Thursday, June 26, 2008

EZAM JADI TUKANG INDIK - PEMIMPIN UMNO PASANG JARING

Assalamualikum ...



BUAH NANGKA TEPI SEMPADAN,
JANGAN DIPETIK TANGAN YANG LESU;
ALANGKAH CELAKA HIDUPNYA BADAN,
OTAK CERDIK MENGIKUT NAFSU.

Itulah pantun yang dapat kon (saya) rangkapkan hari ini ...



EZZAM Md. Nor dah tak diam punggung. Sana sini Umno jemput dia untuk cerita tentang PKR.
Dedah itu dedah ini. Macam kisah orang nak tangkap ikan dalam buyau (semak terapung dalam lubuk atau danau). Ezzam tukang indik buyau. Pemimpin Umno pasang jaring keliling. Ikan lari dari buyau kena indik. Lekat pada jaring. Pemimpin Umno kutip.

Nasib Ezzam samalah nanti dengan nasib rakan-rakan yang lain antaranya Roslan Kassim dan Zaid Mat Ariff.

Mengapa Ezzam tak cerita tentang kes Rafidah Aziz. Kenapa tak bongkarkan kes-kes rasuah yang satu masa dulu Ezzam dedahkan bahawa dia menyimpan 6 kotak kes pemimpin Umno/BN?

Atau semua kotak-kotak itu Pak Lah dah terima dari Ezzam dan disimpan rapi dan pimpinan Umno/Bn pula beri tunjuk apa perlu Ezzam buat?

Sejauh manakah politik Ezzam dalam Umno/Bn? Jawapannya adakah sehingga Disember 2008.

Kerana Pemilihan pimpinan tertinggi Umno di tarikh tersebut. Ezzam diterima menjadi ahli Umno walaupun telah banyak mendedahkan keporak perandaan pemimpin Umno dengan berbagai kes rasuah.

Tetapi Ezzam tidak boleh bertanding apa-apa jawatan dalam Umno! Inilah cara pemimpin Umno membalas dendam terhadap apa yang pernah Ezzam buat terhadap mereka.

Dalam kesibukan Ezzam menyerang PKR sana sini. PKR semakin kuat! Agaknya rakyat dah tak peduli apa yang dicakapkan oleh Ezzam kerana dulu lain sekarang lain.

Telah banyak pemimpin Umno menyerang PKR dan Anwar Ibrahim tetapi serangan itu patah begitu saja. Tidak meninggalkan kesan apa-apa. Kerana itu pemimpin Umno menyerahkan pula serangan dilakukan oleh Ezzam. Harap-harap peluru serangan tidak berpatah balik ke badan sendiri.

Begitu sibuk Ezzam membuat serangan pada PAKATAN RAKYAT. Begitu besarlah ketawa pemimpin Umno/BN duduk dengan hanya memikirkan bagaimana nak mengekal atau merebut jawatan dalam Umno di Pemilihan Disember 2008 nanti.

Mereka tak peduli sama ada rakyat terima atau menolak serangan Ezzam itu tetapi mereka dapat menumpu pada kerja-kerja untuk pemilihan jawatan yang mereka nak dudukki dalam Umno untuk menjamin masa depan mereka dengan kedudukan kuasa yang selesa!

Lenalah tidur Pak Lah dan pemimpin Umno/Bn kerana Ezzam berjaga menampar nyamok! Dingatkan pada zaman dahulu ada pemimpin yang zalim mati kerana diserang nyamok.

CUCU: Biarlah hidup ini susah asalkan tidak diperalatkan oleh si zalim!






4 comments:

Suhaimi Said said...

Kesian Ezam, korupsi sebesar gajah didepan mata, dia dah tak nampak. Tapi sangkaan korupsi sebesar kuman dia nampak. Lama-lama Ezam ni jadi gila. Gila untuk apa? Kerana nak bodek boss yang disifatkan oleh Mathias Chang sebagai TERKAYA DI MALAYSIA kerana jalan korupsi.

kudakepang said...

PANTUN BUDI

Kon:

Buah nangka tepi sempadan
Jangan dipetik tangan yang lesu
Alangkah celaka hidupnya badan
Otak cerdik mengikut nafsu

Ron:

Jangan dipetik tangan yang lesu
Pangkal padi lurut akarnya
Otak cerdik mengikut nafsu
Akal dan budi hilang nilainya

Saudara Kon, teruskan berpantun. Nanti kalau kita panjang umur, saya boleh terbitkan pantun-pantun anda sebagai warisan bangsa. Salam perjuangan dan salam takzim dari saya. - RON

Suhaimi Said said...

Man, sentiasa buka blog kawan utk arahan tindakan perkembangan DSAI

Suhaimi Said said...

Man, tolong baca email anda