Monday, September 1, 2008

PUISI DARI TERATAK KECIL DI HUJUNG KAMPUNG 1

Assalamualaikum ...

Puisi ini kon baca di majlis Baca Puisi Merdeka anjuran Prihatin Malaysia bertempat di rumah Dato Kamal Amir Taman Tun Ismail jam 10.00 malam 29.8.2008 Jumaat.



AUM SI TUA



Auuuummmmmm ...

Engkaukah si tua yang mengaum lesu
dari mahligai belantara
kau cipta undang-undang
untuk kian kali ketaatan dipaksa
penghuni menjunjung kasih
dengan airmata kepedihan dan kesengsaraan
kau yang diagongkan
menimbun kemewahan nafsu
mengelilingi kau
hingga kau berkata sendiri
'akulah yang berkuasa
mengecapi selera seribu bahasa!'.

Auuummmmmm ....

kedengaran semakin lesu
kerana isi belantara sudah tahu
tingkah dan laku
melaongkan kemewahan - keamanan - kesejahteraan -
untuk jelata
hanya remahnya yang ditabur!

Auuummm ....

semakin lesunya
belangkau telah pudar tercalar
taringkau perang telah tumpul
namakau diangkat-angkat hanya dengan auman
tidak bergema lagi membelah bukit
seisi belantara ini telah tahu
tipu muslihat kau
selaku menteri rimba kehilangan tenaga
dan gempaan isi belantara
menggegar bukit dan gunung
melenturkan si pendabik dada
satu tika mengangkat ekor
berkata 'aku pantang dicabar!'

Auummm ...

benar-benar semakin lesu
isi belantara menunggu tiba
runtuhnya kuasa si belang tua
lalu meneriak
'hancurkan undang-undang rimba
kerana rimba sudah menjadi kota!

Auuumm ...
Auumm ...
Aumm ...
Aum ...

tidak bermaya
tidak berharga
tidak berkuasa
rebah tidak bermakna!

Kaukah si tua itu?


CUCU TOK KEDU
Teratak Kecil Hujung Kampung,
Lanchang, Pahang.
23hb. Ogos 2008.

4 comments:

Suhaimi Said said...

Man, abg Mi tak reti nak ulas Sajak, so, tak ulas lah yek!

Pada 6.9.08 Mesyuarat PKR Perhubungan Negeri Pahang jam 3.00 ptg di Pejabat Negeri, Kuantan.

Pada hari itu semua keluarga abang Mi bekumpul di rumah dan berbuka puasa, so, abg Mi tak dapat hadir.

Keputusan mesyuarat JK Negeri dulu, Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian dilantik menjadi AJK Negeri dan tidak boleh diwakilkan kepada AJK-AJK lain.

Harap Man dapat pergi, dan kalau boleh sila jumpa abg Mi pada 5hb September 2008. Nak kirim duit beli baju PKR RM100.00 tolong beri kepada Sdr Cik Mat, Pengarah Pilihanraya, dan mungkin abg Mi boleh beri subsidi sikit untuk duit minyak Man. Dan tolong bawa balik baju tu, Abng Mi nak beri kepada petugas-petugas di kalangan Orang Asli.

Suhaimi Said said...

Man, dengan Abang Mi dah ada borang-borang baru dari ahli-ahli baru. Tapi abang Mi agak keciwa kerana kesemua ahli-ahli Kuala Krau didaftarkan oleh Pusat sebagai Ahli-Ahli PKR Temerloh dan sebahagiannya hilang begitu saja. So, keahlian Kuala Krau hanya 68 orang saja.

Bila kita buat komplen, SU Agung kata, tak ada ahli nak tukar ke Kuala Krau kerana kita masih dalam Penajaan.

Apa benda SUA ini bercakap, dia tak tahu apa yang dia cakap. Semua ahli kita tak pernah berdaftar di Temerloh, kenapa Pusat daftarkan mereka di Temerloh.

Kalau macam ini Abg Mi malas dah nak daftarkan sebarang Ahli Baru; biarlah setakat 68 orang itu aja.

Kita hantar hampir 500 orang, Pusat daftarkan hanya 68 orang. So, apa guna? Yg lain2 itu hilang entah kemana, dan selebihnya didaftarkan di Temerloh.

Suhaimi Said said...

Apa hal, tak ada auuum lagi ke?

Suhaimi Said said...

Man, anggapan u tu salah. saya dah dpt jawapan. Borang-borang tu betulis, Kuala Krau, Temerloh, maka dimasukkan kedalam Bahagian Temerloh.

Jgn berkecil hati. Perjuangan mestilah ada kesukarannya. Jgn tak sabar.

Baru silap borang pun dah nak merajuk ke? Tapi, nama hang ada dikalangan 68 tu. Nama abang Mi tak ada, dah terlepas ke Temerloh.