

Assalamualaikum ....

DAYUNG BERGALAH KE TANJUNG LUKUT,
ANGIN BAYU TERTAMPAR KE BATU;
KALAU BERSALAH CAMPUR PENAKUT,
TUNGGUL KAYU DISANGKA HANTU.
Sekadar tulah pantun kon hari ni ...
PAGI-PAGI Lagi lepas sembahyang Subuh, keluarga kon mula bersiap untuk membantu kon buat kerja-kerja rumah sebelah pagi. Abdul Manap Putera anak lelaki kon yang pulang malam tadi cuti hujung minggui dari Kuala Lumpur ikut sama dengan Abdul Khalid Putera, anak bongsu kon yang baru sahaja dua minggu pulang dari PLKN Tasik Chini. Sementara anak-anak perempuan kon yang dipanggil Angah (Siti Fatimah Puteri) dan yang dipanggil Uda (Siti Aishah Puteri) kedua-duanya lepasan universiti tapi belum lagi mendapat kerja tetap, ikut sama membantu dalam sejam lebih kurang sebelum kami menuju ke destinasi kerja kami. Isteri kon akan ke kedai runcitnya sementara kon kalau tak ke mana-mana akan menulis di rumah.
Sebaik menghadap hidangan pagi, telefon berbunyi dari seorang rakan di Pekan Lanchang yang mengingatkan kon tentang kedatangan Tengku Rezaligh Hamzah ke Dewan Sri Mentakab jam 2.00 petang. Kon

berhajat nak ke Raub untuk menghadiri mesyuarat AJK Penerangan PKR Pahang , tapi untunglah Angah mengingatkan SMS dari pakciknya Haji Suhaimi Said bahawa mesyuarat tersebut bukan pada Sabtu ini. Ianya diadakan pada Sabtu ....... Banyak yang aku lupa bila aku begitu sakit tengkok dan kepala dua tiga hari lalu.
Syed Nor Adnan Syed Abdullah (Ami) selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (tak tahulah sampai bila - Rasanya masa BN ni dia menyokong - Masa PKR kalau memerintah nanti pun dia menyokong - kerana dia Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia) telah menghonkan keretanya untuk mengajak kon ke Mentakab pagi-pagi buta. Nak buat apa kon tak tahu! Kon tak ikut dia!
Dalam kesibukan ke sana ke sini untuk tugas pribadi dan sedikit parti pagi ini kon dengan kereta sendiri sudah berada di depan Dewan Sri Mentakab jam 12.30 tengahari. Tak ramai orang. Kereta mewah banyak. Khemah putih banyak juga didirikan. Kain rentang menerangkan kedatangan Tengku Razaleigh Hamzah terentang bangga di beberapa tempat termasuk poster putih hitam dengan gambar bakal calon Presiden UMNO bercampur dengan poster pesta ria yang akan mengundang penyanyi dangdut di sebelah malamnya.
Kon menerima panggilan telefon dari sabahat kon di Kuala Lumpur, Sdr Zaharin Mat Yassin pemilik blog Sang Kelembai yang sumpahnya masih belum menjadi tapi tempias sumpahnya dirasakan juga masa PRU 12 dulu sedikit sebanyak memberi sumbangan pada kemenangan Pakatan Rakyat (kon tetap mengingati apa yang dia lakukan - terima kasih Zaharin).
Sang Kelembai mengatakan dia dah berada di Bandar Temerloh nak makan ikan patin masak tempoyak, dia ajak kon! Alamak! Kon masih kenyang lagi kerana pagi-pagi kebiasaan kon makan nasi tak kira lauk apa asal ada kerana kon orang kampung yang susah. Jam 1.45 petang lepas sembahyang Zuhur kon bertemu dengannya di Akib MARA Mentakab. Kami berbual mesra kerana lepas pertemuan baca puisi PRIMA di rumah Dato Kamal Amir sebulan sebelum PRU 12, kami tak bertemu, hanya telefon sahaja menghubungi kami.
Sahabat kon ini rasa kesal sedikit kerana jam hampir 2.00 petang orang ramai tidak lagi mengerumuni Dewan Sri Mentakab tempat bakal calon Presiden UMNO berucap untuk pertemuannya dengan cawangan-cawangan UMNO seluruh Pahang. SB Zul menegur kon dan kon memperkenalkan dia dengan Sang Kelembai. Banyak juga coleteh Sang Kelembai mengkritik pimpinan UMNO hari ini yang dapat didengar oleh SB Zul. Kon diam saja.
Jam 2.05 minit Dewan Sri Mentakab mulai didatangi manusia. Kon lihat selain ahli UMNO ada juga orang PAS, PKR yang kon kenal datang dengan wajah selamba tak menegur pun kon. Ada juga yang datang mengatakan sekadar nak mengintai-intai.

Kon masuk sekejap ke dalam dewan bertemu dengan Pokde Hashim JP dari Kampung Desa Bakti. Dia menceritakan sedikit bagaiaman kon memelok dia masa dia cuba nak mensebotajkan ceramah PAS di kampungnya dulu. Dia kata tak ada orang berani nak pelok dia masa itu. Kon dalam senyum kecil mengatakan kerana dia pangkat bapa saudara kon yang kon berani pelok dia supaya tidak mengganggu ceramah yang kon terlibat menganjurkannya itu.
Sang Kelembai ajak kon ke barisan depan. Kon mengelak juga kerana kon bukan ahli UMNO, seumur hidup kon tak pernah masuk UMNO, kalau ada nama kon dalam senarai UMNO itu kon tak tahu mungkin mereka ambil dari buku daftar pengundi - (lantaklah!). Tiba-tiba telefon bimbit kon berbunyi dan anak saudara kon dari Perak ajak kon ke Felda Lakum. Terlepaslah kon dari ajakan Sang Kelembai ke barisan depan.
Kon janji dengan Sang Kelembai akan bertemu di kedai runcit isteri kon di Lanchang dalam perjalanan dia pulang ke Kuala Lumpur nanti. Masa kon tinggalkan Dewan Sri Mentakab tu dewan masih belum penuh lagi, tapi kereta yang datang boleh tahan juga banyaknya.
Kisah di Dewan Sri Mentakab tidak ada dalam kepala kon selepas itu. Setelah menyelasaikan masalah keluarga, kon balik ke Pekan Lanchang. Oiiii!! Ada pulak perkara baru di Lanchang.
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Lanchang (UMNO/BN) menganjurkan jam 2.30 petang satu ceramah untuk masyarakat Lanchang pada hari ini juga di Dewan Sekolah Menengah Datuk Bahaman Lanchang.
Aaaaa!!! Barulah kon perasan! Rupanya ada pihak dalam UMNO di Bahagian Temerloh yang cuba mengalih arus rakyat dari menyambut dan mendengar ceramah Tengku Rezaligh Hamzah. Bila kon tanya pada Pakcu Pandi saudara kon yang berniaga di sebelah kedai isteri kon, dia kata dia pergi kejap, ramailah juga! (fahamlah kon kalau ada 'lah' dihujung ramai tu).
Adik ipar kon Raja Abdullah (adik isteri kon) yang berniaga Restoran Singgah Sini di sebelah kedai isteri kon juga pergi ke ceramah Tengku Rezaligh. Dia dah lupa dia ada ambil kontrek membekal makanan pada para penyelidik kelawar di hutan Gundah. Makanan dah siap tapi hantar siapa? Biras kon suruh kon hantar, kon hantarlah! Masa itu juga Sang Kelembai sampai dan kon minta dia tunggu kejap. Tai bila kon balik semula ke Pekan Lanchang, Sang Kelembai sudah menghilangkan diri. Samada ke Kuala Lumpur atau ke hutan Gunung Tahan! Kon hubunginya tetapi tiada disambutnya telefon. Tak apa kon akan bertemu dia di kedai Gulam Jalan Pekeliling Kuala Lumpur dua tiga hari lagi! InsyaAllah!
Apa cerita yang menarik di atas? Cerita tentang kon? Ehhh itu hanya hal pribadi saja jangankan tidak nak mencerita sedikit sebanyak kesibukan kon hari ini, sedangkan memang kon sibuk setiap hari. Esok satu hari di Kuala Krau sampai malam bersama Haji Suhaimi Said Ketua PKR Bahagian Kuala Krau, tubuh cawangan PKR.

Cerita yang menariknya ialah Tengku Razaleigh dah mula memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi teka teki ahli politik UMNO bahawa anak raja dari Kelantan itu bagaikan tidak ada tempat di Pahang. Siapa yang pecahkan kebekuan ini? Tentulah ada seorang berdua pimpinan UMNO Pahang yang bukan sahaja menyokong TR sebagai calon Presiden UMNO tetapi juga mencabar kepimpinan UMNO Pahang dibawah pimpinan Dato Sri Adnan Yaakob.
Bukan saja tempias kedatangan TR ke Mentakab ini dirasai oleh Dato Sri MB Pahang malahan ianya memercikkan peluh resah gelisah pimpinan UMNO Temerloh terutamanya mereka yang sedang nak merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Temerloh antaranya Dato Mohd Shakar Haji Shamsuddin (Timbalan Ketua Bahagian UMNO - sekarang) juga selaku EXCO Kerajaan Pahang pimpinan Dato Sri Adnan Yaakob.
Kerana itu tidak hairan dalam hari yang sama dan waktu yang sama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lanchang yang dikendalikan oleh YB Dato Mohd Shakar mengadakan ceramah untuk dihadiri oleh ahli-ahli cawangan UMNO sekitar Lanchang. Bagaimana pun ramai pimpinan UMNO cawangan Lanchang yang kon lihat di Dewan Sri Mentakab jam 2-00 petang tadi.

Apa dah jadi dengan UMNO? Kalau ada orang kata Orang Melayu sudah tidak bersatu! Tepat sekali kerana guru yang mengajar tidak bersatu itu ialah UMNO parti Melayu 100%! Parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu (ya ke?) sendiri yang berpecah belah kerana hari ni perjuangan bangsa dengan landasan kebangsaan kuno sudah berlalu! Pemimpin UMNO hanya berjuang untuk memenuhkan poket mereka dan kroni mereka! Ahli dibelah bagi mengikut arus kehendak mereka. Mana yang mampu ditindik hidung, mengikutlah. Mana yang dah cerdik pusing belakang dan menghala ke arah lain.
Kedatangan TR ke Pahang memang meresahkan sedikit sebanyak pimpinan UMNO Pahang yang begitu taksup dengan Dato Sri Najib dan Pak Lah. Pecahnya sedikit ruang mungkin akan merebak. Ucapan TR sudah mula menyelinap ke anak telinga orang Melayu Pahang yang masih kukuh dengan UMNO. Tembelang pimpinan tertinggi UMNO mula pecah dan baunya akan menyumbat sanubari mereka.
Akhirnya kesedaran dari perpecahaan UMNO ini bukannya mereka akan bersatu kerana mereka tahu bersatunya mereka akan menguntungkan pimpinan-pimpinan yang sedang berlaga di gelanggang siapa menang dia berkuasa, siapa berkuasa dia untung, siapa untung dia kaya raya! Yang menderita ialah mereka yang tukang julang!
Kerana

itulah sudah ramai ahli-ahli UMNO menyertai parti-parti PAKATAN RAKYAT. Ramai lagi yang berbisik-bisik untuk menyertai parti-parti PAKATAN RAKYAT.
PKR bukan menangguk di air keruh yang dikeruhkan oleh pemimpin UMNO tetapi PKR pimpinan Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail menjadi idola dalam era rakyat mahukan perubahan budaya hidup pendidikan, politik dan ekonomi mereka! Kerana itu laongan keramat REFORMASI sudah tidak asing lagi kepada rakyat terutamanya anak-anak muda lelaki dan perempuan bukan saja di Pahang tetapi seluruh ceruk rantau negara!
CUCU: Minggu ini tunggu blog Sang Kelembai, sumpah apa pula dia hemburkan?
CUCU TOK KEDU - CUCU TOK KEDU http://rp-semantan blogspot.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------
NURUL IZZAH KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI JAHUT KUALA KRAU
Kuala Krau: Puteri Reformasi YB Nurul Izzah Anwar akan membuat kunjungan ke perkampungan Orang Asli Jahut bertempat di Kampung Pian, Kuala Krau pada 2 Ogos 2008.
Beliau akan bersama-sama masyarakat Orang Asli meraikan Majlis Makan Buah-Bua
han turut serta memberikan ucapan disamping bermesra dengan masyarakat Orang Asli Jahut. Acara baca puisi, menyumpit, persembahan kebudayaan Orang Asli juga akan menyeri majlis tersebut.
Berbagai aturcara sambutan sedang dirangka oleh pihak Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Krau dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau serta masyarakat Orang Asli dari beberapa buah kampung di Kuala Krau.
Menurut pihak urusetia sambutan majlis Jamuan Masyarakat juga akan diadakan. Dijangka bukan sahaja masyarakat Orang Asli Jahut Kuala Krau akan hadir sama tetapi meliputi juga beberapa masyarakat Orang Asli di luar Kuala Krau dan juga seluruh masyarakat Kuala Krau akan berhimpun di majlis tersebut.
Moga dengan kehadiran YB Puteri Reformasi ini akan dapat membawa permasalahan yang dihadapi oleh Orang Asli Kuala Krau ke Parlimen seterus dapat merubah suasana kehidupan mereka yang banyak perkara pokok dipinggirkan oleh Kerajaan BN.
