam yang lohor.
Keadilan Islam tidak membenarkan sama sekali seseorang itu dirampas hak asasinya dengan cara yang bathil. Islam menyanjung tinggi hak asasi manusia.
Maka dipandang atas apa sudut sekali pun, samada sudut demokrasi Barat atau sudut keadilan Islam, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Fasal 8 dan Fasal-Fasal yang berkaitan dengannya sama sekali tidak dapat dipertahankan.
Fasal 8 ISA itu patutlah dihapuskan kerana ia mewakili keadilan yang sudah ketinggalan zaman, yang telah dihapusklan dengan kedatangan Islam.
Tuntutan supaya dibebaskan tanpa syarat atau dibicarakan di Mahkamah kesemua mereka yang ditahan di bawah ISA kerana operasi Fasal 8 itu adalah tuntutan yang adil dan demokrasi sesuai dengan tuntutan dan ketemaddunan manusia yang mempunyai peradaban yang tinggi.
5) LEMBAGA PENASIHAT
SESEORANG yang dikenakan Perintah Tahanan oleh Menteri di bawah Fasal 8 (1) ISA boleh mengemukan rayuan kepada Lembaga Penasihat yang diwujudkan di bawah Akta - Fasal 11 (1).
Di dalam tempuh 3 bulan rayuan dikemukakan, Lembaga Penasihat boleh mengemukakan cadangan-cadangan kepada Yang DiPertuan Agong dan sebarang keputusan yang dibuat oleh Yang DiPertuan Agong adalah muktamad dan tidak boleh dirojokkan kepada Mahkamah.
Di bawah konsep 'Raja Berperlembagaan' kuasa sebenarnya terletak kepada Menteri yang berkenaan.
Lembaga Penasihat pula boleh mengadakan 'review' terhadap sesuatu kes itu dalam tempuh tiap-tiap 6 bulan sekali dan membuat cadangan-cadangan yang difikirkan munasabah.
Fasal 11 hingga 13 ini menampakkan seolah-olah wujudnya satu peranan daripada satu badan yang memberikan gambaran bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh badan itu boleh mempengaruhi ketetapan-ketetapan oleh Menteri.
Itu hanyalah teori yang tidak dapat dibuktikan di dalam bentuk amalinya.
Seseorang yang ditahan itu akan berterusan berkedudukan sedemikian di atas kehendak dan budi bicara Menteri walauapapun cadanganan yang dikemukakan oleh Lembaga Penasihat kerana cadangan-cadangan Lembaga penasihat itu tidak mengikat sebarang ketetapan oleh Menteri.
Jika Menteri ingin mengambil ketetapan membebaskan seseorang tahanan itu, beliau tidak juga terikat dengan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Lembaga Penasihat.
Peranan Lembaga Penasihat hanya semata-mata 'advisory' yang tidak mengikat atau mempengaruhi sebarang keputusan Menteri.
Di dalam hubungan ini pertama yang dimainkan oleh 'Special Branch (SB)' yang juga bertugas menemui orang-oarang tahanan di dalam tempuh 6 bulan sekali lebih berkesan daripada Lembaga Penasihat.
Cadangan-cadangan SB boleh lebih mempengaruhi ketetapan Menteri.
Maka dari sini terbayanglah dengan penuh terserlahnya bahawa penahanan seseorang itu adalah berbentuk politik.
Diantara perkara-perkara yang boleh merombak pemikiran Menteri membebaskan seseorang itu adalah:
i) Kesediaan orang-orang tahanan itu meninggalkan ideologi pegangan mereka.
ii) Kesediaan orang-orang tahanan itu berkerjasama dengan pemerintah.
iii) Pengakuan-pengakuan (walaupun palsu) di atas kesilapan-kesilapan yang telah diambil oleh orang-orang tahanan itu.
iv) Lain-lain perkara yang menunjukkan bahawa kononnya orang-orang tahanan itu sudah 'insaf'.
Jika seseorang tahanan itu tetap mempertahankan pegangannya walaupun dengan hujah dan bukti yang agong, orang itu masih lagi belum pulih dan Menteri akan terus berpegang dengan perintah yang telkah dibuatnya walaupun seseorang itu terpaksa ditahan sehingga berpuluh tahun.
Inilah bahayanya memberikan kuasa yang sebegitu mutlak kepada seseorang tanpa meletakkan batasan-batasan bagi mengelakkan sifat kesewenangannya itu.
Warganegara yang berfikiran waras tidak harus menerima kediktaturan yang diwujudkan melalui saluran undang-undang. Menggunakan undang-undang menegakkan kediktaturan adalah 'jenayah moral' yang paling tinggi.
6) CADANGAN
BAGI sesiapa yang membaca dan meneliti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memadankan pula dengan amalan yang telah berlaku berasa yakin bahawa operasi Fasal 8 dan Fasal-Fasal yang bersangkutan dengannya adalah zalim, dan bertentangan dengan kemanusiaan dan hak asasi nanausia.
Tidak sesiapa yang cuba mempersoalkan betapa perlunya keselamatan dalam negeri diberikan perhatian untuk menjamin kestabilan negara tetapi tidak sesiapa juga yang mahu membenarkan kuasa yang begitu mutlak diletakkan di bahu seseorang Menteri yang boleh melakukan apa saja sesuka dan sekehendak hatinya.
Bukan semua Fasal-Fasal di bawah ISA itu yang bersifat 'aribitrary' dan wenang, oleh itu tidaklah dipersoalkan. Maka Fasal-Fasal yang memberikan kuasa mutlak seolah-olah negara ini sudah diperintah melalui dekri di bawah pemerintah 'police state' hendaklah dihapuskan.
Operasi penahanan seseorang tanpa perlu dibicarakan di Mahkamah baik di bawah Fasal 8 atau lain-lain Fasal atau tambahan Fasal-Fasal yang akan diperbuat dari masa ke masa hendaklah dihapuskan.
Penahanan seseorang tanpa bicara adalah undang-undang rimba (laws of the jungle) yang sudah lapuk.
Maka untuk mempastikan kemunasabahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, Fasal 8 serta Fasal-Fasal yang kuasa dan operasinya menyamai Fasal 8 hendaklah dihapuskan. Sekian.
CUCU: Hutan belantara pun tidak gunakan undang-undang rimba zaman dunia bertemddun ini.