Wednesday, December 3, 2008

NGO KRONI UMNO/BN KABURI RAKYAT- Menghidup isu untuk menekan Pak Lah!

Assalamualaikum ...

GALAH BERAKIT DI KUALA KAUNG,
TEMPURUNG TAMPUNG SELUANG BADAR;
SALAK DI BUKIT GEMA DI GAUNG,
RIBUT DI KAMPUNG TAK SIAPA SEDAR.

Itulah pantun kon hari ini!

CHUA Soi Lek menjadi kecaman anika NGO dan individu serta media massa. PPP juga diselar! Gerakan dan MCA juga tidak ketinggalan sama dihujani oleh anika kata yang ada masanya kurang sofan dan biadap tidak berbudayakan budaya tutur sebuah negara yang hebat satu masa dulu di alam Melayu!

Sehingga ada diantaranya hendak membawa ke mahkamah! Polis pun dah campur menyiasat sama untuk bekas menteri Bn itu atas akta hasutan.

Kegawatan sedang melanda negara dengan isu macam-macam: ISA, Ketuanan Melayu, nak lompat parti, itu ini macam-macamlah!

Yang tersingkir dari Umno pun diputuskan. Yang digantung keahlian pun dinyatakan. Ertinya memang hujung-hujung tahun ini dan dijangka awal-awal tahun 2009 hujan-hujan kerenah politik tanah air terutamanya Umno/Bn agak lebat sehingga bulan Mac!

Semuanya nak menutup cerita yang lebih besar! Nak mengalih pandangan dan pemikiran rakyat dari isu yang besar kepada isu yang diada-adakan dan mudah dipadamkan!

Isu Raja Petra di mahkamah yang akan menyinggung isteri Najib! Isu Politik Wang! Isu Rasuah pembelian helikopter dan kapal selam. Isu pembunuhan Altantuyya yang masih menjadi tanda tanya! Isu harga minyak turun sedangkan harga barangan keperluan masih melambung tinggi!

Isu perbalahan pemilihan Umno! Isu perentapan peralihan kuasa yang dah jadi berebut kuasa! Isu PKR nak ke Putrajaya! Isu Sabah dianak tirikan! Isu Serawak nak menghadapi Pilihanraya umum DUN.

Isu yang amat dirasai oleh rakyat bawahan ialah isu harga getah menjunam turun dari Rm 4.80 ke paras Rm 1.60 sekilo! Isu harga sawit dari Rm 900.00 menjunam ke Rm 125.00 setan!

Yang lebih jelas lagi ialah isu peralihan kuasa Pak Lah ke Najib. Kuasa Presiden Umno sudah jelas diperolehi Najib! Kuasa Perdana Menteri - tunggu Mac 2009 - belum tentu lagi! Oleh itu isu yang ditimbulkan oleh Chua Soi Lek, PPP, Gerakan dan MCA amat diperlukan oleh Najib!

Isu ini akan menggegarkan Kerajaan Umno/Bn yang kini diterajui oleh Pak Lah! Isu ini menjadi bahan penekan yang amat berat untuk dipikul oleh Pak Lah! Najib bagaikan tidak sabar untuk mengambil alih Perdana Menteri Malaysia sebelum Mac 2009!

Apakah Najib bimbang jika kroninya akan banyak yang kalah di pemilihan Umno Mac 2009 nanti? Bila Pak Lah tertekan, maka dia akan melepaskan beban lalu Najib memperolehi dengan mudah dan cepat Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia di penghujung Disember 2008.

Masa itu kedua-dua kuasa sudah ada di tangan. Taming Sari dan Pamong Sari ada di tangan Tuah. Taming Sari (bersarung) Pamong Sari (tidak bersarung kerana panjang). Siapakah mahu membicarakan tentang si Tuah ini tak elok-tak eloknya?

Kerana itulah isu-isu yang pernah menyemarak tiba-tiba hilang begitu saja dipersada umum dan diselubungi oleh isu mempertahankan ISA, mencabar Ketuanan Melayu, nak keluar dari BN. Ianya seakan-akan sengaja digemburkan untuk publisiti oleh NGO-NGO upahan pihak tertentu dalam Umno/BN.

Perbicaraan rakyat tentang ekonomi hilang! Tentang keadilan di mahkamah hilang! Tentang Rasuah hilang! Tentang Politik wang hilang! Rakyat kehilangan arah bagaikan pemburu yang leka dengan salakan anjing di bukit sedangkan ribut melanda di kampung halaman mereka!

Rakyat akan berbuat sesuatu yang akhirnya Umno/Bn menerima padahnya! Rakyat hari ini bukan rakyat 30 ke 40 tahun dulu, terpesona dan terpukau dengan isu-isu komunis, makan ubi kayu zaman Jepun, Bintang Tiga untuk Umno/Bn menghadapi pilihanraya umum.

Hari ini rakyat akan menentukan hala tuju mereka dengan berdiri bukan diatas perkauman! Tetapi di atas kerakyatan! Pemikiran rakyat Malaysia yang berbagai kaum ini sudsah mulai disatukan oleh PAKATAN RAKYAT - Maka hala tuju masa depan negara di tangan rakyat setiap Pilihanraya Umum mengikut lunas demokrasi untuk memihak kepada BN semakin luntur!

Teriakan suara rakyat suara keramat - perjuangan rakyat untuk rakyat adalah wadah perjuangan yang dibawa oleh PAS - PKR - DAP dalam PAKATAN RAKYAT!

Paluan tong kosong dan asap dari sabut kelapa Umno/Bn tidak akan dapat memekakkan telinga dan mengkaburkan mata rakyat untuk mendengar dan melihat apa yang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn terhadap rakyat. NGO yang menjadi kroni Umno/Bn tidak akan berpanjangan perjuangan mereka! Habis saja sajian upahan, maka diucapkan "cukup sampai di sini ....."

CUCU: Pesan datuk, jangan percaya sangat pada anjing pemburu!

No comments: