Thursday, September 18, 2008

SEPAK TENDANG TERAKHIR UMNO/BN

Assalamualaikum ...

JERAM LANDAK DI TENGAH PAMAH,
BULUH AUR PEMBUAT PERABUT;
BILA BERTINDAK BIAR BERHEMAH,
BILA MENGHULUR BIAR BERSAMBUT.

Apakah yang tersirat di hati Pak Lah bila dia tiba-tiba menyerahkan Menteri Kewangan yang diterajuinya kepada Najib? Rata-rata rakyat kebanyakannya tidak ambil kisah. Kerana bagi mereka serah pada siapapun dalam kelompok BN ekonomi negara tetap menyusahkan rakyat hari ini dengan harga barang keperluan begitu tinggi.

Apakah penyerahan itu memberi ruang baru untuk Najib berusaha menstabilkan ekonomi negara setelah berjaya menyediakan armada perang Malaysia yang hebat semasa menerajui Kementerian Pertahanan?

Atau Pak Lah memang nak menguji Najib samada mahu terus menjadi kaki anggok sehingga pelan peralihan kuasa 2010? Nampaknya Najib terima apa saja yang Pak Lah nak beri pada dia, asalkan cita-citanya berjaya menjadi Presiden UMNO dan Pendana Menteri menjelang 2010. Ini kesetiaan yang mesti diberikan oleh Najib pada Pak Lah.

Kalau tidak! Derhakalah namanya. Najib tidak boleh derhaka! Kerana dia sendiri sudah keluarkan kenyataan tidak mahu menderhaka? Cuma kalau ada orang-orang bawah Najib nak menderhaka melanggar pelan peralihan kuasa 2010 itu dengan mencalonkan Najib sebagai calon Presiden, terpulanglah. Agaknya Najib lepas tangan! Mahyuddin kalau nak jadi juara, dipersilakan bersuara tegas terus agar dapat bersama Najib ke mercu jaya sebelum 2010. Dari mulut Najib dia tidak boleh keluar perkataan setuju nanti akar umbi akan perlekehkan politiknya.

Bagaimanapun nampak-nampaknya Najib bagaikan tidak sabar juga dengan pelan peralihan kuasa 2010 Pak Lah tu. Mungkin dia bimbang kerana angin bertiup kencang ke Gua Musang dimana Ku Li sudah mendapat tempat yang begitu tebal di hati akar umbi UMNO untuk dicalonkan sebagai Presiden UMNO.

Kalau itu terjadi Najib bagaimana? Kerana itu Najib kena langgar kata-kata keramatnya "tidak mahu menderhaka" kepada pantun 'Kuala Krai Kota Bharu - Bila try baru tahu'. Kalau tidak dia akan tercicir.

Nampaknya hadiah Pak Lah kepada Najib memikul Kementerian Kewangan agar meredakan perasaan anak Pekan Pahang itu supaya tidak menderhaka belum tentu lagi. Bagi Najib berada di dua simpang; Ke kanan menderhaka, ke kiri menunggu kecewa!

Apakan tidaknya? Pak Lah belum tentu lagi akan meneruskan pelan peralihan kuasa 2010 tersebut kepada Najib. Mungkin dalam masa 2 tahun ada pemimpin lebih berkelibar dan lebih taat dari Najib, masa itulah Najib di ambang kecewa! Khairy Jamaluddin yang akan bertanding Ketua Pemuda UMNO mungkin tidak akan melepaskan peluang besar ini. 2 tahun bukan 2 bulan, sedangkan 2 jam boleh berubah!

Ataupun Ku Li berjaya sebagai Presiden UMNO, tak kan dia nak angkat Najib sekutu Pak Lah yang banyak menyekatnya sebagai orang di belakangnya, pasti Mukhriz atau sesiapa yang berani sekarang ini menyokongnya dan menyangkal kehendak Pak Lah.

Bagi akar umbi UMNO sekarang ini memerlukan pemimpin yang berani. Pemimpin yang taat membuta tuli tidak menguntungkan mereka, kerana selama ini atas dasar ketaat politik, pemimpin menjadi kaya raya, akar umbi makan hati.

Dari pandangan politiknya, segala gerak dan geri yang sedang dilakukan dan berlaku secara langsung atau tidak langsung atau secara dirancang atau tidak dirancang ianya menggambarkan sepak tendang terakhir yang terpaksa dilakukan oleh Pak Lah dan juga pemimpin UMNO/BN dalam menghadapi kemaraan kebangkitan protes rakyat termasuk akar umbi Umno bawahan.


CUCU: Tetap berpegang kepada kebenaran bukan kepada kehebatan, kerana dalam kebenaran ada kehebatan tapi dalam kehebatan selalunya terlupa kebenaran.


5 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

anjing betina dah tunjuk belang harimau.. jomke website abe MIE.

150 orang cina DAP bantah supaya perlahankan azan sebab mengganggu mereka tidur..langkah pertama..

kemudian, semua tempat nak buat macam nie... bagus...mana PAS parti Islam kononnya....

Suhaimi Said said...

Apahal Abe Mie 'terjah" ni. Takda sekolah ke?

Suhaimi Said said...

SELAMAT HARI RAYA, EID MUBARAK, MAAF ZAHIR BATIN DARI ABANG MI DAN KELUARGA. SAYA KEMELAKA HARI RAYA KEDUA.

Anonymous said...

Salam ukhuwwah,

Percaturan sekarang sedang memasuki fasa 'senggugut'. Sakit selagi tak dapat penawarnya yang mujarab - kuasa.

Suhaimi Said said...

Man, sila lawati http://pakatanonline.blogspot.com, juga http://Pahangdaily.blogspot.com dan juga http://www.keadilan.blogspot.com, dan juga blog Parti Keadilan Rayat Pahang yang turut di manage oleh Abang Mi.